AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(^.^) Apa aku buat time cuti?

Salam sejahtera kepada semua, sini aku nak share dengan u all mengenai cuti aku. Ini baru hari ke 3 aku tiba di rumah.. Aku dan family ada projek nak buat. Iaitu repair rumah. Hehhee.. Hidup di IPGKS Miri akan berubah..rutin dan makanan akan x sama. Jadi biarlah gambar2 di bawah menceritakan kisah aku di sini bersama keluarga tersayang. 

Ni la kerja yang kami sekeluarga buat. Repair jalan..
Ni bawa batu ke jalan yang nak diperbaiki. Jalan siapa? Jalan di tepi rumah kami la..hehhe..
Jom main tolak2 kreta sorong. Siapa nak naik?
Nak bawa batu turun ke bawah bukit? ingatkan senang..aduh...kena pandai kontrol kaki.kalau tergelincir..terus langgar orang kat bawah la kreta sorong tu.


Semoga cuti anda semua dimanfaatkan untuk perkara yang berfaedah. Selamat bercuti kepada semua! Bagi yang berkerja! Jalankan dengan penuh tanggung jawab dan penuh senyuman! ~TQ(^^)~

(O.o) 3D dalam ni!

Salam sejahtera kepada semua!! Ni aku nak share mengenai gambar 3D yang menarik. X perlu menggunakan cermin mata 3D. Hanya gunamata biasa jerr.. mana aku dapat gambar ni? aku dapat dalam laman web. Lupa pula save alamatnya. Nah, Anda boleh copy gambar ni lepas tengok lama2. Hehe.. Have a great day semua!!.


 


Hehehe.. macam mana?kalau dilihat lama2 memang macam 3D kan? hehehe.. terima kasih sebab singgah sebentar di dalam blog aku. ~TQ(^^)~

(>.<) Kereta Toyota mengancam!

Salam sejahtera kepada semua!! tajuk entri kali ini adalam Toyota mengancam!! mengancam macam mana? adakah berbahaya atau sebaliknya? (gambar di bawah diperoleh dari laman web yang saya tulis di bawah post ini )


Maksud aku..kreta Toyota ni..mengancam jiwa raga!! rasa nak beli jer!!hebat!!!! Kalau la harga kreta tu seperti harga lego or.. harga sayur..kan best.Hahaha!! apa tunggu lagi..mari kita lihat kreta konsep nya yang tercun di mata aku. Mempersembahkan Toyota Ns4!!


Sangat cantik kan? Memang x dapat la jika kita nak bandingkan dengan kreta lain, sebab kelas kreta ini lain. Dengar cerita kreta ini adalah kreta Hybrid. Kira guna minyak dan karan la tu. Jimat tenaga dan $$$ then kreta ini senyap tapi power!! Bukan sahaja itu, ia dikira mewah dan sangat moden.. so agak-agaknya berapa harga kreta sebegini ya?? Sudah semestinya melebihi Rm18 ribu ringgit!





Jika anda hendak melihat kreta konsep yang lain dari Toyota sila lah lawati laman web ini http://www.toyota-global.com/innovation/concept_cars/concept_car_gallery_ns4.html. ~TQ(^^)~

(^W^) Gambar Burung Aku Lukis!

Ok!!kepada u all!! salam sejahera!! Hehehehe... aku meluangkan masa melukis hari ini dan sambil2 itu mencari idea mengenai burung!! walla!! akhirnya dengan malas aku melukis gambar ini. Burung yang marah!hehehe!! Nice pict!! Siapa x kenal watak2 ini?!! The famous game!!






Khas untuk peminat burung marah..hehehe, aku ucapkan semoga happy bermain game ini. Dan bagi yang belum mengenali permainan ini. Boleh cuba download dan main game ini la. Hehehe.. Salam persahabatan semua! ~TQ(^^)~

(^.^) Aku tak akan marah kucing jika...


Aku sememangnya ada kucing. Kucing aku seperti kucing lain juga, perangai tak jauh beza..hehe..ada masanya kucing aku ni buat hal!! Ada kala rasa geram dan nak tendang je or ketuk kepala nakal kucing tu..tapi, bila melihat mata kucing tu.. hati aku terus sejuk..apa lagi bila dia mengiauuuu..aduhh~~ memikat hati betul.. Lihatlah lukisan aku di bawah.. ini situasi yang aku alami bersama kucing..







Kepada pemilik kucing di luar sana, semoga anda semua menjaga kucing anda dengan penuh tanggung jawab, Makan pagi kucing jangan lupa bagi..hehe.. kepada yang x ada kucing, semoga happy selalu.. Hehe, hope u all happy today!! ~TQ(^^)~

(O.O) Sumpahan melecur harlequin ichthyosis?

Aku dulu ada terdengar seorang rakan mengatakan penyakit harlequin ichthyosis adalah satu sumpahan atau tulah yang diterima oleh keluarga yang melahirkan bayi berkenaan. Bungkin dari sudut agama, boleh kita ambil hikmah lah.. mungkin mereka ada buat benda tak elok sebelum ni. 



Tapi tanggapan berkenaan masih lagi ok, yang saya terkilan ni... ada yang kata bayi yang mengalami penyakit harlequin ichthyosis tidak boleh hidup dan mati dengan segera. Kalau dapat memang mati la sebab keadaan yang sangat mengerunkan tersebut.

MARI KITA BUKA MINDA

Pada hakikatnya penyakit ini tidak semestinya menjurus kepada kematian segera kepada penghidap penyakit harlequin ichthyosis. Penyebab utama penyakit ini adalah masaalah genetik, leprosy, lymphoma atau hypothyroidism. Ini bermakana penyakit ini tidak disebabkan bakteria ataupun apa2 jangkitan. Ia berlaku disebabkan ganguan genetik dan fungsi organ.

Bayi yang lahir menghidapi masaalah ini hendaklah diberikan penjagaan rapi segera.
 Contoh harlequin ichthyosis yang terkena kulit mata
 Kulit yang mengering
Keadaan yang teruk hendaklah diberikan perhatian segera, sejenis ubat akan diggunakan untuk membantu pesakit stabil.
Kasihannya bayi ini..
Baby ini nak juga hidup macam kita... Kuatkan semangat ye... Love u baby.. be strong..
Keadaan kulit pesakit harlequin ichthyosis


Penyakit ini boleh diubati tetapi tidak segera. Jika sembuh pun penghidap penyakit ini akan masih menghidapi ciri2 harlequin ichthyosis. Penyakit ini boleh diubati menggunakan ubat isotretinoin (isotrex). Berikut merupakan gambar2 individu yang sedang menghidapi harlequin ichthyosis tetapi masih hidup. Mereka berusaha merawat penyakit ini dengan hati yang tenag... Kita yang sihat harus bersyukur.









Berikut merupakan beberapa fakta mengenai penyakit ini:
  1. Dulu penyakit ini dikenali sebagai "bayi buaya" atau "alligator Baby" di barat.
  2. Lebih dari 100 orang di seluruh dunia menghidapi penyakit ini.
  3. Disebabkan masaalah genetik.
  4. Disebabkan kekurangan protin ABCA12 pada kulit.
  5. Kulit mengelupas dan kering.
  6. Mula dikesan pada Tahun 1750.
Oooooo begitu rupanya.. jika anda nak tahu lebih lanjut sila layari laman web yang saya senaraikan di bawah. HEhehe.. mari kita baca dan baca dapatkan ilmu baru!! ~TQ(^^)~

Boleh rujuk:

(>.<) Kanser Mulut sebab bercium?


Salam sejahtera semua, bolehkah kanser mulut terjadi disebabkan bercium? Tidak la.. kalau tercium rokok secara berpanjangan dan kerap mungkin la.. itu pun risiko kena kanser paru2 bukan pun mulut.   Di sini aku nak share mengenai maklumat yang aku peroleh mengenai kanser mulut. Ngeri juga bila baca perkara mengenai penyakit2 ni. Ok ini fakta yang anda harus tahu mengenai kanser mulut:

  1. Top 8 dalam senarai kerabat kanser sedunia.
  2. Kesnya meningkat 20% sejak 30 tahun ini.
  3. Sangat sakit dan gerun.
  4. Disebabkan kurangnya kesedaran mengenai penjagaan mulut.
  5. Alkohol, merokok dan pengamalan diet yang x seimbang punca utama.
  6. Lebih dari 430000 Kes dikesan setiap hari di dunia.
Selama ni kita menag tak takut mengenai penyakit ini. Sebaba kita rasa penyakit ini tiada kesan yang teruk. Kita juga terlalu yakin penyakit ini dapat diubati. Sebenarnya jika dah terkena tu memang payah la. Memandangkan kanser mulut menyerang lidah, gusi, dalalm pipi dan juga kerongkong memang sukar la untuk kita ubati kawasaan berkenaan tanpa meninggalkan kesan.

So, mulai hari ini dinasihatkan supaya kita semua untuk:
  1. Mengamalkan gaya hidup sihat
  2. Kalau x dapat bersenam tu.. makan kena jaga.
  3. Then buat pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
  4. jaga gigi dan kebersihan mulut anda.
Gigi yang rosak dan tidak dirawat akan menyebabkan kanser juga...
 Keadaan kanser yang telah menjangkiti mulut dan tulang.
 Pembedahan membuang tisu yang telah dijangkiti.
 Keadaan kanser yang kritikal.
 Tisu pada muka musnah disebabkan kanser.

Semoga lepas ni kita semua jaga mulut demi kesihatan. Jaga mulut tu buka jaga macam tu jerr.. banyakkan berdoa, guna mulut untuk tujuan kebaikan..jangan asyik mengata orang dan memfitnah!hahahaha!! selamat berhat kepada anda semua!!

~(^^)TQ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...