AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Baru kau sedari Cikgu ( Kisah Benar )


Gambar Hiasan- Ada satu cerita tentang seorang guru. Terasa dirinya marah di saat guru besar yang baru memberikan tanggungjawab kepada dirinya mengajar kelas yang teruk. Sedangkan selama ini dia mengajar kelas-kelas Top kelas cermelang. Dikala terasa dianiayai oleh guru besar baru tersebut guru itu mengambil tindakan untuk bersemuka dengan guru besar yang sama usia dan pangkat serta gaji dengan nya.

" Aku nak jumpa guru besar tersebut, apa aku kisah, umur aku sama dengannya, lagipun aku lebih tua beberapa bulan darinya, gaji aku pun agak besar, gred pun sama.. apa aku takut, aku pun guru cermelang.. apa kes dia letak aku kat kelas paling hujung? " Demikianlah guru tersebut menolog dalaman sebelum menerjah pintu guru besar.

Muka budak buka mulut hehe..
Terus di saat bersemuka dia menhujankan jutaan ketidakpuasan kepada guru besar tersebut. Dengan bersahaja guru besar tersebut menjawab setiap pertanyaan guru itu. Namun setiap jawapan tersebut tidak mengena sasaran yang diingini. Akhirnya guru tersebut akur dengan kehendak guru besar. Mahu tak mahu kena ajar juga kelas yang hujung tu. Rasa malu dan tertekan dengan tugas yang low class mengajar budak-budak teruk dan nakal. Semua itu menyelimuti hatinya.


15 tahun kemudian. Selepas banyak UPSR dilalui..

Menerjah guru tersebut masuk ke bilik guru besar dengan air mata berlinangan di pipi.. sambil berkata " Baru aku sedari " Mengapa guru tersebut berkata sedemikian? Berikut merupakan kejadian yang berlaku 10 minit yang lalu..

Cikgu: Hiss hujan lagi... Alamak!!  ( Kereta terbabas disebabkan jalan licin )
Lelaki: Kenapa ni cikgu?
Cikgu: Tolong saya, kereta saya masuk longkang.. entah kenapa tergelincir.. Dari tadi tunggu orang tolong tak ada seorang pun nak bantu.
Lelaki:Tak apa, biar saya bantu..
Cikgu: Ya, tapi bagaimana kamu kenal saya cikgu.
Lelaki: Kan cikgu selalu marah saya dulu. Saya kan budak-budak dari kelas hujung tu. Yang pernah baling cikgu guna pemadam..hehehe!
Cikgu: (Terdiam sambil tersenyum)
Lelaki: Cikgu pakai dulu kereta saya (sambil menyerahkan kunci kereta mewah Jaguar )
Cikgu: Hehehe.. tak apa ke? kreta cikgu kreta kancil manual. Kamu pandai bawa?
Lelaki: Senang jer tu cikgu, cikgu masih di sekolah lama dulu kan?
Cikgu: Ya..
Lelaki: Cepat la ke sekolah cikgu, nanti kelas mula. Saya tak apa, sebab saya ni kerja lewat.
Cikgu: Baiklah, Minta nombor telefon.. Nama kamu siapa? Cikgu dah lupa. Banyak sangat murid cikgu dah ajar.. hehe..

Cikgu tan terdiam " Banyak kali terserempak dengan budak-budak saya dari kelas cermelang di bandar atau di syarikat-syarikat besar, senyum pun tidak, kalau ada pun mereka hanya terus ke hadapan mengejar kejayaan tanpa menoleh ke belakang, saya yang sudah berada di belakang, tapi.. budak yang saya anggap nakal ini sering menegur saya.. budak yang saya caci dan marah pula kerap kali menegur saya di kedai atau warung. "

10 tahun sebelum itu..


Budak: Cikgu cikgu!! Cikgu buat apa di taman pesta ni?
Cikgu: Saya bawa keluarga saya jalan-jalan.
Budak: Cikgu boleh saya bantu bawa barang cikgu?
Cikgu: Jangan! Kamu main dengan kawan kamu.
Budak: Baik boss! ( Masih di situ tanpa berganjak sambil senyum )
Cikgu: Siapa dengan kamu tadi?
Budak: Tuu.. budak kelas A. Mereka tak mau kawan saya.
Cikgu: Pergi lah kawan dengan mereka
Budak: Ok cikgu.. jumpa lagi cikgu.
Cikgu: Berfikir ( Hiss, dah dasar budak kelas hujung..kelas teruk.. tak habis habis nak kacau aku.. Mana budak-budak cermelang aku ni? mereka tak bersama keluarga ke melawat tapak pesta ni? Eh, ada juga mereka.. mungkin sibuk bersama keluarga agaknya )

GURU BESAR! KINI SAYA FAHAM MENGAPA KAMU BAGI SAYA KELAS YANG TERUK UNTUK DIAJAR.. TERIMA KASIH...-Diilhamkan oleh Pengarah IPGKS Miri 2013.

Contoh event di IPG

Demikianlah kisah yang aku ingin kongsikan kali ini. Event atau acara atau aktiviti yang berlaku di kamps IPGKS Miri. Aku bukan jer study di sini untuk menjadi guru, malahan aku juga harus memahami bagaimana sesuatu aktiviti dikelolakan dan apakah prosedur formalnya. So, berikut merupakan antara event yang tersedia untuk bulan ini.





Dengar cerita IPG akan mengalami perubahan besar pada masa yang akan datang. Antara perubahan yang akan dialami adalah pengurangan jumlah Kampus di seluruh Malaysia. Hmmm.. kita tunggu dan lihat. :)

Sumber:
https://www.facebook.com/dCruXrOule

Thanks to Nurul Afifah JPP IPGKS Miri. (^_^)

Gambar Sebelum selepas yang lucu lah..


Salam sejahtera kepada anda semua. Kerap kali kita dihujani pelbagai jenis iklan sebelum selepas. Dalam Facebook sekarang banyak kali aku ditang di dalam iklan yang sebegini rupa. Hehehe, jom nikmati gambar yang berkaitan dengan sebelum selepas.












Sekian sahaja kali ini, have a great day kepada anda semua, diharap gambar tadi menceriakan anda dan memotivasikan diri anda dalam menempuhi kehidupan di dunia yang penuh dugaan ini. (^_^) Bye. Salam dari IPGKS Miri.

PROMOSI Kraf Cute Se'Malaysia

Salam sejahtera kepada semua. Ni saya nak kongsikan kepada anda semua sesuatu yang murah dan menarik. Anda boleh menempah dan mereka kraf yang anda inginkan. Banyak kraf yang boleh dihasilkan, berikut adalah antara kraf yang boleh anda tempah.



Jika berminat silalah log in ke dalam Facebook Sistar's Craft untuk memilih dan menempah. Dia ni kawan saya, sama IPG dan berasal dari Sabah. (^_^) Berikut adalah pautan ke halaman Facebook beliau. https://www.facebook.com/laura.gurlz.5?fref=ts.

Sekian sahaja kali ini. Semoga anda semua bahagia di samping yang tersayang, harus saling memahami dikala menjalinkan hubungan terindah. Dan jangan lupa untuk memberikan dia yang terbaik dalam kehidupan ini, seperti hadiah-hadiah yang comel. Hadiah yang indah ni seperti di atas sangat murah dan comel. Hehehe, see u all later! (^u^)

Sumber:

Cinta di sebalik celcom

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog si pemalas ni a.k.a Aku Malas. Aku mengaku bahawa aku sedang bercinta dan ia adalah cinta jarak jauh. Jangan risau, sebab aku sedang bercinta jarak jauh bukannya menjalani cinta yang terlarang. Hehehe, aku mencintai seorang wanita yang sangat amazing dimana namanya dimulai dengan huruf L. Well, kami tak pernah bertemu melainkan hanya bercinta di sebalik nombor celcom ini sahaja.


Demikianlah permulaan intro yang aku berikan. Banyak kisah yang terjadi di sebalik telefon ini. Sememangnya setelah bercinta sekian lama tanpa bertemu dan bersemuka memang mengajar kami untuk matang. Ia juga mengajar kami untuk lebih memahami memandangkan kami langsung tak dapat bertemu disebabkan hal-hal yang tak boleh dielakkan. Setelah lebih 2 tahun bersama, aku melihat celcom ( Mana-mana operator Digi / Maxis / DLL ) sememangnya dapat menyatukan dua jiwa hanya melalui kepingan gambar, suara sistem pesanan ringkas dan banyak lagi.

Namun di sebalik kebahagiaan yang berpanjangan, adakalanya bercinta di sebalik celcom membuatkan aku terasa tak keruan. Terutamanya di saat kredit panggilan telah habis, naun aku belum puas untuk bertelefon. Apa lagi bila ada hal-hal penting yang ingin dikongsikan, namun sebarang panggilan tak dapat dibuat. Syukur sehingga ke hari ini semua itu tidak membuatkan kami membuat keputusan untuk menyerah kalah dalam percintaan ini.

Pada suatu ketika dulu, aku dan dia sedang bertelefon, dia tiba-tiba memadamkan telefon tanpa sebab. Mulanya aku merasakan ada sesuatu yang tak kena. Ku cuba membuat panggilan berkali-kali namun tak dapat walaupun tidak ada petunjuk bahawa telefon si dia dipadamkan. Aku mula berasa cemas dan risau. Namun setelah beberapa ketika, dia menelefon ku kembali, dengan nada sedih dia memarahi aku sebab aku aku angkat panggilannya. Pelik juga keadaan ini. Mungkin sistem telekomunikasi ini adakalanya ada masalah hehehe.. Adakalanya terslah faham juga dikala berkomunikasi menggunakan telefon secara berjauhan. Namun semua itu adalah asam garam bercinta.

Jadi, berikut adalah kadar panggilan yang terkini dan kalau ada yang lebih terkini aku minta maaf la sebab lampirkan yang bukan terkini. (^_^)


Gambar Peragut Dibalas Oleh Tuhan LIVE!!

Salam sejahtera kepada anda semua pada hari ini. Well, tak semestinya tunggu dah mati kita menerima pembalasan dari Tuhan jika kita menganiaya insan lain. Tuhan boleh balas secara LIVE!! hahahhaaa! Jom Hayati gambar ini. Semoga dia insaf.. kalau dia mati, apa boleh buat. Tak sempat taubat la tu..











 

Kalau nak tengok yang bergerak ni hah, rasakan.. seronok lihat mamat ni kena langgar. Hahahahaha!! Sekian sahaja untuk hari ni, semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua. HEhehehehehe..


Laman Web IPGM dan Notis terkini.

Salam sejahtera, ini merupaka bulan 8 dan tinggal beberapa bulan lagi aku di sini. Mudah-mudahan perjalanan aku meng'completekan pengajian di IPGKS Miri berjalan dengan lancar. Oh ya, aku sebelum ni nak kongsikan pautan tentang dunia pendidikan guru namun tak kesampaian, kali ini aku nak post di sini la. Anda boleh melayari http://www.moe.gov.my/ipgm/v2/index.php?lang=ms untuk mengetahui perkembangan dunia pendidikan guru di negara.

Berikut pula antara notis yang menarik minat aku untuk bulan ini dan bulan-bulan yang aan mendatang. Banyak juga program-program yang dijalankan untuk memperkasakan guru-guru di negara kita.

Sekian sahaja kali ini, selamat berrehat di hujung minggu, semoga anda memperoleh keberkatan untuk disadurkan esok hari. All the best! Bye3.

Sumber:



Keychain Cantik tapi kejam

Salam sejahtera kepada anda semua yang sedang menikmati keseronokan bermain dan mendapatkan maklumat melalui internet. Kali ini aku nak ceritakan tentang keychain yang catik tapi agak kejam. Saya suka idea ni, tapi disebabkan wang manusia mengenepikan rasa kasih sayang kepada hidupan lain.

Gambar 1. Ini air atau pengawet? Selamat kah hiasan ini?

Gambar2. Kasihannya kura-kura itu

Gambar 3. Apalah nasibmu wahai si kura-kura.
 
Banyak persatuan dan individu yang menyuarakan pendapat tentang keychain ni. Ada yang menyokong dan membantah. Kalau keychain itu membunuh haiwan tersebut, sememangnya ia tidaklah baik. Tapi kalau ia menggantikan haiwan tersebut dengan hiasan yang menyerupai haiwan yang bernyawa, ok la. Kalau haiwan tu memang dah mati, dan diawet di dalam tu.. ia masih diterima. Fikir-fikirkan lah. :-P

Sumber:

Antara Kesukaanku

Antara lukisan buruk yang aku suka adalah seperti berikut. Sekarang aku sedang buat lukisang buruk yang lain lah. Asyik lukis yang elok-elok, sekarang aku nak buat yang buruk!wahahahahahahhaa!! Walaupun buruk, lukisan ni membuatkan aku senyum.. macam orang bodoh semasa melawan rasa boring di dalam bilik. Aku rindu seseorang ni.. Nah, hayati gambar ni.

Gwiyomi tak menjadi

Apa kes ni?

Kentut dalam kereta memang best

Bersihkan hidung.. Bukan korek hidung.

Oh yeah..

Sekian sahaja kali ini. Semoga anda semua berasa senang hati sepanjang hari. Lama juga aku dah bercuti dari blogging. Hehehehe.. Bye. (^_^)

Senyum sejenak dengan gambar lawak bijak

Selamat petang kepada semua yang sudah makan malam. Yang belum tu pergi la makan malam yer? tak ada makanan? kasihannya..nah..ini ada gambar yang bisa membikin dirimu kekenyangan. Nikmatilah gambar yang aku curi dari internet Thanks to Mr.Google. Aku copy semua ni, jangan risau, aku tak mengaku kerja ni aku punya, kalau nak rujuk sumber, ada alamat pada gambar tersebut.













Semoga hari anda penuh dengan kebahagiaan. Be happy, senangkan hati..bersyukurlah dengan nikmat yang Tuhan telah berikan. Nikmat tinggal di dalam negara yang aman makmur tanpa pertumpahan darah walaupun sejak akhir-akhir ni banyak isu tembak menembak kita dengar. Sekian.

Sumber:
www.google.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...