AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Diari Cikgu Ina Blogger Di Pedalaman

Saya terjumpa satu blog yang agak lama dah tak diupdate. Tapi, maklumat di dalam tersebut sangat menarik dan membantu aku untuk memahami suasana sekolah yang bakal aku tuju. SK Nanga Ju, Julau. Untuk pengetahuan anda, sekolah ini adalah sekolah pedalaman yang jauh dari bandar. Jom baca Diari seorang guru wanita ini.

2010-Diam tak diam dah dekat sebulan dah aku bertugas kat sekolah baru aku iaitu sk. Long Lapok....emmm sesekali aku ada gak teringat kat sekolah lama aku iaitu Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau...setahun jugak la aku kat situ walaupun sekolah tu jauh nun di pedalaman yang memerlukan aku naik perahu selama 5 atau 6 jam aku tetap suka dan akan ingat selalu sebab sekolah tu lah sekolah pertama aku bertugas sebagai guru dan disitulah aku meraikan hari guruku yang pertama.....banyak kenangan2 manis aku kat sana...kalau nak tau aku n ayu(posting kat sekolah tu sama ngan aku) adalah guru perempuan pertama kat sekolah tu sejak ditubuhkan. jadi secara tak langsung budak2 pun agak rapat ngan kami weekend selalu ajak kami p kutip pucuk paku..sesekali kami ikut jugak tapi kadang2 tu takut sebab tempat tu ada oink..oink...kalau musim kemarau diorg ajak kami tangkap ikkan buntal n tengkuyung (ala rupa dia cam siput).....tapi yang tak tahannyer kalau musim kemarau kena angkut air dari sungai..fuh,...fuh..penat....lagi satu untuk pengetahuan kami selalu cuci pakaian n mandi kat sungai ngan org2 rumah panjang.....he..he.. teringat kat indai2 yg selalu ikut kami mandi sungai.....masa mandi ada gak indai2 tu bagi buah durian, buah nenas, sayur cangkuk, cabai etc.... kami ni dah jadi macam part of the comunity rumah pjg tu dah....

Satu lagi kenangan yang tak dapat dilupakan ialah masa naik perahu nak kuar n masuk sekolah.. Bayangkan masa mula2 posting,,aku xpernah naik perahu tup2 kena naik perahu yg kecil dan xder bumbung dan ditengah2 perjalanan hujan turun dengan lebatnya dah la masa tu xder baju hujan dan aku menangis sepanjang perjalanan sampai sekolah baju kami dah kering bayangkan bertapa jauh perjalanan kami......tapi itu first2 naik perahu la tapi skrg aku lebih suka naik perahu dari naik kereta...huhu....tapi keadaan akan jadi berlainan masa kemarau...perjlnan dari jeti entabai ke sekolah akan jadi 8 hingga 9 jam sebab air terlalu kering dan bila sampai di tempat air yang cetek kami terpaksa terjun dan tolak perahum (tapi kalu org pempuan tak payah tolak perahu he..he..) tapi yang paling best ialah waktu makan dimana kami akan singgah di karangan sungai untuk makan konon2 macam RnR la lepas makan baru teruskan perjalanan balik...aku nak sangat ucapkan terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan SK. Nanga Ju. 

Segala tunjuk ajar n budi baik akan aku kenang. untuk kawan2 sebantal masa kat Ng Ju iaitu Aini n Ayu miss u all tak lupa gak pada kak kon yang sudi menumpangkan kami tido kat bilik yg comel tuh.he..he... tapi aku terkilan sket la dengan guru baru yang bakal mengantikan aku kat sekolah tu tak mau datang...menurut ayu sampai sekarang dia tak datang...emmmm tak taulah aku apa masalah dia nak kata takut naik perahu dia lelaki..jadi malula..aku yg pempuan ni bleh takkan dia xbleh....mungkin dia tak kenal lagi kot.....yer la bak kata rg tua2 dulu tak kenal makan tak cinta tol tak...he..he..rasa macam naik lenguh dah la jari-jemari aku nih...stop kat cni jer lah kalu nak citer lagi pasal sekolah lama aku eok pon tak habis....emmmm... 
Nukulan: http://kapurkapurhidup.blogspot.com

Guru baru Sarawak mula melapor 1 April 2014

1 April 2014 merupakan tarikh penting untuk semua bakal guru muda keluaran IPGM di seluruh Malaysia kerana ia merupakan tarikh untuk mereka mula bertindak, mula melapor diri ke sekolah yang telah ditetapkan. Setiap guru pelatih telah diberikan maklumat oleh pegawai-pegawai pendidikan yang berkaitan untuk urusan penempatan dan logistik. Biasanya pihak sekolah akan membantu dalam proses membawa masuk guru baru ke lokasi yang diberikan.

Berikut antara respond dari rakan dalam FaceBook:
 
Sorry sebab aku padamkan nama, sebabnya suka-suka .Hehe! (^w^) Thanks sebab baca Blog yang membosankan ini. HAhaha! Bye2. Im really out dah dari IPGKS Miri? On the way ke sekolah SK Ng Ju, Julau.. Now aku mulakan episod baru.

Penulisan Berkaitan:

Mengajar di pedalaman

Hello semua, sebagaimana anda tahu PISMP merupakan Program IPGM yang membentuk guru pelatih yang tahan lasak. Akhirnya aku mengetahui lokasi sekolah aku. Aku ditempatkan di SK Nanga Ju, Julau. Dalam sudut hati aku terasa tercabar kerana di sana ada guru wanita yang bertahan menghadapi suasana yang jauh dari peradaban & kemodenan. Itu bukan masaalah bagiku, kerana aku sendiri merasakan penggilan suasana hijau itu lebih menenangkan daripada bunyi-bunyi hon kereta di bandar.
SK Nanga Ju Julau
Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari orang setempat, mereka menyatakan bahawa lokasi sekolah tersebut adalah antara yang terjauh dan sukar dimasuki di bahagian Julau kerana ia harus melalui sungai. Jalan kenderaan hanya sesuai untuk pacuan 4 roda sebelum tiba di jeti berhampiran. Sebagai tambahan, laluan sungai itu (Sungai Maong, Julau )
Peta lokasi sekolah pedalaman. Bhg. A
Peta lokasi sekolah pedalaman. Bhg. B
Ada juga laluan yang menghubungkan sekolah ini dari jalan Entabai Pakan. Namun kos untuk menyewa kenderaan untuk menghantar seseorang ke sana adalah Rm200. Bersedia sajalah... Terbaikkk!!

Nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad menghampiri usia 90

Petua kekal slim dan muda dari seorang Tokoh:

Prime Minister of Malaysia
16th July 1981 - 31st October 2003
 
"Narkotin dalam rokok dan alkohol dalam arak akan cepat mematikan sel kulit yang boleh menyebabkan ia cepat mengendur dan kita akan cepat kelihatan tua pada usia sebenar. Jadi, kalau nak selalu nampak muda, berhentilah merokok dan berhenti minum arak,"

kata Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hampir mencecah 90 tahun.

Bacaan Extra about  Tun Dr. Mahathir Mohamad

Born on 20 December 1925 in Alor Setar, the capital of the State of Kedah. Tun Dr. Mahathir did his early and secondary education in his home town. In 1947, he gained admission into the King Edward VII College of Medicine in Singapore.

Upon graduation, he joined the Malaysian government service as a Medical Officer. He left in 1957 to set up his own practice in Alor Setar.

Tun Dr. Mahathir has been active in politics since 1945. He has been a member of the United Malays National Organisation (UMNO) since its inception in 1946.

He was first elected as a Member of Parliament following the General Elections in 1964. However, he lost his seat in the subsequent General Election in 1969. Owing to his keen interest in the country's education, he was appointed Chairman of the first Higher Education Council in 1968, Member of the Higher Education Advisory Council in 1972, Member of the University Court and University of Malaya Council, and Chairman of the National University Council in 1974.

In 1973, Tun Dr. Mahathir was appointed a Senator. He relinquished this post in order to contest in the 1974 General Elections where he was returned unopposed. Following the elections, Tun Dr. Mahathir was appointed the Minister of Education. Read more at- http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1647

Sekolah Pedalaman Sarawak SK Ng Wak.

Memendangkan ku nak ambik mood suasana sekolah sebelum ditempatkan maka aku merantau hari ini. Tak sabar menunggu masa dan lokasi posting.Inilah cerita selepas keluar IPGKS Miri.

Salam sejahtera. PISMP merupakan satu program yang menghasilkan guru sekolah rendah yang tahan lasak kerana kebanyakkan mereka telah diberikan latihan Bina Insan Guru untuk survive dalam pelbagai jenis situasi pedalaman. Oleh itu, adalah satu kebanggan bila mengetahui adanya guru berkhidmat dengan penuh semangat di kawasan yang suar dimasuki.

Aku pada hari ini telah lepak sejenak ke sekolah yang bertaraf P1 di jalan Wak Pakan Sarikei. ( Betul ke alamat ni? ). Dengan perasaan yang kagum aku menikmati pemandangan sekolah pedalaman di atas bukit dan..dan..dan..ada line CELCOM!! ok, berikut adalah gambar sekitar kawasan SK Ng Wak.

 Dibantu oleh jaga
 Rumah tumpangan
 Rumah guru dan kelas dari jauh
 Asrama
 Dewan makan depan asrama
 Gelangang depan kelas
 Tempat perhimpunan dijalankan
 Pentas kecil
 Kelas
 Rumah untuk guru dan pekerja
 Kawasan Pra
 Dinding yang diganti menyebabkan bendera separuh jer. On the way repair.

 Jadi budak2 sekejap.
 Rumah guru.
 Rumah guru.
Rumah dan rumah lagi. Rumah lama ni.

Suasana Sekolah Pedalaman Sarawak SK Sugai

Sekadar nak ambik mood sebelum mengetahui lokasi ditempatkan...

Tak lama lagi bakal-bakal keluaran IPGM akan ditempatkan di sekitar Sarawak. PISMP menyediakan guru yang telah melalui kursus Bina Insan Guru yang menekankan semangat survivor di hutan. Hehe! Kira dah pandai berdikari lah tu, bukannya lagi budak berhingus.

Salam sejahtera kepada semua, pagi tadi aku membuat keputusan untuk membawa kereta rally yang cabuk itu berlumba ke 2 buah sekolah pedalam yg ada di kawasan Sarikei. Sekolah tersebut buat masa sekarang disenaraikan sebagai sekolah P1. Tak lah sesukar mana tapi, payah juga nak bawa kereta sebegini. Berikut merupakan antara gambar dari SK Sg Sugai area Pakan Sarikei.

 Taman bunga di hutan
 Bilik guru di atas bukit kecil
 Asrama Puteri di hujung sana
 Boleh tahan budak area ni.
 Rumah guru yang stay
 Bukit dan bukit kecil
 Rumah hijau dan taman sains mini.
 Punca elektrik 24jam
 Laluan ke sana
Rumah guru

Stadium yang jauh dari bandar

Salam sejahtera, 6pm tadi aku bercadang nak melawat stadium di Pakan. Dalam hati aku menjangkakan banyak orang akan bermain di sana. Walaupun hujan renyai-renyai, aku yakin semangat Bola di kalangan masyarakat Pakan memang ada. Setibanya aku di sana aku mendapati stadium tersebut sunyi sepi, mungkin disebabkan hari ini hari jumaat, ramai yang dah balik bercuti. Lagipun minggu depan budak-budak sekolah dah mula cuti. Tak apa, aku pakai jer stadium ni sorang-sorang. Dah nak malam aku balik lah. So happy. Macam aku yg dah book stadium ni. Hehehe! Bye, I love Pakan. Tenang dan aman. Aku tinggalkan u all dengan kereta tempatan yang bawak aku ke stadium ni. (^_^)

Peralihan zaman ke alam pekerjaan.

Mac 2014- Dengan keluarnya keputusan ini, aku nampaknya beberapa langkah lagi untuk menikmati zaman pekerjaan. Syukur diucapkan kepada Keluarga yang menyokong aku selama ini, doa-doa kalian membawaku ke tanah ini. Thanks kepada kawan-kawan sepengajian sebab menyerikan duniaku dan tak lupa pensyarah dan kaki tangan sokongan Institut yang banyak guide aku dalam semua hal bukan sahaja hal akedemik sahaja. Wah! macam tulis penghargaan pulak. banyak yg nak diterima kasihkan kalau macam ni. Namun terima kasih yang tertinggi tinggi tinggi harus aku ucapkan adalah kepada Tuhan yang maha pengkarya nyawaku, keranaNya aku di sini. KeranaNya rencanaku diteruskan di Bumi Kenyalang ini. Kepada yang teristemewa (Cewah!!), Im running after you..

Kepada rakan-rakan yang bakal posting, semoga berkhidmat dengan sangat awsome sebagaimana anda score mark untuk praktikum dan Intern yang hebat-hebat tu. Bawalah semangat muda tu untuk menambahkan bahang di alam pekerjaanmu. Kalau dah kerja jangan lupa kawan dan keluarga ya?hehehe.. Go!Go! IPG!

Sumber:

Kiut lah.. ok, bye2 semua.

Telur Menu berdiet terbaik!

Memandangkan aku ni nak jaga belaja makan di rumah, aku mngambil telur sebagai sumber protin rendah lemak. Putih telur merupakan pilihan terbaik untuk memperoleh nutrisi yg sesuai dengan keperluan aku dalam recover selepas aktiviti riadah yg berat. Lagipun ia rendah lemak dan karbohidrat tetapi tinggi protin. Ini merupakan petunjuk kepada makanan yg tak menggemukkan.

Gambar sarapan pagiku setiap hari 12 biji telur.
Berikut merupakan nutrisi yg terdapat dalam putih telur. Kuning telur tak aku ambik, sebab banyak kolestrol. Berdasarkan WHO, maksimum pengambilan kuning telur dalam sehari adalah sekitar 2-3 sahaja. Pernah sekali aku makan 10 biji telur daam masa 1 minggu tiap hari tanpa membuang kuning, kononnya sayang dan tak nak membazir. Akhirnya aku mengalami sakit kepala.. yang teramat sangat. Bila dirujuk di klinik, kolestrol adalah puncanya. Itulah pengajaran buatku. Hehehe!

  • Calories 17.0
  • Total Fat 0.1 g
  • Saturated Fat 0.0 g
  • Polyunsaturated Fat 0.0 g
  • Monounsaturated Fat 0.0 g
  • Cholesterol 0.0 mg
  • Sodium 55.0 mg
  • Potassium 53.8 mg
  • Total Carbohydrate 0.2 g
  • Dietary Fiber 0.0 g
  • Sugars 0.2 g
  • Protein 3.6 g  
  • Vitamin A 0.0 %
  • Vitamin B-12 0.0 %
  • Vitamin B-6 0.0 %
  • Vitamin C 0.0 %
  • Vitamin D 0.0 %
  • Vitamin E 0.0 %
  • Calcium 0.0 %
  • Copper 0.0 %
  • Folate 0.0 %
  • Iron 0.0 %
  • Magnesium 0.0 %
  • Manganese 0.0 %
  • Niacin 0.0 %
  • Pantothenic Acid 0.0 %
  • Phosphorus 0.0 %
  • Riboflavin 0.0 %
  • Selenium 0.0 %
  • Thiamin 0.0 %
  • Zinc 0.0 %
Sekian, thanks sebab baca. Selamat makan telur ya.
゚・(◕‿◕)╱✿・゚

Sumber:

Paste Sesuatu Tentang Konvo IPGM 2014

Berikut merupakan hasil copy paste aku yg malas menaip semula tentang Konvokesyen untuk IPG. Tiada ditokok tambah benda ni nah, silakan baca. Jangan lupa tanya HEP IPG untuk keterangan yang lebih kaw..kaw..punya:

Semua penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan Januari 2010 seluruh Malaysia yang menamatkan pengajian pada November yang lalu akan berhimpun untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) kali keempat pada 09 hingga 13 Jun 2014 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). 
Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Dua Ratus Ringgit (RM200.00). Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Satu Ratus lima Belas Ringgit (RM115.00). Pembayaran perlu dibuat terus kepada IPG KAMPUS masing-masing melalui Kiriman Wang (Money Order). 
- See more at: http://www.cikguayu.my/2014/02/konvokesyen-guru-pismp-keluaran-ipg.html#sthash.495ZKop4.dpuf

Sumber :
http://www.cikguayu.my/2014/02/konvokesyen-guru-pismp-keluaran-ipg.html
Mr. Google ( https://www.google.com ) + ( Search = tarikh konvokesyen ipg 2014 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...