AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Makanan menyatukan manusia.

Salam sejahtera kepada semua! Ye la..ye la.. bukan mesyuarat dan hobi jer yg menyatukan kita. Benda yang paling mudah adalah makanan. Kali ini aku nak share gambar yang aku dan kawan-kawan tangkap semasa lepak di Merdeka Mall di Miri Sarawak. Biasa la, guru-guru pelatih IPGKS Miri akan mencari makanan sampai ke pasar kalau kantin tutup atau tiada makanan yg berkenan. Gambar ni kami rakamkan pada hujung minggu yang lalu.. 

Makanan set 2 hahaha! dengan ayam tambahan!

Muka muka happy.
Ok, Mereka semua ni datangnya dari Sarawak dan Sabah.. cuma aku jer dari Korea! hahahha! x la.. Ni la kami semua yg datangnya dari tanah Borneo. Nanti aku post la gambar aku dengan gang budak Semenanjung! Gempak la gang.. katanya mreka nak ajak aku ke kafe masakan semenanjung yg ada di Sarawak.

Aku di hujung sekali! hahaha!

Ni la kami sedang menikmati sup dan makanan di SugarBun.

Walaupun lapar, kena berbaris juga la time buat order.
Selepas ni kita rajin-rajinkan lah makan supaya kita lebih mengenali satu samalain. Jangan la pula makan sampai tak dapat angkat dari meja! Tu dah tahap melampau dah tu! sekian sahaja kali ini! See u all! (^o^)

Koleksi Terbaru aku! Synchro-Master. RARE

Salam sejahtera kepada semua yang blogwalking dan menemui page ini. Kali ini aku nak share mengenai koleksi terbaru aku. Aku dah menemui model kereta yang susah didapati ini. Tak tahu la di semenanjung Malaysia sana, tapi di sini memang susah nak cari dah model ni. Tapi syukur, akhirnya aku berjaya memilikinya. Mempersembahkan Synchro-Master Z9.

Ni sistem enjen VS Chassis

Ni pungung kereta tu.

Sebelum proses pemasangan.

Dari tepi, belum hias lagi..just nak pasang dulu.

Dari tepi, saya suka saiz kreta mini ini.

Sebelum ni aku dah postkan cerita pasa kereta yang berwarna putih di atas tu dalam entri sebelum ini ( Link rujukan: http://aku-lazy.blogspot.com/2013/02/akhirnya-aku-memiliki-4wd-mini-edisi.html ). Selepas ni aku nak simpan benda ni sebagai sambungan koleksi aku di rumah. So, total dah ada berapa agaknya? dah lebih 20 buah dah.. Hope lepas ni bertambah la. Sebab aku hanya kumpul model yg susah didapati. Hehehe.. Sekian. (^o^)

Akhirnya Aku Memiliki 4WD Mini Edisi Terhad!

Salan sejahtera, Dengan berbekalkan bajet yg cukup, akhirnya aku berjaya memiliki Bison Magnum Special!! Apa benda tu? Haa.. biarkan gambar yang berbicara. Inilah Hobiku, iaitu mengumpul model kenderaan.

Inilah bahagian dalam kereta mini aku tu ( bison magnum Special Tamiya Limited )

Kalau nak tahu bagaimana keadannya sebelum dipasang, lihatlah gambar di atas.

Inilah keadaannya yang telah dipasang.

Proses memasang pelekat.

Akhirnya siap.

Syukur kerana aku dapat memiliki model yang tidak lagi ada di pasaran. Inilah model Kenderaan Mini 4WD Pro Series. Lama juga aku dah mengidamkan benda ni. Akhirnya dapat juga aku miliki. Lepas ni aku nak cari model yg berbaloi untuk difadikan koleksi! ~Sekian~ Ada yg berminat kumpul barang sebegini sebagai Hobi? Seperti Bbrbie doll ( bukan anak babi ) ker..hahaha! Boleh join group ini. Masih baru group ni.. hope ada barang Murah la dalam ni. Klik sebelah --> https://www.facebook.com/pages/Big-Hobbies/464458606936046

Contoh hasil gambar dari Instagram telefonku.

Hari berganti hari dan aku kian merasakan lagu ini menemui puncanya. Apakah melodimu membawaku menangkap cahaya pada telefonku? Lalu membiarkan Instagram meratah dirimu menjadi sebuah karya.. la..la..la.. Ok semua! Salam sejahtera kepada yang blog walking ke sini. Kali ini aku nak share gambar yang aku ambik menggunakan perisian Instagram. Agak cun la kesannya.. Ok, Lokasi gambar adalah sekitar kawasan berhampiran IPGKS Miri. Jom..

Arca di tepi pejabat IPGKS Miri.
Ni gambar jari aku
 
Arca-arca di sekitar kawasan IPGKS Miri

Aku buat tanah liat dalam galeri seni

Mall yang paling hampir dengan IPGKS Miri

Apeng dan kawannya menonton

Aku dengan cermin Apeng yg ada titik titik scratch

Apeng sedang memikirkan masa depannya

Koleksi Apeng

Dalam bilik rehat

Limau, siapa mau?

Aku dan belakang roomate

Teman dikala kulit kekeringan.
Terima kasih sebab luangkan masa anda bersama aku dalam blog ini. Maklumlah, aku saja saja nak ambik mood ni. Sebab esok dah mula sekolah. Hehehe.. Sekian (^^)

Kolam di dalam bilik pada hari SABTU yang lalu.

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas ni. Tajuknya adalah kolam di dalam bilik. Well, banyak yang suka bila biliknya mewah dan ada kolam. HAhaha! namun aku tak rasa sedemikian pun... Biarkan gambar-gambar yang bertarikh 9.02.2013  ini yang bercerita. 


Ha.. ada nampak kolam di dalam bilikm aku? Gambar di atas menunjukkan adanya air setinggi 10cm dalam bilik aku. Sedangkan bilik aku ni dibina di kawasan setinggi 1 kaki dari kawasan tanah IPGKS Miri. Apa yang terjadi sebenarnya? 



Menurut laporan, pada hari itu.. iaitu Sabtu yang lalu berlakunya hujan renyai renyai dan ditambah pula dengan air pasang besar di perairan sekitar ni. HAhaha, maaf bahasa aku ni bahasa pasar. Bukan bahasa standart untuk menjelaskan ramalan cuaca dan laut. Well, rosaklah fail aku dan banyak benda yg rosak. Sebab pada masa banjir ni berlaku, aku sedang keluar makan. Tengok la kereta aku terkandas. Air di depan tu tak dalam, tapi laluan ke asrama telah tenggelam sedalam 2 kaki. Abis la kreta aku nanti. Sekian sahaja ya.. Bye3 (^^)

Kalendar Zodiak Cina Tahun Ular. Apa maknanya?


Salam sejahtera kepada semua yang sedang dalam mood cuti. Ok, kita ni dari tahun ke tahu asyik menyebut kalendar zodiak cina. Tahun sebelum ni arnab 2011, kemudia tahun naga 2012 dan tahun ni tahun ular! Jom kita teliti makna tahun ular kali ini.


The 2013 Snake of Kuei Szu year has ability to read complicated situation quickly in a controlled manner which is good for business. But 2013 Snake need to watch for fanatical commitments since Snakes inclination to spend money quickly than earn them may produce tensions in personal relationships.

Haa.. ada baca bahasa Inggeris di atas tu? tak kan tak faham.. ok, biar aku translate dengan mudah. Tahun ni dikatakan baik untuk perniagaan kerana kita dapat membaca atau menjangka situasi yang berlaku dengan lebih baik dalam persekitaran kita dengan mudah. Dikatakan juga pada tahun ni, tahun yang membuatkan kita agak mudah berbelanja. Hehehe.. boros ke?


Ok, dari segi kelahiran, individu yang lahir pada tahun ini dikatakan seorang yang memntingkan tatasusila dan minatnya lebih kepada minat golongan elit. Membaca buku, sajak, muzik dan pemilihan baju serta agak memilih la orangnya. Mereka tak suka perkara yang remeh seperti lawak bodoh yang tak tentu pasal.

Nak tahu lebih lagi, sila baca di sini.. iaitu sumbernya.. http://www.gotohoroscope.com/chinese-zodiac-snake.html . Sekian dan selamat bercuti (^^). Happy Chinese New Year to all!

Indahnya di Malaysia (Selamat Tahun Baru Cina)

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog pemalas ni. Aku ni malas? memang pun, sebab tu aku suka cuti-cuti Malaysia di negaraku yang tercinta ini. Apa yang indah di Malaysia? bukan sahajan pemandangan dan alam semulajadinya tetapi kalendarnya yang indah. Kali ini kita menyambut Tahun Baru Cina kan? Well, dengan ini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua.


Semasa sambutan tahun baru Cina ini juga masyarakat bukan kaum Cina akan menikmati pelbagai kelebihan. Antaranya Cuti Umum, diskaun barangan di pasar raya dan banyak lagi selain dari mengeratkan lagi hubungan antara kaum di negara kita. Keadaan yang sama akan kita hadapi bagi musim perayaan yang lain seperti Hari Raya, Hari Gawai, Perayaan Cahaya India, Krismas dan lain-lain perayaan yang ada di negara kita. Banyak perayaan di Malaysia kan? Hehehe..

Suasana di Merdeka Mall di Miri Sarawak


Kalendar Tahun ini adalah kalendar Ular.


Dengan ini, aku ingin membawa kita untuk menjaga keamanan dan keharmonian antara kaum di negara kita. Semoga kita semua bahagia dalam mengejar kemajuan dan tidak tertekan dalam melalui detik detik getir kehidupan dalam sebuah negara yang sedang membangun. Sekian. (^_^)


Mengecil mataku membaca benda ni.

Salam sejahtera kepada semua yang blogwalking di pagi yang hening ini. beberapa hari yang lalu aku ada membaca suratkhabar yang berjenama.. Berita Harian yg membuatkan aku berasa Hairan. OK, aku ajak u all baca benda yang aku baca tu, mungkin ia membuatkan mata u all mengecil juga. HAhaha!




So, tiga gambar ni mewakili perasaan aku. Gambar ini sememannya menarik perhatian aku. Lihat dan fikir-fikirkan. (^_^) Sekian.

Permainan Dash untuk zaman 90-an

Salam sejahtera, ingat lagikah anda zaman 90-an dulu kanak-kanak tidak berkurung di rumah dan bermain dengan Facebook dan I-Pad? Dulu aku bermain permainan yang memerlukan daya kreativiti dan kemahiran untuk memasangnya. Memperkenalkan permainan lama ini. Permainan 4WD-Mini Car.

Kat atas ni adalah model kereta pertamaku yang ayah belikan semasa aku masih darjah 3 dulu. Waktu tu banyak jenama dari Cina. Kalau sekarang tentu susah nak cari, yg tinggal hanya jenama Tamiya yang mahal-mahal. Lagipun model ni harganya meningkat sepanjang tahun bergantung kepada model kenderaan berkenaan.


Kat atas ni adalah sistem 4WD-Mini car. Ada yang berenjen belakang, Tengah dan depan. Hahaha! tapi dalam pict ni, aku hanya masukkan 2 jenis jer. Enjen depan aku lupa nak masukkan.


Lihatlah gambar di atas, kenderaan beraksi di atas litar. Sangat laju kan? Jika anda melihat gambar di bawah, itulah Anime Dash Yankuro yang mempopularkan permainan ini.


Kat bawah ni pula adalah sistem enjen berkembar. Sistem ini jarang dijual sebab idea ini dikeluarkan selepas anime Dash Yankuro. Model di bawah dikenali dengan sistem Chasis MS atau Twin Shaft Motor system.




Jika anda anak-anak zaman 80-an sehingga 90-an. Anda akan sempat menikmati saat-saat mengejar kenderaan ini di luar rumah. Aku yakin, ada yang masih meminati permainan ini sehingga ke hari ini. Bagaimana dengan aku? Biarkan Gambar di bawah menjelaskan Pendirian aku mengenai Permainan ini yg telah ku jadikan hobi dan koleksi. Sekian.



Haa.. nampak tak koleksi saya? Hehehehe.. Thanks 2 ayah sebab belikan aku Toy ni, Sekian. Bye3.

Sumber:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...