AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Suasana Sibu Bike Week

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ini. Kali ini aku ingin bercerita tentang suasana di Sibu Bike Week 2014. Bertempat di tengah bandar sibu, acara / event ini berlangsung dengan meriahnya. Bukan hanya di lokasi berkenaan tetapi di jalan raya juga. Sepanjang hari tersebut, kelihatan bike-bike keluar masuk dari bandar Sibu. Jalan raya dari Lawas Sibu dan Semangang Sibu.


Apa yang ada?
Di Sibu Bike Week sememangnya ada bike. Hampir semua kategori bike ada di sana sama ada untuk pertandingan, pameran atau diparkir sahaja di sana. Pada masa yang sama, terdapat juga kedai-kedai accessories bike di sana. Warung untuk makan juga ada, tetapi tak banyak memandangkan di luar tapak SIbu Bike Week terdapat banyak kedai makan. Jadi, bikers yang datangnya dari jauh seperti team Sabahan akan makan di hotel masing-masing terlebih dahulu sebelum ke pesta bike week. Kepada sesiapa yang sedang mencari alatan keselamatan untuk penungang, bolehlah lepak ke pesta sebigini.


Pakaian yang sesuai?
Jika anda seorang biker / rider, gunalah pakaian seperti seorang biker / rider. Pakaiannya bebas asalkan tidak menjolok mata. Namun harus diingatkan bahawa suasana panas serta dipenuhi bike yang berkilat bersilau. Sesuai jika kita guna sunglass, pakaian yang tak panas dan berpayung. Event ini dijalankan di tempat yang terbuka dan suasananya menjadi semakin meriah. Hey! Ada Zumba, so.. sesiapa yang nak pakai pakaian riadah yang sesuai juga digalakkan. Credits to Razz Chopper yang banyak idea untuk aktiviti.


Keselamatan anda dan bike..
Kelihatan polis dan pasukan RELA telah terlibat secara langsung untuk menjaga keselamatan pengunjung dan motosikal semasa Sibu Bike Week. Acara juga dijalankan di tapak yang tertutup dan diselia penganjur. Saya tidak ragu-ragu untuk meninggalkan bike di tempat acara. Namun kita harus berwaspada, kerana pengunjung yang datang bukan semuanya bikers, pada saat inilah mereka akan mengambil peluang untuk merasakan bagaimana rasanya duduk di atas bike idaman mereka. Jadi, parkirlah bike dengan elok agar memudahkan aktiviti dan mengurangkan risiko bike tumbang secara berantai dan merosakkan bike yang bersebelahan.


Rumusan Sibu Bike Week
Walaupun aku hanya melawat tapak pesta kurang dari 12 jam. Namun dapat ku rasakan kemeriahnnya, keramahan peserta dan pengunjung sememangnya membuktikan bahawa wujud satu ikatan persaudaraan sesama rider d sana. Rider / Biker semuanya peramah, pengunjung juga memberikan respond positif terhadap aktiviti sebegini dan merasakan bahawa ia dapat menjadi tarikan kepada pelancong untuk lepak ke Sibu. Sekian.

My Instagram Pict ( 16 Gambar Bike )

Salam sejahtera, sempena Sibu Bike Week ni, aku akan share gambar-gambar yang berkaitan dengan bike. Gambar-gambar ni aku ambil di sekitar lokasi aku berkerja dan lepak. Ye lah, dari Honda, Kawasaki, Yamaha dan Suzuki.. tak lupa juga Harley dan bike-bike tempatan yang sentiasa mencuri perhatian selepas menerima sentuhan seni. Aku persembahkan kompilasi Instagram bertemakan bike.. Ikhlas..

Pesta Limau di Bintangor

Bersama rider Sarikei. Thanks 4 invite walaupun x dirancang.

Honda Gold wing

Parking jap depan rumah kawan

Ride pelbagai jenis bike. Love it.

Dengan gang dari Kementerian Kesihatan

Dengan 2 orang lone rider. Honda, Yamaha dan Kawasaki.

Melihat selekoh di Pakan.

Ready for offroad?!

Tempat santai di belakang rumah. Thanks God.

Petang-petang ambil angin.

Sibu Bike Week Dec 2014!

Sweet memories with other lone rider.

Antara bike yang aku suka!

Love this offroad mode.

Sibu Bike Week 2014
Menungang motorsikal, ia mendatangkan ketenangan apabila diriku dapat merasakan deruan angin menyelimuti tubuhku ketika meluncur sederhana lajunya di jalanan yang berliku. Disaat menikmati saat-saat itu, jiwa tetap peka akan alam sekeliling. Melihat keindahan dan menjana naluri terhadap bahaya yang sentiasa mengekori aku. Seperti ada sesuatu yang indah dikala menikmati ciptaan Tuhan melalui jentera beroda dua. Disaat aku kelihatan bodoh tersenyum sendiri di dalam helmet, ku sebenarnya merasakan ketenangan melepaskan jiwa dari percobaan. Aku dapat meluncur bersama alam dan bersatu dengan segenap udara di luar topi keledar ini. Namun, waspada tetap ada, agar leka dan cuai itu tiada mendatangkan bahana. Hati harus tenang, seperti bertapa dan bermeditasi, agar motorsikal tidak meluncur laju melampaui batas dan norma jalanan orang timur. Kerana kita semua manusia, ada akal fikiran.. jadilah penungang yang berhemah. Sekian.

Terjumpa Kawan Baik IPGKS Miri

Siapa kata Sibu Bike Week Hanya Landasan untuk menemukan bikers-bikers sahaja.. Hari tu aku ketemukan diri ini dengan Alfie Khan! Dia adalah kawan baik gue sejak dari bangku IPGKS Miri lagi. Sama kelas dan sama bilik. Dia yang ajar aku jaga badan juga. Wahaha! Tak sangka pertemuan kami kali ini di SIbu Bike Week. Biarlah gambar yang berbicara...

Alfie Khan bergaya dengan bikenya




Thanks Alfie. Friend Forever.

Antara comment dari junior di IPG.

Apa-apapun, aku salute gaya tunggangan beliau. Lincah juga dirinya membawa Kawasaki Z1000 biru itu. Tak sangka kami masih dapat bertemu dan berkongsi pengalaman setelah menjadi guru. Hehe! Sekian.

Ada beberapa kali Alfie Khan ni masuk Blog ni. Satu daripada link ada di bawah.. Kisah 2 orang kawan sejak bangku maktab IPG:

Gambar Bike di Sibu Bike Week 2014 (10 Picture)

Horay!! Dengan ini aku kongsikan antara gambar yang boleh dikatakan mampu menyejukkan bebola mata dan melicinkan peredaran maklumat di dalam otak. Mempersembahkan 10 Gambar Bike yang aku tangkap semasa Sibu Bike Week 2014.

Aku tertarik dengan gambar di belakang bike tu jer.Haha!

Whoa!!! Look at those tayar golek!

Kalau Alien menjajah Sarawak,
saya tahu puncanya. Dia kehilangan Bike.
Yang Awesome!

Cantiknya. Ada set Audio lagi tu!!

Dari Miri menjelajah ke Kuching number bike ni.

Mr. Hulk! Selalu jumpa bike ni!

Hello Rabbit ( Honda CBR 1000 RR ) Fireblade

Semua orang nak cuba naik. Hehe!

Siapa tak bangga naik ni?!Best!

Chrome dan Orange! 
Thanks kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tak langsung. Jadikan aktiviti ini sebagai tapak menjalinkan ikatan 1 Malaysia kita. Ride Cermat Tunggang Selamat. Laju tak salah, asalkan tak cuai. ( Risau juga dengan kes-kes bike yang crash time Bike Week, rider tak laju, tapi jatuh juga.. nak salahkan rider semata-mata semasa musim hujan dan keadaan / kualiti jalan licin ni? Jarang yang ride laju-laju time hujan. Hati-hati jer lah.. Please )

Sibu Bike Week 2014

Salam sejahtera kepada semua yang membaca Blog Aku Malas ini. Bike week merupakan event yang menyatukan gang-gang bikers tanpa mengira jenis jentera yang mereka tunggang. Aku akhirnya berpeluang untuk melihat sendiri apa itu Bike Week setelah bertahun-tahun menyimpan keinginan untuk menikmati suasana yang awesome sebagaimana yang sering aku baca dalam majalah motorsikal seperti Kapcai, Motor-Motor, Roda-Roda dan lain-lain.

Pada 6 December 2014, aku dan rakan-rakan yang lain telah berkonvoi ke Sibu. Aku telah bersama dengan seorang rider dari Pakan Sarikei telah menunggu gang-gang yang lain di Simpang Bulat Sarikei. Mengapa harus ditunggu? ye lah, kami ni hanya berkenalan dalam laman sosial dan inilah peluang untuk berkumpul memandangkan ramai di antara kemi berasal dari area Serian, Kuching dan Seriaman.. ada juga dari Semanggang!
Bergambar sebelum balik

Bike-bike kategori Super

Thanks to Razz Chopper atas aktiviti yang awesome

Tempat menunggu sebelum bertolak ke Sibu pagi tu.

Aku dan Mr.Rock menunggu.

Ok, dipendekkan cerita.. tidak semua kami berkonvoi pada masa yang sama, memandangkan ada di antara kami akan bertolak pada waktu petang. Maklumlah, rider juga merupakan seorang manusia, ada keluarga dan pekerjaan. Jadi, selesaikan kerja itu dulu baru lepak sejenak dengan rakan-rakan yang lain. Lagipun Bike Week ni berlangsung selama 3 hari kan? 5-7 December 2014. So, esok masih ada peluang untuk anda semua.

Setibanya kami di sana, kelihatan peserta yang telah mendaftar sejak semalam sedang menjalankan pertandingan bunyi bike yang paling kuat. Sayangnya pemenangnya hanya akan diumumkan pada malam hari. Aku tak terlibat sehingga malam, sebab aku harus balik sebelum malam menjelma ke Pakan Sarikei. Semasa bike week juga, ada dijalankan aktiviti berzumba.. Zumba?! yup, ada.. kasi buang lenguh-lenguh lepas ride berjam-jam ke sibu. Pertunjukkan bike pun ada.. hehe!

Aku tak jin gang yang lain bermalam di Sibu. Aku nak balik, hehe. Dont worry, untuk tahun ini, objektif utama aku menjengguk Sibu Bike Week adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan membantu aku secara jarak jauh melalui laman sosial. Rata-rata mereka hampir sama usia dengan aku. Anak muda ini juga mampu mencari duit untuk membiaya hobi motorsikal mereka. Yang menyentuh hati aku adalah, mereka semua kerja-kerja bisa sahaja... namun mampu untuk tersenyum menikmati berkat dan limpahan dari Tuhan atas kerja-kerja yang halal dan penuh kesungguhan. Thanks for a great day gang.

Special for Apis The Airbrush master ( dari Serian) :
Aku sik sabar mok nunggu helmet ya,. HAha! Kerja baik-baik di bengkel tu. Jarang terjumpa anak-anak muda yang berfikiran jauh seperti anda.

Offroad Ke Sekolah Kebangsaan Nanga Ju

Sejenak melihat ke arah cahaya. Mencari punca mengapa aku di sini dan alasan untuk aku terus bertahan, kekadang kekaburan juga rasanya setelah banyak nikmat-nikmat yang sekian lama telah sebati di dalam darahku telah ditarik gara-gara melaksanakan tanggungjawab di sekolah pedalaman. Sememangnya kehidupanku berputar 360 darjah setelah memasuki alam pekerjaan ini. Namun ia bukanlah alasan untuku memejamkan mata dikala melihat wajah-wajah anak didik di sini. Tersentuh hati untuk mengapai setiap jiwa di sana.. sebagai seorang rider yang perihatin.

Pemandangan dari bukit Ensiring

Tayar pun dah tak nampak bungaaa
Perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Nanga Ju bukanlah satu perjalanan yang biasa aku alami di pekan mahupun di bandar selama ini. Setiap yang bakal terjadi di sana tidak dapat diselesaikan memandangkan banyak kemudahan, nikmat dan keperluan di tengah-tengah hutan berkabus tidak dapat digunakan. Sesungguhnya aku harus menyediakan diri dengan pelbagai kelengkapan untuk menghadapi sebarang masalah dan ancaman.

Pertama kali ke sekolah menggunakan jalan darat ini, aku biasanya bergerak bersama dengan rakan-rakan yang lain. Namun sekarang aku lebih selesa bergerak menuruti masa sendiri. Disaat bergerak sendiri, aku bebas menetapkan masa dan perkara yang akan aku lakukan sepanjang perjalanan.

Hujan menjadikan perjalanan lebih mencabar

Tanah runtuh kecil
Sedikit sebanyak mengenai perjalanan aku. Jalan ke SK Ng Ju sangat licin apabila hujan. Risiko berlakunya tanah runtuh merupakan perkara yang sentiasa membuatkan aku sentiasa berwaspada. Walaupun tayar yang aku gunakan untuk Kawasaki KLX 150S ini berbunga brutal, ianya tidak menjamin cengkaman di tanah merah ini.

Persediaan yang biasa aku bawa adalah tube gantian, rantai, kabel brake dan clutch, minyak extra, set membuka nat dan skru, Ellen-key dan pita pelekat. Pita pelekat sangat penting, banyak kegunaannya. Sedangkan angkasawan sendiri membawa pita pelekat ke luar angkasa, kita? hehe.. Oh ya, mancis, pisau dan makanan termasuk juga air kena bawa. Mana tahu, apa-apa yang berlaku juga mungkin memaksa anda untuk bermalam di dalam hutan.

Tanah runtuh berbatu

Berhenti jap.
Ada masanya terserempak dengan haiwan liar seperti monyet dan babi hutan. Memang perjalanan ke destenasi ini tidak membosankan. Saatnya semua yang memenuhi kotak mindaku menemukan ketenangan setelah menikmati perjalanan yang menderaskan denyutan nadi.. Sekian. 

Mr.Harley Lone Rider Z800

Sedang-sedang aku bersama dengan sidekick a.k.a Mr. Franco lepak di Ejen Insurance. Kedengaran bunyi jet pejuang mengegarkan kaca primis bangunan di sini.. Deretan kedai Nyelong Syarikei.. Siapakah empunya bunyi deruman bike yang mendalam dan kuat ini? Bunyinya kuat tapi menyelesakan telinga. Bukan annoying punya sound..

Kelihatan seorang rider menggunakan Z800 Modify. Franco yang sedang excited telah berdiri di tepi kedai dan melihat bikers tersebut berhenti di hadapn kedai ini. Lantas kami berkenalan dan perkenaan tersebut mencetuskan idea untuk ride dan berkongsi cerita bersama.

Perjalanan melawan hujan membuatkan kami berhenti 2 kali di perhentian bas. Bukan kerana takut akan basah tetapi saja-saja nak stop bercerita sambil ambil gambar. Inilah nikmat semasa riding, dapat stop mana-mana dan berkenalan dengan makhluk ciptaan Tuhan yang miliki kisahnya tersendiri.
Kawasaki Z800 Yamaha FZ150 Honda Fireblade 1000cc

Kawasaki Z800 yang dijaga baik

Franco sedang mendengar nasihat dari Harley

Yoshi punya Exhaust 

Hujan menyatukan kita dengan orang ramai. Stop sejenak.

Allianz, semua rider ada insurance nya tersendiri.

Ya, lupa aku perkenalkan rider Z800 itu. Namanya Mr. Harley. Baru sahaja kematian isteri tercinta, isteri yang sentiasa menyokong hobinya telah meninggalkannya. Takziah diucapkan.. Mungkin kepiluan itu hanya dapat diubati dengan tungangan bersahaja di jalan raya bertemankan Kawasaki Z800 miliknya. Jentera yang penuh memori dan emosi sentiasa menjadi tempat rider mengekspresikan emosinya.

Salute sama Mr. Harley, ride sendiri dan murah hati share ilmu macam mana nak jaga bike untuk ride jarak jauh. Lagipun beliau tadi baru sahaja ride dari Bintulu ke Sarikei. Now balik lagi ke Sibu. Memang hardcore punya rider. Thanks Bro.

Tips riding:
1. Panaskan tayar dengan membuat "s" riding pattern selama 10 saat.
2. Pastikan rantai sentiasa dijaga untuk long range ride.
3. Sewaktu hujan utamakan downshift braking.

Nantikan penulisan yang akan datang, tentang Franco the young IPG raider. ( Tunggu ambik gambar bike dia banyak-banyak )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...