AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Serangga yang tidak mengelikan

Aku pun pelik mengapa kita ni cenderung geli terhadap serangga yang kecil ni. Mungkin kita dah dididik dari kecil bahawa serangga ni kebanyakkannya berbisa. Mari cuci mata dengan gambar serangga yang aku peroleh dari laman web.

Sumber:














Rekaan Banner Seminar Kajian Tindakan IPGKS Miri

Pada minggu yang lalu, satu seminar kajian tindakan telah diadakan di IPGKS Miri. Ia merupakan satu keperluan untuk menamatkan pengajian di sini. Namun aku bukannya nak mengulas tentang seminar tersebut. Kalau nak check senarai tajuk go to http://akudariipgks.blogspot.com/2013/09/seminar-penyelidikan-tindakan.html. Aku cuma nak kongsikan beberapa rekaan banner yang telah dibuat oleh pemalas ni.

Banner yang terpilih

Cadangan banner yang lain 1

Cadangan banner yang lain 2

Cadangan banner yang lain 3

Banner ini menjadi petanda bahawa pengajian aku di sini semakin menuju ke penamatnya. Namun ia bukanlah satu perhentian untuk aku mencari ilmu. Aku akan sentiasa cuba meningkatkan potensi diri. Lepas ni aku nak ke Universiti!


Cuci mata sekejap Menikmati Naked Bike Terhebat

Salam sejahtera kepada semua, ini Kawasaki Z800. Kalau nak beli, sediakan dulu Rm50k. Harganya sekitar itu la.. Apa special motor ni?  Ia dilengkapi enjin 4-silinder 806cc dengan hamburan kuasa maksimum 113PS/HP@10,200rpm dan tork maksimum setinggi 83Nm@8,000rpm, seterusnya digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan. Bertambah menarik dengan rekaan badanya dan tempat duduknya yang sangat empuk. Berikut beberapa keping lagi gambar-gambar menarik Kawasaki Z800 2013.


















Well, banyak yang kata benda ni mahal. Ya, memang mahal, sebab mahal dari Proton Saga kan? Tapi, inilah harga buat motorsikal yang pada taraf Ferarri di arena Motorsikal. Inilah Superbike..

Sumber:
http://wakmizie.blogspot.com
http://motomalaya.net

Antara Impian Lelaki Biasa Sepertiku Simple

Impian banyak jenis. Ada yang Impian ni untuk jangka masa panjang dan ada yang untuk jangka pendek. Namun kategori ini aku namakan sebagai impian jangka masa pendek la. Sebab ia merupakan impian yang menandakan aku mula masuk ke alam pekerjaan, biarlah aku jadikan impian ini sebagai impian yang aku biaya sendiri tanpa bantuan duit mak ayah aku. Mempersembahkan! Impian si pemalas! Aku nak Superbike!


Pertamanya aku nak pilih juga yang mana berbaloi. Pertamanya aku nak memiliki Kawasaki Ninja 250r. Ni la plan aku tahun depan. Lama dah mengidam moto jenis superbike ni, sejak zaman sekolah menengah.. sejak zaman menunggang ulang alik ke rumah.. sejak beli majalah Kapcai.




Harga benda ni sekitar RM24k sahaja.. Fikir punya fikir, agak ok juga harga. Namun aku selama ini peminat enjin Honda. Sehinggakan aku mengenali Honda CBR 500R yang harganya cuma sekitar RM29k cuma tambah beberapa ribu sahaja terus aku mampu upgrade dari Enjin 250cc kepada 500cc. Well, soalnya bukanlah pada cc enjin. Tetapi pada skill memandu dan pengalaman untuk pemandu amatur superbike.





Well, kalau aku pilih motor ni, kena la upgrade lesen kepada yang lebih tinggi. Hmm.. sememangnya dari segi rekaan Kawasaki menang. Tapi aku jatuh cinta kepada Honda sebab cc dia besar dan tayar dia dapat dimodifikasi kepada yang lebih cun! Kawasaki tak perlu kacau lagi, sebab semuanya dah sweet. Tapi, CBR sememangnya mesra pengguna (Ini yang penganalisa cakap, bukan aku. Tapi aku dah test drive..wow.. aku dapat rasa ianya boleh diggunakan untuk kegunaan harian dan berlumba!) . Ok, lah..tahun depan aku tengok. Mana satu akan aku angkat.

Sumber:

Gambar Sejuk dari Seorang Wanita

Kali ini biarkan gambar dari seorang temanku menjadi penyeri blog aku yang sangat malas ni hari ini. Lama dah tak update dengan isu best dasyat gempak. Kali ini mood suam suam kuku.. atau sejuk beku.. hahahaha! Well, nikmatilah gambar ini dari Cik. Hanisah.







Berdasarkan pengamatan dan maklumat yang mampu aku peroleh. Inilah antara gambar yang diambil di sekitar kawasan Sabah dan Sarawak. Welcome to our world. Sejuk mata memandang, jauh dari kesesakan jiwa di bandar.

Credit Celcom To:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...