AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kompilasi Sajak bergambar Nukilan Pemalas


Mudah sahaja bagiku sebut. Jika berbicara tentang cinta. Namun mata tetap terbuka jua apabila menyedari hakikat selama ini aku mencintai seseorang yang tidak pernah ku jumpa. Memaksa nafasku terus menghentun rasa untuk bernyawa. Mengapa harus menyerah? selagi niat untuk bercinta bukanlah bukan untuk bermain. Bukan untuk meluka. Bukan untuk nafsu gila. Melainkan hanya untuk mencari cebisan tulang rusuk yang terlempar jauh ke seberang dunia sekalipun. Kerana mencinta adalah misi mencari sebahagian dari diriku.

( Ceh, jiwang nampak? Selamat mencuci mata.. )
 








Gambar dari masa lampau

Ini merupakan tahu terakhir aku di IPGKS Miri. Sempat juga melihat perubahan yang dilalaui oleh Institusi Pendidikan Guru ni. Sedang syok-syok membelek album lama, terjumpa juga beberapa keping gambar yang mengingatkan aku kembali akan perjalan 5 tahun setengah di sini. Dengar cerita, sekarang masa pendidikan di semua IPG dan disingkatkan kepada 5 tahun sahaja. Jom lihat gambar...

Inilah keadaan bilik aku semasa kali pertama berada di IPGKS, Miri ini. Biasa la banyak gambar sebab minat benda visual. Lagipun aku dilatih menjadi Guru Seni Visual. Kena kembangkan bakat berkaitan dengan seni la. Banyak seni ni, tak termasuk seni masakan la..hehehe..

Antara karya yang aku buat pada tahun 2011 dulu.

Gambar pameran bersama beberapa karya aku. Gambar gadis berpakaian tradisional tu dan menyumpit.

Di depan Maktab a.k.a IPGKS Miri ni ada pantai. Jarang lepak kat sana. Ni la antara gambar bersama rakan-rakan time senja di pantai tersebut.

Ini asrama kami. Cantiknya pemandangan langit dikala tengah hari. Berangin sebab tepi pantai. HEhehe..

Ada juga mall yang terletak sekitar 3km untuk beli barangan keperluan. Siapa dalam gambar tu? Hahaha, aku la tu..

Aku bersama roomate sedang memperagakan hasil karya topeng kami. Macam predator dan helmet robot pulak.

Senario bila menghadapi ujian. Kena bertungkus lumus ya.. jangan bolgging dan FB jer.

Rakan-rakan yang dikasihi. Lepas tahun ni, semua orang akan bawa haluan masing-masing. Semoga menjadi guru yang sangat luar biasa dan unik. Terbaik dari ladang Miri Sarawak. Hehehe. Demikianlah sedikit sebanyak kehidupan seorang manusia yang belajar untuk menjadi guru di tanah Sarawak ni. Niat memang nak menjadi pendidik yang hebat dan unik, bukan semata-mata kerana gaji. Gaji yang paling berharga akan diterima di dunia Abadi kelak.

Si Juling di kafeteria

Dah la juling pekak lagi si kucing kafeteria ni. Ni la kucing yang paling ganas di IPGKS Miri. Kiut juga muka dia ni. Tengok la dia cuba fokus mata dia tu kat kamera. Tak perasan gambarnya sedang diambil. Tak apa, walaupun pekak dan rabun dan juling.. Makanan sentiasa cukup. Mana tak nya, rumah dia kat Kafeteria. Tak dapat ditangkap punya. Selalu jer lepak tunggu tulang kat bawah meja..




Bersama En. Cimui si kucing Asrama

Sengaja nak kongsikan gambar mendodoi kucing sampai tidur di sofa asrama IPGKS Miri. Sebenarnya x boleh memelihara kucing. Tapi kami tak pelihara pun, kucing ini yang datang tiba-tiba. Tak kan kami bunuh terus kucing ni kan? Biasanya pihak pengurusan akan meminta syarikat yang menangkap haiwan untuk membawa kucing liar sebegini setelah dilaporkan. Kucing yang telah ditangkap akan dibawa ke pet store di sekitar miri. Lepas tu tak tahu lah nasibnya, ada orang beli atau tak. Harap-harap tak dijadikan lauk jika tidak dituntut lebih dari 30 hari. Jom lihat En. Cimui sleep..

En. Cimui tidur.

Tidur-tidur ayam kot?

Kaki di dagu.

Shhh.. jangan bising.

Mata masih terbuka.

Hahahaha! Jom kacau dia.

Nyenyak betul.

Sofa dan jari jadi katilnya.

Aduh, dipegang pun masih nak tidur?

Letih agaknya.

Eh? Terjaga dah? Mata tu bersinar..

Oww.. nak tangkap jari aku ya..

Aku nak tengok sampai bila kucing kecil ni ada di asrama ni. Lagipun aku ni dah final sem. Tak tahu la apa nasib kucing ni nanti. Dengar cerita kucing ni hari tu dah jatuhkan external harddrive kawan aku. Habis semua movie dan tugasan dalam benda tu hilang. Susah juga kalau nak jaga tetamu yang tak diundang seperti En. Cimui ni. Komitment kami di sini adalah study bukan jaga kucing.. sesekali main dengan En. Cimui juga dapat melepaskan tension setelah berhempas pulas study buat tugasan. Nakal kucing ni..seronok layan..

Dari kiut kepada Huhuhuhu..

Ni la jadinya kalau kita ni tak memahami baby. Hehehe, apa-apapun kalau dah geram sangat dengan baby, kita sendiri rasa nak join sekali baby tu ketawa dan bermain. Jangan risau, sebab tiada baby yang dicederakan sepanjang proses bergambar ini. hehehe... Saksikan sendiri...







Hehehe.. kasihan baby ni. Lapar agaknya, Terima kasih sebab blogwalking di sini! See u all later. Aku mahu mandi dan makan. Hehehehe!

Gambar Rahsia "Oppa Dog Style" Di Setap Samsung Ori

Hai, lama dah aku tak menulis blog. Sebab aku telah ditahan oleh beberapa agensi di IPGKS, Miri dan laptop aku dirampas gara-gara spelling aku selalu bermasalah semasa menaip. Yup, aku jarang semak ejaan aku! hahahaha! Tapi sekarang aku dah berubah. ( Lawak jer tu ) Aku gemar pula menyemak perkataan pula.. ok, ( Ni bukan lawak ) berbalik kepada tajuk.
 
*#0*#

Sensor
Image Test

 GAMBAR RAHSIA DI SETIAP SAMSUNG SMARTPHONE ORIGINAL!! 
U all tahu bahawa di dalam setiap telefon pintar samsung adanya gambar rahsia tersembunyi? Mungkin dah ramai yang tahu, well.. bagi pengguna Samsung yang tak tahu. Aku jemput u all menjadikan diri anda tahu akan kewujudan gambar ini. HEhehe. Anda boleh mula dengan dail  *#0*#.

KONSPIRASI ATAU BIASA-BIASA JER?
Banyak persoalan ditimbulkan oleh masyarakat sejagat mengapa gambar tersebut bukannya gambar lain? Mungkin gambar tersebut memiliki unsur gurauan atau lucu memandangkan sebutannya di dalam bahasa Korea agak lucu. Dan bila orang menanyakan benda itu ada di dalam telefon anda.  Ada juga mengatakan ia adalah konspirasi sesetangah manusia yang cuba menjejaskan pendirian pengguna yang sensetif dengan isu gambar berkenaan. ( Sumber:  http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2013/10/gadget-jenama-samsung-merosakkan-islam.html ) Anda fikirkan sendiri ya.. buat research kalau perihatin.

ADAKAH ANDA AKAN TERUS MENYOKONG SAMSUNG?
Aku tidak pasti jika gambar tersebut akan menjejaskan pemasaran produk samsung. Apa-apa pun, setakat gambar jer ia tak akan memberikan kesan. Memandangkan Window Words sebelum ini pernah dikecam oleh beberapa pihak kerana menyebarkan lambang Yahudi di dalam perisiannya. Kita tetap juga mengunakan produk berkenaan. ( Sumber : http://santikokusnulhakim.wordpress.com/2013/01/31/rahasia-font-wingdings-windows/ )

RUMUSANNYA...
Hehehehe.. apa-apa pun, kita tanyalah kepada yang pakar jika nak menggunakan produk yang memiliki unsur sebegini. Tanya la pemimpin agama, pendapat tokoh-tokoh yang berkaitan dan tanya mak ayah sebab mereka yang beri adik-adik duit beli telefon tu. Hehehe.. Jangan terus lempar pulak telefon samsung korang lepas ni. Jangan bertindak membaby butee..Bye2.

Boboi kucing Educated


Kali ini aku nak share gambar haiwan kesayangan aku. Yup, aku sayang kucing Harimau dan singa. Ni adalah kucing tua di IPGKS Miri. Dari pertama kali aku masuk ke sini sehinggalah sekarang, kucing ni masih meneruskan pengajiannya di sini untuk menguasai ilmu menangkap burung puyuh.





Nama kucing ini Boboi, ada yang beri nama kucing ni Ahmad. Tiap kali aku lepak di sekitar IPGKS Miri, sering kali terserempak dengan kucing seberat 7kg ini lepak seorang diri di sekitar asrama dan kafeteria. Kerap juga terserempak denga  kucing ini di pusat Sumber.. Hehehe..

Sekadar Baju Di Minda


Salam sejahtera kepada semua di luar sana. Kali ini aku nak kongsikan lukisan digital aku berkaitan dengan perkara yang baru terlintas di benak mindaku. Rasanya tiada sebab yang kukuh untuk aku melukisnya, cuma hanya untuk mendatangkan ketenangan. Bukan niatku untuk menjual idea atau merealitikan baju tersebut. Well, mempersembahkan..

Yang pertama ni aku namakan Nyalaan Biru. Ilham dari api dari obor di tepi pantai.

Ni pula namanya Kenyalang. Sebab mewakili warna dan busaya Sarawak.

Ini diilhamkan dari Kawasaki Ninja Hijau. Nama belum ku jumpa..

Kenyalang II.

Merpati rimba. Ilham dari burung merpati.

Tropicana contra adalah ilham dari warna panas dan sejuk.
 
Sekian sahaja kali ini. Sekadar nak menyemak semula di dalam blogspot. Lama dah tak melepak kat sini. HAhaha! Well, rasanya aku nak post pasal haiwan lepas ni. Bye3.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...