AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Aku tiada masaalah denganmu wahai katak!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Anda geli pada katak? saya geli geleman bila dipeluk katak gergasi. Petang tadi aku berjalan balik dari GYM IPGKS Miri dan terlihat sesuatu yang bersinar. Sinaran tersebut datangnya dari dalam senuah lubang! Apakah itu? intan atau berlian? Tangkas aku mendapatkan lubang tersebut. Eh? ada sesuatu yang bergerak! Gambar di bawah adlaah lubang yang sama dan berhampirang dengan lubang katak tu.




Ku masukkan jemariku ke dalam lubang tersebut! alamak!! ada benda keluar!! Katak rupanya!!! Terus katak tersebut menggembungkan badannya. Yang berkilau tadi adalah mata dan badannya yang berlendir. Alamak.. katak, jangan la kau suruh hari ini hujan gara-gara aku kacau kau dalam lubang itu.



Muat juga akmu di dalam lubang kecil itu.. apa yang engkau buat di dalam lubang tersebut wahai katak? agaknya katak itu sedang bertelur di dalam lubang yang menakung air itu. Aku biarkan katak itu untuk menguruskan hal yang perlu la. Seronok juga sentuh-sentuh katak.. emm.. ini katak beracun ke? Sekian ~TQ(^^)~

Balik dari sekolah dan menangkap awan

Kali ini aku berpraktikal di SK Jalan Bintang. Nak tahu kisahnya yang lanjut? Sila layari http://akudariipgks.blogspot.com/ Ok, aku adalah manusia biasa tapi pemikiran kita tak sama. Memang aku ni biasa-biasa macam kamu.. makan nasi dan suka ambil gambar. Tapi setiap insan adalah unik.

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog kali ini. Aku tadi lepak sekejap menghirup udara nyaman di kota Miri selepas mencuci mata di Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang di Miri. Kali ini aku dan rakan sekutu aku menjalankan Praktikal. Ia merupakan program wajib bagi setiap guru pelatih IPG di Malaysia termasuklah IPG kami iaitu IPGKS Miri.

Apa kata kita mencuci mata bersama aku dari lensa telefon ku ini. Lokasinya adalah di Pujut! Kawasan shooping moopin!

Test camera!!
Sugar Bun dan awan!
Dari dalam kereta!
Macam Di Miami pula!
Sugar Bun!
Awan yang berkepul..
Tiang lampu!
Langin clearrr... (^,^)
Sekian dari aku yang malas ini. Selamat menjalankan tanggung jawab kepada semua! ~TQ(^^)~

Suasana di dalam perjumpaan asrama.

Salam sejahtera kepada anda yang tercampak ke ruangan ini. Ok, Pernahkah anda melihat apa yang aku lihat semasa perjumpaan kami di sini? Di sini tu di mana? Di dalam asrama lelaki IPGKS Miri. Ok ni merupakan gambar semalam yang saya baru snap...


Inilah suasana bila penghuninga mengadakan perjumpaan bersama warden kesayangan mereka. Pada saat ini maklumat dan isu terkini akan dikongsikan bersama penghuni. Luahan dan keluhan juga ada dikongsikan serta dibincangkan bersama.


Menghadiri perjumpaan ini merupakan satu kewajiban bagi setiap panghuni blok pediaman asrama IPGKS Miri. Kerana hanya pada saat itu penghuni a.k.a guru pelatih mendekatkan diri dengan pensyarah warden.



Ni la telatah kami di dalam asrama, kadang-kadang perjumpaan diadakan secara mengejut. Wardennya pula adalah lelaki, maka tak hairanlah jika ada penghuni yang tak sempat pakai baju dan ada yang masih mandi semasa perjumpaan diadakan. Sekian.. ~TQ(^^)~

Penangan Panorama Di Sabah!

Salam sejahtera kepada semua! Jika anda menuruti post aku, beberapa post sebelum ini adalah mengenai program BIG (Bina Insan Guru) Yang aku jalani di sabah bersama-sama rakan sepengajian aku di IPGKS Miri. JAdi kali ini, aku nak kongsikan beberapa keping gambar menarik di Sabah! Jom kita lihat panorama di sana!!

Gambar di sekolah yang kami lawati. Nak tahu aku ke mana klik http://akudariipgks.blogspot.com/2012/07/bina-insan-guru-big-ke-sabah.html
Ni di bandar nya
Perjalanan ke bandar KK
Wah.. pantai!
Kenal tak bangunan tu? Orang Malaysia harus kenal..antara Icon di Sabah tu!
Icon Sabah
Masjid Terapung!?
Di padang sekolah! awanya membiru...
 Di depan sekolah yang kami lawati.

Sekian sahaja perkongsian aku kali ini. Terima kasih sebab lepak-lepak dalam blog aku malas ni. Inilah antara panorama di sabah hehee.. kalau nak tengok lagi gambarnya boleh klik pada link di bawah. ~TQ(^^)~

http://aku-lazy.blogspot.com/2012/07/dikalahkan-oleh-orang-utan.html
http://aku-lazy.blogspot.com/2012/07/kisah-bina-insan-guru-di-sabah.html
http://anyslifestory.blogspot.com/2012/07/jalan2-sambil-timba-ilmu-big-2012.html

Dikalahkan Oleh Orang utan!!

Ni adalah sambungan daripada kisah aku yang sedang menjalankan BIG (Bina Insan Guru) untuk IPGKS Miri di sabah hari tu. Entah la.. aku ditakdirkan bertemu dengan seekor orang utan apabila namaku dipanggil untuk mecabar kekuatan seekor beruk di sebuah zoo yang terkenal di Sabah Boleh bah kalau kaw..

ini merupakan satu daripada aktiviti di Zoo Sabah.
 Orang utan menjelma entah dari mana berhayun menuruti muzik
 Sangat tangkas dan sangat berbulu.
 Namaku dipanggil dan aku tampil dengan bersahaja..
 Aku diminta menunjukkan kekuatan ototku!! so orang utan bernama Mowgly pun mencabarku!
 Bermulalah pertandingan mengupas kelapa tua..
 Mogly mendahului dan mengalahkan aku!!
Demikian lah pengalaman semasa berada di Sabah. Ternyata pengalaman ini sangat best! sebab dikalahkan oleh orang utan.. aduh.. sukarnya aku menerima hakikat ini! yang pasti orang utan memiliki kekuatan 4 kali manusia biasa.. Sekian, ~TQ(^^)~

Kisah Bina Insan Guru di Sabah

Salam sejahtera kepada semua yang sudi lepak-lepak di blog yang malas ini. Ok, kisah dari aku yang masih study di IPGKS Miri kali ini adalah... Uit!! aku nak share cerita menarik di Sabah! Buleh bha kalau kaw!!

Gambar sebelum berangkat ke Sabah. Ini gambar di Airport Miri. Semua pakai baju hijau.
 Kan aku dah kata, semua pakai warna hijau!
 Ini adalah hari berikutnya di Sabah. Bersarapan bersama rakan sekelas.
 Petang tu kami ke zoo...
 Kami diberi taklimat dan diberi tiket selepas dikenakan caj RM5. Wow!! Murah!!
 Aku yang sedang diapit classmate. Yang paling hujung sebelah kanan tu penulis blog cokelat dan 7up!
 Ni lihatlah gajah.. besarnya tahi gajah!!
 Harimau yang besar!!Live lagi tuh!!
 MANJANYA!! pandai betul dia mandi..
 Slumber saja muka dia.. cute!! eh?bukan muka aku la!!
 Ni burung yang besar!! burung siapa yang besar?
 Pada hari seterusnya kami di sekolah..
 Bersedia menjalani BIG
Sekian sahaja perkongsian pengalaman di Sabah! Nanti aku share bebrapa keping gambar lagi la mengenai pengalaman di Sabah! ~TQ(^^)~

Reka banner untuk pengajian

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Anda pun sedia maklum bahawa aku juga penulis bagi blog http://akudariipgks.blogspot.com/. Jadi hari ini aku nak kongsikan antara rekaan banner untuk lawatan kami ke Sabah. Jom mari saksikan antara rekaan yang telah dihasilkan. 
KLIK PADA GAMBAR UNTUK ZOOM

Idea 1
 Idea 2
 Idea 3
 Idea 4
 Idea yang terpilih
Hasil banner

Ini pula muka depan buku program
 Ini pula di dalamnya

Sekian. ~TQ(^^)~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...