AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Perjalanan Menuju Kehidupan ( Miri Lai!! Lai!! )

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang malas ni. Kali ni aku nak kongsikan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan pengalana aku beberapa hari yang lalu. Gambar-gambar ini nanti akan menunjukkan beberapa rentetan kisah perjalanan aku balik dari kampung setelah musim cuti Hari Raya telah habis. Awww, masih tak puas bercuti? Hehehe.. be cool, kehidupan mesti diteruskan! Mempersembahkan gambar-gembar perjalanan dari Pakan - Sibu - Bintulu - IPGKS Miri !!

Gambar bawah time hujan di area Farley Sibu. Agak lebat lah... Jalan Lada hampir banjir.
 Ni lori di tepi kereta... senang jer dia rempuh kawasan yang dinaiki air.
 Lihatlah pada cermin tu, banyak kereta berbaris di belakang kan?
 Perjalanan bersama kawanku bernama Alfie Khan. Apa benda besar depan tuuu~
 Alamak!! Kemalangan!!
 Bintulu rest jap! Melawat ke rumah kawan! Beraya!


 Tiba di IPGKS Miri.
 Senja...
 Asrama ku.
Terima kasih sebab baca dan hayati gambar2 yang aku ambik ni. Malas nak cakap banyak, yang penting aku bersyukur kepada Tuhan sebab perjalananku selamat. SYUKUR..doa..AMIN (^^)

Gambar kisah IPGKS Miri di SK Jalan Bintang.

Salam sejahtera kepada semua, Di sini aku ingin kongsikan beberpa keping gambar yang mengisahkan sedikit sebanyak mengenai apa yang aku lalui sepanjang praktikum di SK Jalan Bintang yang lalu. Hanya tinggal 1 bulan lagi. Semoga proses yang akan aku lalui untuk bulan yang akan datang menjadi lebih menarik dan bermakna.








Demikian la suasana di sekolah. Anda boleh lihat juga di http://akudariipgks.blogspot.com/2012/08/suasana-di-sekolah-praktikumku.html. Sekian ~TQ(^^)~

Kucing yang sakit

Salam sejahtera dan salam happy happy kepada anda semua yang ada yang tidak sengaja terklik blog gue. Blog aku malas ni merupakan blog yang malas.. ya lah.. aku ni malas berdiam malas nak sunyi kadang-kadang tajuk yang aku buat pun agak malas bunyinya. Ada yang kata tajuk yang common dan x ada umph! tapi tak apa, tetap juga aku menulis dan ber pot pet pot pet dalam blog ini.


Jika dibaca tajuk di atas tu ia adalah kisah mengenai seekor kucing yang sakit. Kisah ini aku peroleh setelah memerhati beberapa kejadian di sekolah yang dijadikan lokasi aku untuk praktikum tahun ini. Nampaknya ini merupakan tahun yang bermakna bagiku di IPGKS Miri. Mengapa bermakna? hehehe..nantikan post aku yang akan datang. Kerana ia sememangnya ada kaitan dengan jiwa lelakiku. ops!! aku tak kata pasal bab romatik woi!!hahaha!!


Bermulalah cerita mengenai kucing yang sakit. Kucing ini sangat cantik dan besar. Ia bukanlah seekor kucing mahal dan kucing yang berbakakan baka yang hebat. Ia hanyalah kucing yang biasa-biasa sahaja. Walaubagaimanapun aku telah tertipu kerana panampilannya. Pertama kalinya aku terserempak dengan kucing ini, aku ingatkan ia ada penjaga. Dengan bulu yang lebat dan tidak gugur. Dengan saiz yang sangat besar jika dibandingkan dengan kucingku di rumah.. Sesungguhnya kucing ini agak menarik jika diperhatikan apa lagi jika dimiliki.




Pada suatu hari aku terlihat kucing ini terbaring di tapak perhimpunan. kelihatan ia tenang dan sedang tidur. Pada waktu itu aku tidak mengesyaki apa-apa yang terjadi kepadanya. Aku hanya terfikir kucing itu sedang menghayati pagi yang indah dengan tidurnya. Tapi pelik, kucing itu tidur di atas gelangang yang suasananya riuh rendah dengan teriakan murid-murid yang seronok menyusun barisan sebelum memulakan perhimpunan.


Pada hakikatnya beberapa hari yang lalu, kucing ini telah dilanggar oleh kereta. Kakinya patah dan sekarang kucing itu sedang menahan kesakitannya agaknya. Jelas sekali semalam aku mendapati kucing ini seperti ok jer.. Sebab bila aku menatang kucing ini, ia seronok dan mengulung gulungkan badannya dalam pelukanku. Tidak juga aku perasan akan kakinya yang cedera. Mungkin disebabkan pada waktu aku mengangkat kucing ini, kucing ini sedang duduk sahaja. Dan aku tidak perasan akan kakinya yang terhencot-hencot.

Syukur la, ada juga budak-budak yang nak jaga kucing ini. Mereka ni budak-budak kecik. Tapi mereka nak jaga kucing ini. Ada yang sanggup tidak PJK gara-gara nak jaga kucing ini. Pada waktu rehat mereka berebut nak menjaga kucing ini. Mereka berebut memberi kucing ini makan.

Tersenyum juga aku apabila melihat mereka memeluk kucing itu tanpa menegtahui tindakan itu membuatkan kucing itu terasa sakit. Hahahaha!! biasalah budak-budak... mereka hanya tahu bagaimana nak luahkan perasaan sayang mereka tanpa mengetahui cara mereka itu membuatkan keadaan makin teruk. Mengapa kanak-kanak dapat menunjukkan rasa ini kepada haiwan? Bagaimana dengan aku? Mengapa aku x membawa kucing itu balik saja dan tolong kucing itu? Adakah aku sahaja bersikap sedemikian? Anda bagaimana? 

~TQ(^^)~

~ Aku dah ubatkan kucing itu, sekarang dah ok, Syukur~

Harga senyuman mereka.

Salam sejahtera kepada semua yang membaca ruangan ini. Kali ini aku ingin berkongsikan 3 keping gambar yang harus anda hayati. Sesungguhnya gambar tidak akan berkata dan bergerak, hanya minda kita yang akan berkata untuknya dan menggerakkan gambar yang pegun itu. Bayangkan anda sudah berusia 100 tahun dan ada terjumpa gambar saat remaja anda. Senyuman yang terawet di dalam sebuah album akan mengusik jiwamu dengan pelbagai perasaan dan kenangan. Demikianlah betapa kuatnya erti sebuah senyuman yang kita tangkap dalam gambar.

Apakah yang sedang difikirkan oleh mereka? Mereka kelihatan gembira dan seronok di dunia mereka. Adakah mereka tidak risau akan beban kerja rumah? Atau mereka tidak kisah mengenai kerja rumah kerana bagi mereka kerja rumah bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan kebahagiaan hidup di suasana yang aman ini.

Kali ini aku menekankan gambar yang berkaitan dengan murid-murid ku. Mereka adalah kanak-kanak yang masih bersih mindanya dan mentah. Senyuman mereka adalah senyuman yang setulus dunia dan syurga tanpa niat yang terselindung. Ada kalanya kita yang dewasa ini melakonkan senyuman untuk menunjukkan rasa sinis dan sekadar mengambil hati. Tapi, dalam gambar ini, aku merasakan mereka yang senyum ini ingin menyatakan perasaan mereka terhadap dunia yang mereka alami.

Mereka menyambut kemerdekaan, seperti kita juga. Senyuman mereka kelihatan tulus sedangkan mereka tidak pun tahu sangat erti kemerdekaan jika dibandingkan dengan golongan cerdik pandai. Tetapi mereka tetap juga senyum. 

Mereka sedang belajar, banyak masa yang mereka luangkan di sekolah bersama rakan-rakan mereka. Senyuman mereka jelas sekali senyuman yang sama dari rumah. Berbeza dengan kita.. saat di tempat kerja, kita akan ketawa dan tersenyum megah. Tetapi di rumah, ada yang tidak senyum dengan ibu bapa, ada yang malu-malu dan tak kurang juga yang manja-manja senyum romantis di rumah bersama yang tersayang. Hehehe.. ternyata lokasi mempengaruhi perangai kita. Tapi tidak bagi kanak-kanak yang saya ajar.

Ini senyuman apa pula? Rasanya dia sayang akan kucing itu, seronoknya dia sehinggakan tidak sedar dia senyuman di depan kamera seorang guru yang sering menegur sikap nakalnya.

Senyuman adalahn satu bentuk komunikasi. Adakalanya kita tidak menyedari senyuman itu tercetus pada wajah kita. Senyuman itu adalah sambungan dunia luar dengan hati kita. Yakinlah bahawa dunia menjadi semakin indah dengan senyuman yang kita luahkan. Semoga anda semua berasa bahagia dan senang di sana, jangan lupa senyum.. Hehehe! Sekian ~TQ(^^)~

Luahan dalam pernantian

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas kali ini. Terima kasih sebab berjaya terklik blog ini. Aku tahu x semua daripada anda ni sengaja melihat blog aku kan? sebab sedang syok-syok menapi dalam enjen search Google ni, terserempak jua blog yang serba serbi ni. hahaha! ok, berkaitan dengan tajuk di atas aku ingin menyatakan bahawa jemari ku ni menanti peluang menaip post terkini di Blog. Tapi disebabkan masaalah kemudahan sambungan internet di pedalaman nampaknya banyak perkara yang tidak dapat aku laksanakan untuk memuaskan hati.

Gambar di bawah merupakan gambar rumah aku dia atas bukit. Maklumlah di pedalaman masih ada banyak pokok-pokok. Setakat ni tak juga jumpa orang tinggal atas pokok ;-P (maksud aku Orang utan)


Ini salah satu bentuk luahan kan? hehehe.. ok buat pengetahuan u all, alku ni sedang bercuti setelah berhempas pulas dari menjalani kehidupan di dunia Miri. Aku kan student IPGKS Miri dan sedang menjalankan praktikum di sekolah rendah ( SK Jalan Bintang ). Banyak pengalaman baru yang aku peroleh.

Sesungguhnya ini merupakan zaman peralihan mentaliti aku dari zaman student kepada alam pekerjaan. Maklumlah, apa yang dipelajari secara teori sesungguhnya memang berbeza jika dipraktikkan di dunia sebenar. Mungkin apa yang kita pelajari kebanyakkannya idea daripada ilmuan barat yang sering kita sanjungi. Pembudayaan anak bangsa melalui mentaliti ilmuan barat. Kita harus mahir menyesuaikan teori yang sedia ada dengan budaya setempat.

Gambar di bawah merupakn gambar yang aku ambil sewaktu perhimpunan majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di SK Jalan Bintang Miri. Aku suka gambar ni sebab budak tahun 1D ni tak sengaja posing tima aku ambik gambar bukti praktikum.

Saya mengajar kanak-kanak di negara kita dengan budaya tropikanya tetapi diajar dengan kaedah ilmu ala barat. Tapi tak apa, negara kita sedang dalam usaha membantuk sistem yang lebih baik. Saya yakin segala yang diusahakan oleh kerajaan kita akan membuahkan hasil jika semua rakyat memberi sokongan. 

Ok, dah melencong pula topik ini. Tak apa, masih dikira luahan juga kan? dalam penantian aku untuk menjadi seorang guru.. menjadi guru yang disayangi oleh murid-murid.. menjadi seorang ayah.. Opss!! hehehe.. Aku doakan u all dalam keadaan yang sehat-sehat! terima kasih sebab baca penulisan yang tak seberapa kemas ni. Aku ni menaip sangat laju sehinggakan mata pun tak sempat nak semak ejaan dan tata bahasa. Hahaha!!! (penyakit malas) Aku nak bergegas ni, sebab ada kerja nak dibuat lepas ni. See u all!! Sekian ~TQ(^^)~

Sebab manusia x update Blog!!!!

Yuhu Im HOME!!!!!!!! Salam sejahtera kepada semua!! Ya!! lama dah x post sesuatu yang agak merepek di BLOG ini!! Maklum lah.. Pengajian kami di IPGKS Miri sedang menjalani praktikum selama 2 bulan! Ok, apa yang aku alami sepanjang minggu ini sehinggakan aku gagal post sesuatu dalm Blog AKu Malas? Berikut merupakan sebab2 orang x akan update blog nya.. (seperti aku)


Sebab Logik
  1. Sebab x ada blog.
  2. Sebab busy sangat sampai bernafas pun x sempat.
  3. Sebab blog dia x popular seperti blog Uncle Seekers.
  4. Sebab blog dia x ramai pengikut.
  5. Sebab line internet di negara dia slow, loading lama sangat.
  6. Sebab dia asyik main FB.
  7. Tak ada topik nak diumpat, topik ilmiah nak dikongsi x der..
  8. Sedang buat research untuk entri yang dasyat!
  9. Merajuk..
Sebab yang tak logik
  1. Kena culik makhluk asing semasa update blog.
  2. Sewaktu blogging dia menyedari dia di alam bunian.
  3. Kakinya disengat labah-labah dan terus bertukar jadi makhluk dan mengamuk!
  4. Dia marah sebab x ada idea dan bertukar menjadi HULK! Pecah komputer!! x dapat blogging lagi.
Yang lain tu anda tambah la sendiri sebabnya. Jadi sebab sebenar aku x blogging adalah, aku busy dan sedang kumpul gambar untuk dikongsikan di dalam blog ini. Semoga anda yang membaca blog ini sabar dan senyum-senyum selalu walaupun anda x baca semua entri aku, cuma belek-belek gambar sahaja. Hehehe.. Thanks to u all!! ~TQ(^^)~ Sebelum out!! aku postkan beberapa gambar yang aku ambik di sekolah tempat aku praktikum!! Selamat menjamu selera!!

KLIK PADA GAMBAR UNTUK ZOOM!






Jumpa lagi. (^o^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...