AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Sambutan ini pun ada di IPGKS Miri?!

Apa di dalam?

Salam sejahtera kepada semua yang membaca entri aku kali ini. Ini merupakan gambar aku di IPGKS Miri semasa malam sambutan Chap Goh Mei. Kami telah menyaksikan tarian singa dan banyak persembahan yang telah disusun oleh persatuan yang paling aktif di sini iaitu persatuan Bahasa Cina. Kami bukan sahaja menjadi penonton semata-mata, kenapa ya?! sebab malam tu aku dapat ang-pow!!!
Aku bersama para pelakon yang terdiri dari semua kawan2 seangkatan. Ni tahun terakhir kami. Doakan kami ya.

Satu Bangsa Satu Negara. Perayaan disambut bersama termasuk para pensyarah.

DEWA?!! Dewi aku mohon beri kesempatan.. Tuk Bisa menebus dosa ku kepadamu..

Akhirnya impian aku tercapai untuk berjumpa dewa dari kayangan.
Selepas ni aku nak jumpa Santa Claus dan Aladin bersama lampu ajaibnya. Sekian sahaja perkongsian gambar yang memiliki nilai perpaduan dari aku kali ini. Sekian. (^^)

Memanjat Bangunan!

Salam sejahtera kepada semua, kali ini aku nak sharekan gambar aku yang sedang membuang stress bersama dengan seorang rakan penjual Hot Wheels dari IPGKS Miri yang bernama Apeng. Pada hari Ahad 4 minggu yang lalu. Kami memanjat bangunan untuk membuang diri..alamak! bukan la..kami memanjat bangunan untuk membuang stress.. ni la sukan terbaru di IPG. hahaha!

Alamak, kantoi aku sedang berdiri guna kaki terangkat.

Alamak.. apa kes ni?

Muka muka kegerunan takala ketinggian mula mengugat jiwa maskulin kami. Cewahh..
Kepada anda semua, jangan tiru aksi ini jika anda tiada insuran. Semoga anda semua bahagia di sana, manfaatkan masa anda dengab perkara berfaedah ok? Sekian.. selamat berblog walking. (^_^) bye2.

Apeng a.k.a Hafiz Qayyum
 Jika anda peminat Hot Whells, silalah add beliau dalam https://www.facebook.com/apeng.speedcuber?ref=ts&fref=ts

Bersama Kreta Mini Tamiya

Salam sejahtera kepada anda semua. Kali ini aku nak kongsikan perbandingan sistem badan kereta mini jenama Tamiya yang biasa kita lihat. Kereta mini terbahagi kepada banyak model dan jenis badan. Antara jenis badan kereta mini ini adalah MS Chassis, VS Chassis, FM Chassis dan banyak lagi. Setiap badan memiliki rekaan yang mempengaruhi prestasi di laluan trek. Gambar yang aku share ini aku peroleh dari BIG HOBBIES di Facebook.. kira team aku yg punya gambar la.

Ini merupakan sistem MS Chassis. Ia direka untuk kestabilan.

Contoh kereta menggunakan MS Chassis.

Ini adalah contoh kereta yang menggunakan Super X Chassis.
Kedudukan motor bagi Super X Chasis adalah di belakang. Direka untuk kelajuan dan memudahkan modifikasi motor.

 Adakah anda sempat menghayati zaman permainan ini? Aku merupakan antara insan yang bertuah kerana sempat memasang dan bermain dengan permainan ini. Jika dibandingkan dengan anak-anak zaman sekarang, dulu kita terdedah dengan permainan teknikal. Sekarang semuanya angry bird.. lasy-last mak ayah pun jadi angry sebab anak malas dan x nak keluar rumah. Sekian. (^^)

Rasa Nak Mampus

Salam sejahtera kepada anda semua yang sedang blogwalking dan terjumpa la Blog yang asalnya ditulis oleh seorang penduduk Malaysia yang berasal dari Pakan Sarikei tetapi merantau ka IPGKS Miri. Maklumlah bertapa di bandar raya yang penuh dengan Ilmu duniawi ni.


Allright, now i wana share my Jiwa punya cerita. Mengapa aku rasa nak mampus? sebab aku ni sedang melalui saat-saat getir di sini. Aku bukannya sedang berperang dengan kaum Sulu di Sabah. Maklumlah aku ni risau juga dengan keadaan di sana. Sebab saudara mara kau ada di sana juga. Ye la, kalau dah mak aku dari kawasan sana.. memang la ada saudara mara aku di sana kan?

Ok, aku sekarang sedang berpraktikal di sebuah sekolah. Lokasinya adalah Rahsia, nanti maklumat sulit terbocor pula melalui blog. Percuma aku ditembak oleh pihak sekolah. Sememangnya x senang nak menjadi seorang guru. Begitu juga dengan perkerjaan lain. Yang penting kita harus menghormati semua jenis pekerjaan. Sebulan ini aku dah tak ada masa yang cukup untuk menulis blog. Aku kena menumpukan 500% usaha aku dalam pelajaran. HAhahaha! skema semacam pulak alasan aku.

Walaubagaimanapunblablabla.. aku tetap nak share bebrapa keping gambar yang mewakili jiwa lara aku ni. Nikmatilah gambar yang aku letak di bawah ni.

Suasana di sekolah kini. Ni Cikgu. Azalizan. Sedang menjaga bahagian belakang.

Aku jadi penumpang bersama Cikgu Alfie. Kami naik Van Institut.

Suasana dari dalam Van.

Ni la yang kekadang terjadi. Hahahaha! x ada kaitan.

Kenangan gambar lama di sekolah sebelum ni.
Sekian sahaja. Nantikan entri aku yang akan datang nanti ya? aku rasa aku akan upload jer perkara yang lalu-lalu lah.. sebab sumber gambar terkini dah kurang. Bye2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...