AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Rasa menjadi guru pedalaman

Pertama sekali aku bersyukur kerana akhirnya berjaya melangkah ke alam pekerjaan setelah 5 tahun lebih belajar di IPG ( IPGKS, Miri ). Dengan adanya entri ini, genaplah 3 minggu aku telah melihat realiti menjadi guru pedalaman di kawasan Julau. Dalam situasi ini di SK Nanga Ju, Julau. Perjalanan menggunaan perahu sejauh 3 jam ( Adakalanya 4 jam ) adalah pilihan yang ada buat masa ini kerana ia lebih menyenangkan dan kurang berisiko jika dibandingkan menggunakan jalan balak yang agak bahaya dan menyesatkan.

Kemudahan di sini mencukupi dari semua aspek. Dari penginapan, bekalan air, elektrik dan internet. Cuma line telefon tak ada. Aku terpaksa belajar menggunakan Wechat dan Whatzapps (Betul ke ejaan ni? ). Ia merupakan satu-satunya cara aku berhubung dengan keluarga di luar dunia pedalamn ini.

Berkaitan dengan kaedah pembelajaran dan bahan bantunya. Semua itu harus disesuaikan dengan budaya di sini. Murid-murid yang kurang terdedah dengan dunia moden sememangnya kurang memahami istilah dan contoh yang terlampau maju. Aku cuba menyesuaikan maklumat yang diberikan agar murid-murid memahami apa yang aku ajar.
 
Setakat ini, motivasi untuk mengajar masih memuncak. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun urusan rasmi seperti surat-menyurat tidak dapat dilakukan dengan segera memandangkan sekolah ini jauh dari bandar. Hanya menunggu hujung minggu sahaja untuk menyelesaikan urusan penting.

Laluan berjalan kaki Wildlife Sanctuary



Hari Khamis menjemput aku membawa 2 orang budak meneroka laluan kecil di kawasan sekolah mencari Bigfoot. Sehingga aku menyedari kini aku bukan lagi di dalam sekolah melainkan di kawasan perlindungan hidupan liar. Aku meneruskan perjalanan ke bangunan kayu yang megah berdiri di tengah hutan dan melihat beberapa orang sedang membuat perahu.



Di hadapan jeti tersebut terdapat satu papan tanda yang cantik yang tertulis Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary . Kawasan sekolah SK Nanga Ju, Julau sebenarnya di dalam kawasan perlindungan hutan yang besar! Tidak hairanlah jika masih banyak haiwan eksotik dapat kita lihat menghuni kawasan sekolah ini.

Kawasan di sekitar pusat gerakan pusat perlindungan sangat menarik untuk dijadikan trek berjalan kaki memandangkan ia terletak di atas bukit. Pemandangan yang nyaman berserta bunyian jelu dan unggas menambah seri aroma tropika daranya. Laluan yang merentas bukit menjanjikan deras denyutan nadi tidak kurang dari 80 per minit. Ia sememangnya menyihatkan badan dan menyegarkan mata serta menenangkan hati.

Aku masih baru di sekolah ini. Banyak lagi yang menanti jika aku sedia meneroka lebih jauh lagi. Bukannya aku yang datang mengajar di sini melainkan aku yang diajar tentang benda baru di sini. Well, student-student di sini sangat advance dalam hal hutan. Budak kecik pun dah pandai menyelam dan memburu haiwan. Aku tak ada skill itu, mungkin bulan depan aku dah mula ada basic skill mencari makanan yang segar dari hutan.















Panorama Sekolah P3 terjauh di Julau.

Salam sejahtera kepada semua yang terserempak dengan blog aku. Hello, hope u all sihat dan okay. Aku sentiasa mahir meng"okay"kan diri. Don't worry, im fine dan nak share dengan u all keadaan sekolah yang jauh dari bandar ni. SK nanga Ju, Julau. Sebelum ni, kalau google search, susah banget nak lihat SK Ju keluar. Hope lepas ni dapat la lihat gambar yang berkaitan dengan sekolah ni dalam search Engine Google. Hehe.. enjoy the pict. Salam damai dari pedalaman.

Dewan mamam

Kawasan sekolah dari bukit
Padang sekolah
Sungai

Mereka

Bilik guru dan rumah guru wanita

SK Ng Ju 96600 Julau

Kucing Mahal sesat di pedalaman?



Sedang-sedang aku lepak di kawasan rumah panjang di SK nanga Ju, Julau. Aku terjumpa seekor kucing yang tidak seharusnya berada di kawasan pedalaman. Memperkenalkan Mr. Garfield. Itulah nama kucing tersebut yang diberikan oleh masyarakat setempat di sini.
 

Seronok juga melihat kucing ni menyepahkan buah lada yang dijemur di luar rumah panjang di sini. Dengan segera aku kembali ke kawasan sekolah untuk ke bilik. Aku nak mengemas benda-benda yang harus dikemas. Sebab, kalau aku lewat, tentu sukar berjalan di kawasan semak-samun ni. Bye-bye Mr. Garfield SK Nanga Ju.


Hias Bilik Serasikan Diri di Sekolah



Hari kedua di SK Nanga Ju Julau terasa sangat perlahan berlalu. Mungkin keterasingan panorama bilik ini membuatkan putaran masa menjadi perlahan. Teringat juga disaat bahagia terasa cepat masa berlalu, tapi dikala susah… masa menjadi perlahan. Mungkin bilik ini harus diceriakan lagi untuk membikin masa di sini terasa lebih manis dan selesa untuk dilalui. ( Aku sememangnya sangat suka bekerja di sini, Cuma nak jadikannya lebih serasi. Kerana aku akan lama berdiam di sini )

Berikut merupakan gambar bilik sebelum dihias sepenuhnya. Cuma cadar tilam dan beberapa barang telah disidai.




Berikut merupakan gambar selepas bilik dihias menggunakan beberapa barangan terpakai dari majalah motorsikal, sampah dan lampu-lampu yang telah dibuang.










Detik Pertama Menjadi Cikgu Pedalaman


Jeti di Julau
Banyak yang datang hari tu. Balik ke sekolah?
Perjalanan selama 2 jam dari pekan Pakan ke pangkalan jeti di SK Nanga Entabai membuatkan aku terlupa sejenak akan kisah peribadi yang membuka tirai lembaran kehidupan ku yang baru. Jauh dari peradaban bandar aku nekad membawa diri mencari ketenangan dengan berbakti di sebuah sekolah yang paling jauh di Bahagian Julau. SK Nanga Ju, aku menghampirimu.

Perahu yang mana satu akan aku naik?

Cikgu Shamin di depan aku. :-)
Ketibaanku di jeti telah disambut oleh guru PK-1. Cikgu tersebut telah berkhidmat selama 7 tahun di sekolah berkenaan. Kemesraan yang ditunjukkan oleh cikgu tersebut memberi petunjuk bahawa perjalanan ini tidak akan menghampakan ku. Ku yakin sambutan yang hangat dengan tangan terbuka dari anak-anak di SK Nanga Ju sedang menanti ketibaan aku di sana.
Jaga sekolah SJ Nanga Ju a.k.a Pemandu Bot Profesional.
Satu-satunya jaket keselamatan.
Tadi hujan.
Bersama seorang teman yang berasal dari tanah semenanjung. Aku menyusuri sungai yang bersimpang siur dan mencabar untuk dilalui. Biarkan baju temanku itu bercerita tahap kesukaran itu. Jika ditangkap oleh polis pada masa ini, memang kami agak kebasahan ( Tak Lawak Pun ).
Juru pandu yang mahir mengemudi.
Suasana di jati awal pagi tadi masih segar di minda.
Perjalanan selama 3 jam lebih di sungai tersebut sungguh tidak membosankan. Dengan kehijauan dan keunikan pemandangan yang agak baru bagi mataku, ia sedikit sebanyak membuatkan aku lupa akan kisah-kisah perih kehidupan ini.

Semakin dalam, semakin gergasi tumbuhannya.
Setibanya kami di sekolah, kami disambut dengan kehangatan senyuman pihak sekolah. Murid-murid yang kecil berebut membantu kami mengangkut barang ke rumah yang bakal kami duduki. Aku dan rakan ku tidak ditempatkan di bilik yang sama. Kami hanya berjiran dan segalanya baik-baik sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...