AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Bayi paling bernasib baik di dunia!

Bayi yang sakit kulit. Kasihan.

The most lucky baby in the world. Inilah tajuk enteri aku kali ini, mengapa aku berikan tajuk sedemikian ni kepada enteri ini? Kalau gambar di atas tu, baby tu menghidapi penyakit harlequin. Tapi gambar di bawah lagi dashyat.. Lahir terus masuk jamban! Kalau baby sakit kulit di atas tu malang, paling kurang pun dia sedang dirawat. Mungkin kini dia dah sembuh. Yang masuk tandas ni kasihan, terus kena reject..  Silakan menghayati gambar di bawah.


Aku tak tahu apa kisah diseblik gambar ni. Mungkin baby ni kena buang dalam jamban. Or, mak dia mengandung, tiba-tiba nak berak.. akhirnya baby yang terkeluar. Tapi, tak kan sampai kena FLUSH kan?!! Hmmm.. banyak spekulasi. Bye2. Thanks for reading. (^_^)

Sumber:
Saya lupa lah, kalau tak silap saya jumpa ni di http://dairishare.blogspot.com/ Tolong tegur kalau salah link. Hehehe.. Thanks.

Noma pemusnah kejelitaan terunggul!

Salam sejahtera kepada anda yang sedang membaca blog aku malas ini. Hari ini aku nak share mengenai sejenis penyakit yang sangat merbahaya dan memiliki kadar kematian yang tinggi bagi penghidapnya. Tapi jangan risau, di negara Malaysia ( Negara kita= untuk pembaca org Malaysia ) jarang sekali kita mendengar kes ini berlaku di sekitar kita. Mempersembahkan NOMA.


Penyakit Noma juga dikenali sebagai dengan nama cancrum oris atau gangrenous stomatitis. Penyakit ini amat cepat merebak dan memusnahkan tisu muka. Penyakit ini bermula di dalam mulut dan disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Borrelia vincentii, Porphyromonas gingivalis, Tannerella forsynthesis, Treponema denticola, Staphylococcus aureus, and nonhemolytic Streptococcus spp. Gambar di bawah menunjukkan keadaan penghidap penyakit Noma.








Kita boleh mengurangkan risiko terkena penyakit ini melalui menjaga kebersihan makanan, dan mengambil zat makan yang mecukupi agar badan kita memiliki sistem imunisasi yang kuat. Faktor kebersihan sumber air dan tandas juga memainkan peranan yang penting. Biasanya penghidap AIDS akan berkemungkinan besar untuk mengalami penyakit ini dan menerima kesan yang teruk memandangkan badan mereka tidak mempu melawan penyakit ini dengan segera dan meyebabkan ia berebak dengan segera.


Penyakit ini dapat dirawat menggunakan beberapa jenis antibiotik dan kesan luka tersebut harus diperbaiki menggunakan pembedahan muka agar muka kelihatan lebih baik setelah rosak dan berfungsi. Gambar di bawah adalah gambar pembedahan memperbaiki muka disebabkan penyakit ini:



Terima kasih kepada anda yang telah membaca ruangan ini, semoga sedikit sebanyak maklumat yang dikongsikan ini dapat membuka minda kita tentang kehidupan di dunia ini. Banyak penyakit yang dasyat di luar sana, kita hendaklah bersyukur kerana kita masih bernyawa dan mempu menjalani kehidupan dengan sihat. Oleh itu, jagalah kebersihan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Sekian.

Sumber:

Bunga bentuk bibir (Psychotria elata) by Dairishare

Ya..ya..ya.. macam tak percaya kan? Well, aku terbaca ni dalam blog seorang blogger yang selalu tempat aku lepak. U all boleh la lawat blog dia ni. Ini alamat beliau. http://dairishare.blogspot.com. Ok, sedikit sebanyak mengen ai bunga ni... Psychotria elata S.p, dikenali sebagai Hooker Bibir atau Hot Lips Loji untuk bentuk bracts terang merah yang menyerupai dua bibir .


Tumbuhan pelik ini mungkin kelihatan edit. Ditemui di kawasan hutan hujan tropika Tengah dan negara-negara Amerika Selatan seperti Colombia, Costa Rica, Panama dan Ecuador,
Psychotria Elata nampaknya telah berkembang ke bentuk semasa untuk menarik pendebunga termasuk hummingbirds dan rama-rama. Mesra dikenali sebagai Bibir Hooker, bunga yang luar biasa ini malangnya telah  menjadi terancam akibat penebangan hutan yang tidak terkawal di negara-negara tersebut di atas.
Bentuknya hanya akan berkembang dalam masa yang singkat, sebelum ia menyebarkan terbuka untuk mendedahkan bunga pokok.




Sekian sahja kali ini, kalau nak baca lagi, sila jumpa En. Dairishare ni. Sumber : http://dairishare.blogspot.com/2013/06/bunga-berbentuk-bibir-manusiahooker.html. Bye bye. (^_^)

Aku Malas Love Jerebu.. NOPE!! I'm Not.

Salam sejahtera kepada anda semua yang sedang blogwalking sambil menutup hidung dikala musim jerebu ini. JErbu ini disebabkan manusia, walupun ramai yg akan cuba menutup malunya menjadi manusia sebab merosakkan alam. Kononnya jerebu ini disebabkan faktor semulajadi 100%. Damn lah.. Faktor manusia langsing tak ada? Rokok, kereta, kilang, pembakaran, bakar manusia, bakar rumah dan banyak lagi. Haiya, tak apa.. kali ini biar gambar yang akan layan semua ini. Love u all, please jaga kesihatan. Dari dunia Miri ini menular ke dalam IPGKS Miri. Aku melihat mentari senja di pantai Bakam menjadi merah..

Ni la cara nak selamatkan kawan "Baik" anda daripada terhidu jerebu yang bahaya.

Ni topeng jerebu saya.

Lama dah tak pakai topeng jerebu. Nanti makin tebal la bulu hidung manusia sebab evolusi menghadapi pencemaran udara.
Sebenarnya aku ni sangat hampa dengan sikap segelintir manusia keparat yang mengejar kekayaan tanpa memikirkan alam sekitar. Sudah banyak kemusnahan alam yang saya lihat di sekitar tempat ini. Sampai bila bumi ini bertahan? Kita asyik menyatakan teori yang kononnya semua ini disebabkan perubahan iklim dan faktor semulajadi semata-mata. Kita cuba untuk menenangkan keadaan dengan menabur cerita yang palsu. Sedarlah, semua ini disebabkan manusia. Sekian.

Intai-intai APA ITU Instagram!

Salam sejahtera kepada semua yang blogwalking hari ini!! Apa khabar semua? Good mood? Haaa.. tak terasa kan dah banyak perubahan yang kita alami dalam dunia internet yang tidak mengenal medium kini. Ada yang menggunakan laptop a.k.a lappy dan smart phone jer untuk bersosial.

Kini saya nak bawa anda meneroka sedikit ke dalam dunia Instagram yang kini telah menjadi wabak dalam dunia sosial internet. Instagram adalah sebuah perisian di dalam telefon yang memudahkan sesiapa sahaja berkongsikan kisah hidup melalui gambar. Berikut merupakan sedikit sebanyak sedutan bergambar mengenai instagram versi yang terkini untuk June 2013.

Home. Still loading..

Home yang dah loading.

Bahgian explore! 

Bahagian jurnal aktiviti rakan-rakan dan profil anda. Berapa yang like..berapa comment. Semua kena semak kat sini.

Profile.

Koleksi gambar selama ini.

List kawan yang aku ikut.

Siapa ikut aku?

 Kali ini aku nak tunjukkan sedikit cara asas mengedit dan post gambar menggunakan Instagram. Lihatlah gambar-gambar proses di bawah.

Ambik gambar atau masuk ke dalam galeri.

Sekarang potong atau crop.

Anda boleh memilih kesan khas pada gambar.

Bahagian bawah pula mood gambar.

Anda boleh kongsikan kepada dunia gambar yang anda dah tangkap.hehehe..

MAcam Facebook, anda boleh tag kawan-awan dalam gambar tersebut.

Kemudian Tekan share.

Akhirnya gambar itu muncul dalam Instagram anda!

Senarai gambar anda boleh semak dalam galeri profil anda.



Semoga sedikit sebanyak gambar yang aku beri tu dapat membantu anda yang tek pernah pakai Instagram faham akan fungsi perisian tersebut. Hehehe.. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila layari link berikut. Sekian. (^_^) Bye Bye..

Baca lagi di:

Delete Protected Album Picasa & Google+ Yang Membebankan Memori Galaxy Ace

Salam sejahtera kepada semua yang terbaca penulisan aku kali ini. Hai, ini Aku Malas dari Miri ( IPGKS Miri) kali ini aku nak beritahu kebengongan aku apabila Smart Phone murah aku Galaxy Ace a.k.a GT-S5830 android. Mengapa aku bengong? Aku bengong sebab selalu saja notification tentang “ Internal Phone Memory Full” " Internal phone storage is getting low". Kemudian telefon aku ni guide aku untuk uninstall beberapa aplikasi dalam seeting. Banyak yang aku buang namun masih juga Internal full. Sekali aku lihat dalam galeri album, adanya album yang sememangnya disimpan di dalam internal memori. Album apa tu?

Ia merupakan album yang dihasilkan oleh Google dan Picasa secara automatik. Aku cuba padamkan album-album yang berat itu namun tak berjaya sebab album tersebut dilindungi. Tak dapat dipadam! Aku cuba explore dalam file manager pun tak dapat, sebab sistem telefon ini tak dapat buka internal memori file. Macam mana aku nak buang file yang menyemak ni? Album picasa ini automatik ada dalam galeri saya. Macam mana nak buang album ini tanpa melibatkan aku format balik phone ini?

Ini caranya, pertama aku keluarkan memorikad, sebab aku sayang akan semua barang yang ada dalam external memori tu. Kemudian aku backup semua number phone yang ada, takut terpadam semasa proses (tak akan terpadam pun..sekadar back up plan) kemudian aku akan kosongkan galeri secara paksa melalui Seeting. Berikut adalah proses yang saya lakukan:

Seeting> Applications> Manage Applications> All>Gallery> Clear data

Tengok, masih full walaupun dah buang banyak game dalam internal memori bukan memori kad.

MAri kita klick Applications.

Kemudian manage

Tekan all dan cari galeri

Kemudian "Clear data"

Before clear data, banyak album dari blog2 aku ni.

Tada!! Hey, its works! No mere Internal memory full!!

Now, My album look ok..hehehe!

Kemudian saya buka semula galeri, saya mendapati album yang tak dapat dipadamkan itu akhirnya hilang!! Walla!! Yeahh! Kini saya telah menyelamatkan ruang sebanyak 30mb. Aku kemudian padamkan auto sync yang terdapat dalam Google +. Ini perlu supaya telefon saya tak akan muat turun gambar dari blog dan web saya secara automatik lagi dan menyemak di dalam telefon saya.


Mengapa saya tak nak telefon saya kekurangan ruang internal memori? Sebabnya adalah, supaya telefon saya dapat sms laju dan tidak slow. Lagipun saya pengguna Instagram, kalau ruang dalam telefon sedikit, banyak perisian seperti instagram terhenti semasa menjalankan proses mengolah / edit gambar. Dia akan tulis “ Error, internal memory full!!” Sekian sahaja untuk kali ini. Diharap ia membantu.hehehe.. Bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...