AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Cuti yang mengemukkan

Salam sejahtera kepada yang sedang membaca blog ini. Aku ingin berkongsi apa yg aku rasa pada diri ini. Cuti yang indah ini terasa sangat bahagia bersama keluarga yang tersayang, sampaikan makan berselera, tidur semakin nyenyak dan segalanya nampak sempurna sehinggakan aku merasakan perut aku pulak makin sempurna dengan lapisan lemak2 bahagia!hehehe! Kira ok la lemak-lemak bahagia.. jangan jer kolestrol bahagia / bahaya.
Time cuti sebegini, sememangnya seronok meluangkan masa bersama keluarga yg jarang aku temukan takala aku berada di dunia IPGKS Miri. Jadi apa salahnya semasa cuti ini, aku bekukan kenangan indah ini dalam foto. Lihatlah telatah adik-adik aku tika bergambar. HAhaha!
Makan malam bersama keluarga adalah saat yang menarik. Segala cerita boleh dikongsikan pada saat ini. Mak pula rajin menasihati kami semasa makan. katanya "Semasa makan, nasihat itu akan ditelan bersama nasi."
Jadi, aku yg merasakan semakin gemuk ini mulalah berusaha mengeluarkan peluh! Hahaha! antaranya dengan kaedah ketawa puas puas sampai kejang perut semasa menonton cerita lawak dan bersenam di luar rumah. 
Demikianlah kehidupan aku semasa cuti ini. Semoga anda yang berada di luar sana bercuti dengan penuh kabahagiaan. Bye3. (^___^)

Dapat rambut segera 1 minit pilihan Aku Malas


Salam sejahtera kepada anda yang sedang blog walking. hey hey hey!! sedang2 bercuti di Pakan Sarikei ini amatlah elok untuk kita fikirkan gaya rambut untuk tahun baru. Bagi aku, time cuti inilah untuk aku servis rambut dan kulit di rumah sementara menunggu tamatnya cuti dan kembali ke IPGKS Miri. Tapi sayang la.. entri kali ini bukanlah untuk lelaki melainkan untuk perempuan. X apa, rambut lelaki macam aku ni senang jer nak di fesyenkan, gunting tepi kiri kanan dan belakang jer. Terus jadi..kalau botak pun x apa. Hehhee.. Nah.. sila perhatikan gambar di bawah. Selamat mencuba!! Lelaki yg ada rambut panjang pun boleh cuba.


Sumber gambar: Laptop adik aku. Tapi u all boleh Googlekan " celeb easy hairdresser diy haircut " Harap u all dapat jumpa yg lain dan gaya yang berkenan. Bye3! (^__^)

Part 14: Mr. Eyebrow dah cuti x ada masa meroyan.


salam sejahtera dan Salam sejahtera sekali lagi kepada semua yang terhenti seketika dalam blog yang malas ini. Ini minggu ke 3 selepas balik dari perantauan dan aku officially sedang bercuti di duniaku Sarikei bersama kawan imiginasi Mr.Eyebrow.. Jangan risau, aku tak gila lah sampaikan ada kawan imiginasi. Damnn.. Thatz just my idea. Ok, cuti ini aku sedang bercuti dengan gembira sekali. Dan aku sedang menikmati buah durian dari dusun ayah. Semasa cuti biasanya aku akan...

Makan-makan la, terutamanya time cuti ni kebetulan musim buah!yeay!
 Main dengan haiwan liar di kampung halaman!
 Bantu mak masak sampai aku perasan aku ni join Master Chef!
 Bermanja dengan kucing!

Jangan ingat yg aku tak meluangkan masa dengan yang tersayang, aku bermain dengan ayah dan mak dengan adik2 aku. Kalau dah masuk bilik tv aku pulak layan Star King dan Gang Show serta Discovery dan History chanel HD. Sesungguhnya kehidupan aku di sini memang berbeza dengan rutin harian di IPGKS Miri.

Tajuk entri ini Part 14: Mr. Eyebrow dah cuti x ada masa meroyan melainkan masa makan durian dan masa untuk yg tersayang. Selamat berblog walking! dan jom!! Join saya makan durian di dapur!! (>___<) Bye3!!

Encik H ( penulis-misteri.blogspot.com ) yang Simple tapi kritikal


Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Cuba anda baca tajuk entri kali ini. Siapakah Encik H? Kalau nak tahu teruskan membaca yer.. mengapa anda harus membaca entri ini sedangkan anda tak berminat dengan tajuknya? entah..anda yang ingin terus membaca mengenai idea tajam si Encik H. Eh? dah makin berminat untuk mengenai Encik Misteri ini? anda nak tahu ke mengenai Encik H yang stylo menyuarakan ideanya dalam blog sempoi nya (bagi aku sempoi tapi entrinya x membosankan).

Ok, ini yang dapat aku katakan mengenai beliau. Dia ada banyak idea, rasanya dia ni suka perkembangan berkaitan isu global, berfikiran terbuka, slumber dan menulis blog yang kekadang lawaknya agak sinis tapi seronok dibaca. Blog beliau bersifat inner journal yang menyuarakan pendapat beliau. Ada gambar yang menarik kekadang simple untuk mempersembahkan ideanya. Ok la.. lihatlah sedutan di bawah ni, sebahagian daripada entri beliau. Hehehe.. simplenya tajuk tapi ceritanya wow. mempersembahkan http://penulis-misteri.blogspot.com/ a.k.a Encik H.



Sekian sahaja untuk hari ini. Jika ada rezeki aku akan post lagi entri baru, biasalah.. aku ni malas sangat dalam update-update blog. Kecualilah speed internet di sini ok.. rajin la sikit. Ni nak upload gambar 123kb perlukan masa 3minit!! apa lagi nak buka blog aku sendiri ni pun ambil masa 5minit loading.. What The Fish. Hehehe..sekian sahaja. Selamat menikmati hujung tahun. (^____^)


Bangkit dari pertapaan yg sepi

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku yang amatlah malas ini. Bangun pagi time cuti hujung tahun pun malas..sarapan pun malas..semua terasa malas. Alamak..macam mana nak hidup kalau asyik malas macam ni kan? Hahaha! apa-apapun, aku tak akan malas untuk jaga mak dan ayah aku. Hehehe, ok lihat topik di atas tu.. BANGKIT DARI PERTAPAAN!! Sepanjang cuti ini aku telah bertapa di dalam bilik yang ku ibaratkan gua yg penuh dengan ilmu. Sekarang aku telah bangkit semula dan masuk ke dunia BLOGSPOT setelah lama bercuti!





Line x laju lah, lagipun idea tak muncul-muncul. Biasalah, bila aku yang malas ni meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang dan jarang dijumpa memandangkan aku ni merantau di negeri orang untuk mencari ilmu.

Ok, salam pertemuan semula untuk semua. Dengan ini aku nak announce, bahawa aku akan post entri berkaitan dengan cuti aku di sini. Kan aku dah kata aku dah balik kampung tengok entri aku ini http://aku-lazy.blogspot.com/2012/11/part-11-mreyebrow-penipu-penipu-balik.html.


So, harap u all happy semua sepanjang blogwalking di dunia maya ini. Bagi yg sedang bercuti, selamat bercuti dan meluangkan masa dengan yg tersayang. (^___^)

Terasa kembali macam kanak-kanak

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog yang malas ini. Hari ini aku telah membuka file yang aku baru buat dan ini bulan lepas. Aku mendapati lukisan yang boleh dikatakan agak malas di dalam itu kelihatan cantik dan awet muda. Seronok juga melihat karya tersebut. Walaupun unsur seninya dan prinsip rekaannya tidak banyak kelihatan dan jelas namun aku dapat merasakan aura kanak-kanak daripada karya tersebut.

Gambar pertama ni... Ni kes yang aku benci, bila ada kawan or org sebar nombor kita untuk main2.

Pertamanya adalah gambar lukisan mengenai couple dan lumrahnya pada masa kini

 Jiwang mode dengan stick man.
 Garisan mudah tapi kita tahu, itu adalah tikus.
 Jiwang sikit. Klik untuk zoom dan baca ayat tepi tu.
 Stop guna ubat nyamuk, gunalah katak!
 Rumah terbakar. Pemandangan dari dalam.

Sekian sahaja kali ini, aku nak fikirkan apa benda yang aku nak bawa sebelum balik ke kampung, nak packing la ni. Lusa aku balik. Bye2.

Part 13: Mr.Eyebrow dan SMS nak jiwang

Salam sejahtera kepada anda semua yang meneliti dan lepak di sini. Aku telah diilhamkan oleh cerita dari Encik.H. Hahaha! Dia buat komik simple lah! U all nak tengok dia punya komik? klik sini.. SOALAN SUSAH BY ENCIK.H. Dengan itu aku akan buat pula komik aku punya kes pulak.. hahaha! Mempersembahkan Mr. Eyebrow!!!










Hahahaha!!! Selalu terjadi macam ni, sedang layan jiwang tiba2 celcom kacau daun!!OMG!! memang frust la bila aku tahu msg tu bukan dari si dia.. bye3.

Jom lepak kat blopger ini! kawan Gue!! yang menginspirasikan ceciter di atas.. Klik pada gambar di bawah.


atau balik ke laman asal AKU MALAS 


Aku ni baru jer habiskan ujian UAK (Ujian Akhir kursus) di IPGKS Miri. X usah lagi fikir2 soalan-soalan ujian, atau soalan ramalan. Aku bukan ahli nujum, dan aku x suka meramal.. Buat jer ujian tu. Now, Nak ready masuk sem 7 la ni! Sekarang, aku manjakan diri dengan blog ni la..hehehe. Selamat ber blog walking semua.

Part 12: Mr.Eyebrow Penipu Penipu BALIK KAMPONG LAH OI!!!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Aku nak share pengalaman berkaitan balik kampung. Ye la, dulu tu zaman2 masih bersekolah, aku mengakui aku ni memmang penghuni asrama. Dalam sebulan cuma 2 kali jer boleh balik. Sebab sekolah kami hanya membenarkan budak2 balik setiap 2 minggu. Dipendekkan cerita pengalaman yang lalu itu aku bawa ke dunia sekarang ni. Aku ingat pengalaman semasa bersekolah itu tidak berulang. Penipuan terus berleluasa sehingga ke saat ini. Hahaha! Banyak yang jadi penipu bila time musim balik bercuti. Menipu macam mana ni? Hahahhaa! Jom tengok gamnar di bawah!

Klik pada gambar untuk ZOOM!!

Penipuan 1:
 Time balik kampung terasa semua barang tu ringan. Tapi time turun kuliah, buku sebijik pun rasa x dapat pun angkat. Apa lagi nak angkat kepala time hari Isnin.


Penipuan 2:
 Semua orang mampu menjadi artis rupanya. HAhaha! Bila balik kampung, banyak la yang menjadi artis. X sangka yg ku sangka x cantik selama ini sebenarnya sangat cantik dan menduga jiwa ragaku dilaka menaiki bas balik kampung!


Sekian sahaja untuk kali ini. Jangan marah yerr, kita ni adalah manusia yang kreatif. Setiap insan memiliki kisah hidup yang disimpan dalam kotak hati. Personaliti sebenar kita x selalunya diluahkan dalam bentuk penampilan dan fesyen dan seni dan dan dan.. banyak lagi. Kalau kat sekolah, banyak yang x boleh buat. Hanya di hujung minggu dan time balik kampung sahaja kita dapat menjadi diri kita yang sebenar. Diri kita yang mak dan ayah kita cipta, menjadi diri yang tak merosakkan diri. Anda.. saya.. aku.. kita..dia.. bebas untuk meluahkan personaliti indah dan unik ini. (asalkan x menyakitkan mata insan di sekeliling la) Bye2!!


Hahaha! Ini la muka blurr dan lupa. Tu la, nasihat aku, jangan asyik bergantung dengan soalan ramalan dan buat last minuite study. Aku ula beria-ia main blog apesal? sebab aku baru jer abis paper exam UAK (Ujian akhir kursus) di IPGKS Miri untuk sem 6 ni. hehehe.. Lop u all.. selamat bercuti. 


Mengapa aku tak dapat deactivate akaun F***BOOK?


Salam sejahtera kepada semua yang membaca penulisan kali ini. Aku tak dapat keluar dari Facebook lah! Why? Log in dapat, tapi comment dan semua tak dapat. Adakah aku dah kena blok? Apa kesalahan aku? Gambar di bawah merupakan masaalah yang sedang aku alami sekarang. Apa yang sedang terjadi sebenarnya?




Adakah Facebook tak nak kita keluar dari rangkaian mereka? Bagaimana dengan maklumat aku? adakah mereka telah menggunakan facebook sebagai web untuk mendapatkan maklumat dan rahsia individu? Bayangkan kalau menteri kita menggunakan FB sebagai medium berkongsi maklumat sulit (Chat Box / Private comment ) adakah mampu pihak ketiga (Hackers) mengesan dan mendapatkan maklumat sulit itu? Tepuk dada tanya selera.


Any idea for this problem? Any solution?
I can't comment, I cant like picture, comments, link and many more, I also cant deactivate my Facebook account. And also... I cannot submit my report to facebook about this problem. I only can log in and sit down watching my facebook...

Part 11: Mr Eyebrow time exam


Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Minggu Exam dah hampir tamat, so apa yang aku dan Mr. Eyebrow fahami mengenai makna ujian ni? Mari kita hayati beberapa keping gambar Mr Eyebrow.

Gambar 1:
 Sungguh yakin menjawab soalan! Walaupun x tidur semalaman, ajaibnya masih nampak bertenaga!

Gambar 2:
Ni la muka bila mendapati soalan yang keuar tidak ada kaitan dengan ulang kaji semalam.
Gambar 3:
Berjalan keluar dari bilik perperiksaan macam boss!! kalau siap awal dari orang lain. Apa lagi kalau itu adalah paper yang terakhir!

Gambar 4:
Di belakang kertas soalan, sempat juga melukis gambar kartoon bila boring sangat!

Sekian sahaja dari aku malas! Bye2. (^^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...