AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Part 10: Bukan En.Eyebrow saja buat muka sial!

Salam sejahtera. Pada hari yang mulia ini aku nak pesan sesuatu dengan anda semua melalui gambar yang ala ala En. Eyebrow. HAhaha! jom! Ok pesanannya mudah sahaja. Sebelum mulakan hari yang indah, kita hendaklah berusaha merancang dan melaksana sesuatu dengan penuh perasaan positif.

Pertamanya, kita mulakan hidup kita dengan menguruskan diri. Lihatlah cermin dan ketahui keperluan diri yang harus dipenuhi sebelum meneruskan perjalanan ini. Jangan seperti gambar di bawah, ini lah kesan kalau tak rancang betul-betul dan tak serius. 

Kedua, kita hendaklah menjaga mulut. Keluarnya kita dari bilik dan ke tempat kerja. Kita kena jaga lidah kita. Biar insan di sekitar kita memberi tanggapan positif kepada kita. Dengan itu, kita akan lebih bermotivasi untuk melalui kehidupan ini. Apa lagi apabila kita didorong oleh wajah ceria insan-insan yang ceria disebabkan suasana yang elok di tempat kerja.
Seterusnya, jangan lupa bahawa kita sentiasa dikelilingi risiko. Apakah risiko yang aku maksudkan? Risiko untuk disisih sebab ada yang dengki, risiko kemalangan, risiko yang negatif lah! So, nasihat yang ketiga adalah selalu berwaspada. Jangan cuai...
Sekian sahaja untuk kali ini. Love u all! Bye2!! :)

Dimana Jiwangmu?

Salam sejahtera kepada semua yang membaca penulisan ini. Sering kali kita tersenyum sambil berfikir saat melihat rakan-rakan kita menjiwang. Nak kata elok tak juga, sebab ada yang meluat saat melihat melihat orang calling pada telefon sambil mengeluarkan bunyian romantik seperti muah muah. Hahahaha! Aku bagaimana pula? No comment... Aku selesa dengan semua orang di sekitar aku. HAhaha! Kali ini aku nak menjiwang dengan gambar pula. Oh, tentu ada yang nak tahu, apa definisi mengenai jiwang. Ok, Aku Malas nak definisikan jiwang ini ya.. ini difinisinya, Jiwang = Tindakan yang mewakili ekspresi emosi dari sudut romantik.

Ok!! Bagi aku, tak salah kalau nak jiwang-jiwang tu. Sebab dengan berbuat demikian kita dapat menstabilkan emosi kita. Ada kalanya perasaan yang kita pendam harus diluahkan menggunakan pelbagai bentuk karya bukan sahaja dalam bentuk ayat-ayat romantik. Perasaan puas dan dihargai muncul saat kita mampu berkongsi emosi dengan orang yang kita sayangi.



Biarkan gambar di atas mewakili perasaan jiwang aku. Lukis-lukis guna paint ni sampai rasa jiwang pula. Saat hujan macam ni elok sangat bila meneguk secawan kopi campur cokelat. :) Bye2.

Manusia kerdil di bawah langit

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Hari ini aku nak kongsikan gambar langit yang aku saksikan di dunia ini. Seronok juga bila membuang masa menghayati bentuk-bentuk awan, memandangkan aku sedari sudah sekian lama aku lama sudah tidak mendongak ke langit.






Untuk pengetahuan anda semua, gambar-gambar ni adalah gambar di sekitar aku di sini iaitu di miri, kecuali gambar rumah panjang tu jer yang bukan di Miri. Thanks sebab lepak di sini. Bye3. :)

Nota2 Cute Exam Aku!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini! entri sebelum ni adalah mengenai Minggu Exam kan? Kali ini aku nak berterus terang, aku bukan jenis yang suka membaca lama. Nanti setan bergayut kat mata aku. Rasa berat pulak mata.. then setan bergayut kat leher aku..terangguk angguk mengantuk pulak! Agak stress juga kan study ni?


Maka aku mulakan study aku dengan berdoa. Dengan izinNya aku pun telah terfikirkan bagaimana mambuatkan proses aku study ini lebih enjoy dan tak mengantuk! Dan terhasillah beberapa keping nota bergambar. 














Dah dah dah!! aku nak melukis ni!! release tension!! nak exam.. kena la happy selalu! jangan paksa diri sampai terkeluar otak sebab stress tahap gaban!hahaha! Jangan la sampai lupa call parents, minta doa dan minta berkat. ok? Sekian saja!! LUV U ALL!! BYE3!!


Minggu Exam!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Yeah! minggu perperiksaan dah tiba, ini tandanya musim cuti makin dekat! ye la, sebagai manusia biasa aku sangat gemar menikmati cuti yang indah bersama keluarga yang tercinta. Sebelum meneruskan celoteh ini! Aku tak lupa nak ucapkan selamat hari Raya Haji kepada semua yang menyambut di luar sana.


Hey!hey!! aku pun ada ikut sambut tau! ada majlis sambutan Raya Haji di sini. Malangnya aku join manyembut lauk pauk yang disediakan pada hari tu, hasil kutipan bersama bersama rakan-rakan, dapatlah kami menyembelih seekor kambing yang bernilai RM800! Hehehe! Happy! Jangan terover happy pula, nanti makna Raya yang sebenar pula lupa.


Berbalik kepada topik entri ini. Aku nak luahkan isi hatiku yang terdalam ini. Time-time minggu exam ini, aku ditemani jerawat yang kian tumbuh menghiasi kulit wajahku yang ayu! Mengapa jerawat ini tumbuh?! Setelah disiasat, rupanya jerawat ini tumbuh selepas seminggu aku mengamalkan memakan mee segera! Usah disebut jenama apa yer! Nanti Syarikat Mee Sedap dan Maggie akan saman aku. Alamak! dah tersebut la pulak! Ye la... saya mengakui, budaya makan mee semasa kekurangan bajet x baik untuk orang yang cute dan handsome. Sayang muka tu...


Hilang motivasi nak jawab papaer exam sebab jururawat tumbuh.. alamak! Jerawat lah!bukan jururawat! Nak jawab soalan exam pun rasa malu, nak angkat pen pun rasa malu... nak masuk ke dewan perperiksaan pun malu!!!! OMG!!!!

So, mulai hari ini, aku berkempen untuk tak makan mee. Semi menjaga wajah yang berseri dan ayu untuk persediaan hari Natal waktu cuti nanti! Bye3! selamat menjalani hari Isnin yang luar biasa! Lov u all!

SEMUA BENCI JERAWAT!!
tapi suka picit depan cermin..hehehe..

Izinkan Aku Bersajak untuk si dia, ayah...



Tajuk: Semakin Rindu


Kerinduan yang kau beri ibarat racun yang berbisa,

Namun suaramu seperti penawar semua bahaya,

Bahagia mendengar suaramu dikala telefon bersama,

Lebih bahagia emosi ini andai abadi selamanya,

Setiap hari aku rela diracuni,

Setiap hari penawar jua kau diberi,

Kasihmu sungguh melebihi,

Apa yang ku fahami,

Menjadikan aku lali dan ingin lagi dan lagi...

Dan harus diubati dengan kebahagiaan yang semakin menjadi-jadi,

Sehingga satu saat nanti,

Aku menyerah pada takdir,

Agar kau miliki selamanya jiwa ini,

Akhirnya kau tahu seluruh raga ini,

Walaupun aku akan kembali jua nanti,

Menghadap Sang Pencipta Syurgawi,

Meratapi nyawa yang telah ku pinjam di bumi,

Memori ku bawa mati,

Dengan dirimu yang sungguh ku cintai.



By: Chrisroyston Bakum a.k.a Aku Malas


Part 10: Mr. Eyebrow lagi dah!!

Salam sejahtera kepada semua. Lama dah aku tak masukkan banyak entri dalam masa sehari. Jadi Hari ini aku nak share beberapa lukisan aku yang hodoh macam lukisan budak2 ni!hahahhaa! Lama dah x lukis Mr.Eyebrow! Jom kita hayati makna gambar tersebut.

Jangan mencabut nyawa sendiri. Hargai nyawa.

HAhahhaa! Stress bebeno la gambo ni!

Awas!! hati2 bahaya ada di mana2! termasuk di kawasan riadah memanah.

Ni kes tak pandai pakai sudu garfu*k ni.

Memekik sendiri2 di rumah dengan set audio pun kekadang best. Jangan sampai krem leher tu!

Ni la yang aku lukis guna perisian Paint dalam laptop. Kalau boring dah melukis guna laptop, pen juga akan jadi mangsa. Biasanya aku suka menulis sajak dan melukus. Kalau boring sangat aku akan main gitar atau piano. Bergantung la kepada mood. Kat bawah antara kerja aku time boring, sebab u all dah tengok lukisan hodoh aku, apa kata aku persembahkan lukisan yang kurang hodoh pulak, sebagai tanda hormat pada u all. Kalau ada yang baik, mesti ada yang buruknya..baru seimbang. HAhaha!

Ni pulak kerja berkhayal, ada aku post bebrapa idea, antaranya pada post ini.

Ni kerja menconteng badan pulak. Ada dalam post aku ni.. klik sini

Gambar di atas adalah hasik kerja time boring2 dalam kelas, lukis sekejap2 then beri perhatian balik kat cikgu. X la berasa bosan, rasa lebih seronok belajar. Pernah aku post kat "Cikgu lukis macam budak". Sekian sahaja untuk kali ini.Lop u all, Bye3!

Kambar Kucing rawak

Sedang aku berjalan-berjalan di sekitar kawasan IPGKS Miri, aku terserempak dengan beberapa ekor kucing. Aku sememangnya peminat haiwan yang kiut seperti kucing ni. Maka dengan rela hati aku mengambil gambar mereka tanpa mengenakan sebarang caj.
Jangan risau, kamera yang aku gunakan ini bukan kamera yang menangkap kelajuan. Payah juga kalau aku ada kamera yang dapat tangkap kelajuan kereta dan moto.. apa lagi orang yang berjalan kaki melebihi had laju pun aku nak tangkap gambar!Hahahaha.. ok, stop dulu merepek. Jom hayati gambar kucing yang happy dan hidup bahagian tanpa terikat dengan undang2 yang mereka rasa merepek.






Sekian sahaja untuk kali ini, semoga anda semua bahagia di samping yang tersayang. Kalau tak ada yang tersayang lagi, carilah satu yang akan memenangi hatimu. Kalau belum sedia, tak apa.. Aku harap anda bahagia di samping laptop tu. HAhahaha! :) Enjoy ur day! bye3.

Aku mencemarkan badan kawan menggunakan marker

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas pada saat ini. Kali ini aku ingin kongsikan beberapa keping gambar mangsa yang aku conteng lengannya. Mengapa aku menconteng lengan beliau? Soalan yang menarik, jangan risau aku akan menjawab soalan tersebut.



Hari ini pengajian TESL sedang mengadakan rakaman pementasan drama untuk tugasan mereka di IPGKS Miri ini. Maka, seorang kawan yang akan menjadi mangsa contengan ini telah menyeru namaku melalui sistem pesanan ringkas. Kawan aku tu meminta bantuan aku untuk melukis tattoo pada lengannya. Aku pun menanyakan dia, mengenai latar belakang lakonan drama mereka. Tak kan aku melukis angry bird pulak kalau latar belakang lakonan mereka adalah budaya masyarakan peribumi Sarawak. Maka aku pun mencari idea dan akhirnya inilah hasilnya.

Membuat kajian ringkas dengan beliau di dalam bilik.

Hasil lukisan yang aku buat. Ok lah tu.. sayang juga kalau dipadam nanti. Syukur dah ambik gambar.
Dari pandangan sisi.

Dari pandang dalam sikit.

Jangan risau yer, ini bukan tattoo yang tak dapat dibuang. Aku guna marker biasa jer, lepas pementasan drama ni nanti kena buang la. Nanti terkejut pulak pensyarah tengok tattoo yang x cute ni. Apa lagi mak ayah kawan aku ni nanti!hahaha!tentu mereka rasa terkejut bila melihat badan anak mereka dah diconteng. HAhahaha! Bye2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...