AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Evolusi Honda CBR 1000RR

Dengan harga sekitar Rm100K untuk jentera CBR 1000 RR ia sememangnya penanda aras untuk semua jentera setelah ia acap kali dinobatkan sebagai superbike terbaik dalam kategorinya oleh pemantau / pengkritik motorsikal. Dengan teknologi honda dan sifat mesra penggunanya, ia sememangnya sebuah jentera yang diidamkan oleh ramai peminat superbike. Setelah 21 tahun berlalu, banyak perubahan yang dilalui oleh jentera 1000cc ini. Berikut adalah gambar yang diperoleh daripada carian google. Klik to zoom (^u^)


1995

1996

1998

2000

2002

2004

2008

2013
Sekian sahaja gambar evolusi jentera CBR 1000 RR yang aku kongsikan. Terima kasih kerana singgah sebentar di blog ini. (^_^)


Sumber sokongan:

Aku nak Honda CBR1000RR ( 2009 )

Salam sejahtera kepada semua yang terserempak dengan blog yang sempoi ini. Ya..ya.. ini blog yang banyak menceritakan pendapat peribadiku, so Aku minta maaflah jika ada yang tak suka bab-bab jiwang tu. Ok!! Lama dah aku tak post sesuatu tentang bike, kini sekali lagi aku nak cakap tentang bike yang telah mencubit hatiku.


Memperkenalkan CBR1000RR 2009!! Ya, ya.. tajuk dah lapuk kan? Sebab sekarang ada versi terbaru CBR1000RR Fireblade yang harganya mencecah Rm100K!! Ya, memang mahal kan? Dengan suspensi terbaru dan rekaan badan yang lebih tajam. Tapi entah lah, aku lebih jatuh hati terhadap rekaan pada tahun 2009. Sebab ia kelihatan lebih kontot dan padat! Hahaha! Cuba u all tengok body mereka, hampir sama.

CBR 1000RR SP (2014)

CBR 1000RR (2009)

Kembali semula pada tajuk. Ada apa dengan versi 2009? Ia merupakan satu superbike yang boleh dikatakan power dan kecil. Sebab ramai berpendapat bahawa ia ringan superbike 600cc tetapi ia adalah 1000cc! Dari segi saiz, ia tidaklah kecil, ia mudah dikendalikan dan memiliki teknologi clutch untuk moto GP. Bike ni dapat mencapai kelajuan 100km/j dalam masa 3.5 saat. Laju tu weii!! Kuat benda ni. Untuk factory made, prestasi bike ni sangat cun dan dapat mencecah MAX kelajuan 299km/j. Disokong brek ABS yang mantap menampah pratus keselamatan semasa menghentikan bike ni. Wow.. Jika aku ada budjet, memang aku akan beli benda ni versi 2014. Tak kisah sama ada versi 2009 atau terkini 2014. Yang penting teknologi CBR sememangnya mengagumkan! Hope dalam masa terdekat ni aku mampu memiliki jentera CBR 100RR. Mahal juga benda ni wei.. tapi x apa, yg penting puas. ( = , =)

CBR 1000 RR (2009) Sebenarnya aku dalam perancangan memiliki replika Repsol GP. X kisah lah dari tahun 2009 atau yang terkini. Asalkan lain-dari lain.

Kesalahanku Terhadap Cinta



Degup jantung kian terbisik, dikala mulut terkunci dan membisu. Jika berdiam bukan tandanya tidak mahu. Ia tandanya cinta yang semakin bersemi. Dalam diam aku menjerit menyatakan bahawa aku sentiasa mencintaimu. Sememangnya kesalahan itu sentiasa mencari ruang untuk merapuhkan sesiapa sahaja di dunia ini. Hanya syukur dapat aku jelaskan dalam penulisan ini kerana aku masih berpendirian dalam menuju ke arah cahaya. Tidak sukar kita menafikan luka itu jika kita masih yakin dalam perjalanan ini. Sedangkan pokok yang telah patah dahanya masih mampu berbuah. Menyuburkan alam indah ini, menaburkan benih kebaikan untuk menebus kekurangan yang lalu.


Semua insan sememangnya tidak dapat lari dari memiliki emosi yang sensetif dikala disoal tentang sesuatu yang bersifat peribadi. Ia mendorong kita untuk berfikir tidak waras dan bertindak melulu. Bukan kerana tidak mencinta tetapi kerana terlalu takut akan kehilangannya. Kita adakalanya benjadi orang lain dalam menghadapi suasana yang getir. Sehingga melupakan dasar perasaan dan cinta yang kita miliki selama ini. Tanpa kita sedari kita telah melukakan insan yang sangat kita cintai.


Hanya kemaafan yang mampu kita sertakan. Tapi, sapulah luka itu dengan madu kemanisan cinta, agar tidak terasa lama duka itu. Mengapa harus bersedih jika masih ada cinta di kalangan hati. Raikan apa yang tertinggal dan cantumkan semula kisah itu. Jangan dibiarkan menjadi debu, kerana masa yang pernah dilalui bersama selama ini tak akan sia-sia jika terus diperjuangkan. Kerana ia bukanlah pengakhiran jalan cerita melainkan satu permulaan yang penuh dengan pengajaran. Aku hanya ingin gembira, butakan diri terhadap yang terkurang... sekian. (^_^)

Tanyalah Langit dan Bumi

Lirik lagu Wali Band Langit Bumi.

Seiringnya ada langit yang melitupi bumi dan bumi yang menjadi dasar kepada segala yang berputar. Ku luahkan perasaan dalam mengerti lirik sebuah lagu yang dikaryakan oleh Wali Band yang bertajuk Langit Bumi. Sejauh mana dua perkara yang telah kian lama bersatu mampu berjauhan? Seperti langit yang telah menemani bumi sejak wujudnya kehidupan.

Demikianlah perasaan yang wujud jika kita menilik diri kita. Kita tahu langit tak sentiasa tenang dan bumi adakalanya kacau bilau. Memang hidup ini tak akan sempurna kerana kehidupan yang sempurna hanya ada di syurga. Jika diikutkan dengan kemahuan akan kita lakukan yang teringini untuk mengelakkan bencana dalam kisah hidup. Jika kita miliki kuasa, kita sanggup mengubah segalanya sesuai dengan kehendak kita. Andai aku adanya kuasa untuk terbang, akan aku selidiki dunia di sebalik awan dan daratan.

Lagit dan bumi... selimut tebal hatiku.

Aku ingin terbang mengintai insan yang sentiasa menemaniku dari jauh. Mungkin Tuhan sentiasa berusaha menjadikan aku lebih kuat dan tabah dari semalam. Sejauh mana aku mampu bertahan dalam secawan kopi panas jika aku hanyalah seketul gula? Mungkin aku dikurniakan dengan kesabaran yang amat besar, bukan seketul gula mungkin segantang gula.

Harus disedari bahawa hilang atau terhapus langit dan bumi dikala kiamat nanti, ia tetap ada kerana ia tak akan terhapus sepenuhnya dikala umat manusia masih mengenang keindahannya. Jika kita mengenangkan segala yang indah, maka terubatlah segala yang terkurang. Cinta yang kita sanjung masih ada, semakin kuat. Dikala aku mendongak ke atas dan menyedari kita masih berada di bawah naungan langit yang gah. Menyedari bahawa kita masih ada waktu, dikala tertunduk ke bumi dan menyedari kita masih berdiri di daratan yang sama. Cuma mata ini yang terbatas untuk menikmati manisnya wajahmu.. yang ku lihat hanyalah langit dan bumi. Tanyalah pada mereka, bagaimana indahnya si pujaan ini. Sekian.


Hampir 2 bulan di pedalaman

Aku bersama murid-murid menyanyi di petang hari.
Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas ini. Maaf kerana aku jarang menulis entri terkini memandangkan komitment aku untuk blog harus dikurangkan demi melaksanakan tanggungjawab di sekolah. Tak lah bz sangat, cuma nak biasakan diri jer..hehe. Ok, sudah tidak terasa dah hampir 2 bulan aku di sini. So, apa yang boleh aku katakan buat masa ini adalah...

Kelihatan guru besar sedang berbincang dengan penduduk kampung.
 
Aku berasa selesa di sekolah ini walaupun jauh dari arus kemodenan. Syukur kerana internet masih ada walupun tak selaju di kawasan yang ada liputan telekomunikasi. Makan minum macam biasa, kena sediakan sendiri dan aku tiada masalah dengan perkara tersebut. Aku cuma sedang membiasakan diri yang kerap melayan telefon. Kini jarang dah main sms or calling.

Dikelilingi sungai dan hutan.
Time balik ke rumah hari tu, mak kata jerawat aku makin kurang. Mungkin air sungai di sini baik untuk kulit kot? atau hutan di sini memberikan udara yang segar dan baik untuk kulit. Ada yang perasan aku ni makin slim. Ye ker?! lepas aku timbang berat hari tu, dari 83kg kepada 81kg! Kemana agaknya 2kg tu? Hmm.. nak kata berdiet tak juga, makan macam biasa. Malahan, sekarang ni aku makan karbohidrat lebih banyak dari biasa! sepatutnya semakin chubby kan?hehe!

Sungai menjadi laluan utama.

Orang di sini sangat peramah. Hidup di pedalaman tak banyak orang, nak hafal nama pun senang. Maklumlah aku ni pelupa. Mungkin sebab komunitinya kecil, hubungan mereka di sini macam adik beradik. Kanak-kanak di sini sangat mesra dengan guru, mereka tidak sombong. Mungkin asuhan yang bersifat mesra dan tidak terdedah dengan banyak media massa yang brutal membuatkan mereka begini.

Setelah beberapa jam menaiki perahu, berehat sebentar untuk makan.
Dah hampir dua bulan aku di Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. a.k.a SK Ng Ju. Tak sabar nak bercuti, hope ada masa yang banyak untuk aku reflek balik kehidupan ini. Aku sedang mengejar sesuatu, misi sejak 2011 harus diteruskan. Kerana emosi manusia tidak mudah luntur dan hilang ditelan masa. Thanks.

Hari Guru Yang Pertama Buatku

1 April 2014 adalah tarikh peting dalam hidupku, aku secara sah telah menerima jawatan sebagai guru di sebuah sekolah yang terletak jauh dari bandar. Banyak perkara yang terjadi sepanjang usia dan tarikh itu. Namun perkara yang paling penting adalah pengalaman menyambut Hari Guru di sekolah pertamaku, SK Nanga Ju.


Perasaan terharu menyelubungi hatiku, di sini sambutannya tak semeriah di sekolah bandar. Namun aku dapat merasakan keikhlasan murid-muridnya bertungkus-lumus menyediakan kad ucapat napa bantuan alatan moden seperti printer dan komputer. Tiada kedai yang menjual kad dan hadiah. Hadiah yang aku terima pada hari yang bermakna ini hadir dalam banyak bentuk. Namun, tercalit juga senuman di bibirku apabila menerima kad dari murid-murid. Kerana nama aku telah dibakukan kepada Bahasa Malaysia. Daripada Cikgu Chris kepada Cikgu Keris.. haha! Nasib tak Keris Taming Sari.

Gambar anak-anak kelas Pra

Suasana dari atas pentas

Sesi berjabat tangan dan memberi hadiah

Banyak juga yang aku dapat

Haha.. kena lindung sikit muka aku.

Dengan ini aku mengucapkan Selamat hari Guru kepda semua guru yang telah mendidik aku. Thanks.

Mengejar bayangan 136 hari

Bayang-bayang.
Hanya kebaikan yang kita simpan. Kekurangan itu dijadikan peneman sebagai peringatan untuk kita hayati sepanjang nafas ini masih terhembus. Sebagaimana aku yang leka terasing di dunia realiti, liar dan ligat mencari sebuah erti wajah kebenaran. Takala kesulitan emosi menemani dunia romantisku. Kerana aku masih percaya aku terus mengejar bayangan. Ku perjuangkan segenap kebaikan dan ketulusan perasaan yang pernah mengalir dalam jiwaku. Perjuangkan segenap emosi yang telah dicurahkan oleh kisah yang terindah. Aku tidak mahu ia terkubur...
Wahai bayang-bayang apakah punca mu itu dari sebatang mancis?

Seperti mentari yang menyinari jasad, adanya bayangan menemani kita. Namun kita sering lupa untuk menjenguk panjang atau gelap bayang-bayang itu. Kerana kita leka memandang ke atas melihat tinggi atau senja mentari itu. Mengejar bayangan banyangan selama 136 hari adalah satu tajuk yang membunyikan nekada dan keinginan aku untuk mencari asal usul bayangan itu.

Apakah ia satu permainan?
Adakah bayang-bayang itu berasal dari sinaran mentari? atau sinaran rembulan.. Mungkin juga dari sinaran sportlight yang memancar pentas kehidupanku? Aku tahu ia tidak adil bagiku. Mana mungkin adanya bayang-bayang yang teramat jelas menemaniku sepanjang nafasku jika tiada puncanya. Seperti bayang-bayang itu hanyalah cat hitam yang tersimbah di lantai mencomotkan karpet kehidupan. Eloknya aku terus mencari asal-usul bayangan itu. Dengan senyuman aku bangkit dari belengu, kerana aku menyedari masih ada rasa itu untuk diperjuangkan. Kerana aku belum kehilangan bayang-bayang ini.

Atau pengakhiran pencarian ini mnjadikan bayang-bayangku semakin berganda.

Tentang Perasaan

Ada kalanya kita sendiri tak mengerti permainan yang Tuhan berikan kepada kita. Kita adakalnya menyedari bahawa diri ini terkunci dalam satu kotak yang gelap. Kita lupa untuk membuka mata mencari cahaya. Adakalnya kita mendapati kita terlalu selesa sehingga leka tidak menyedari kita semakin tenggelam dalam lautan perasaan. Namun, dalam diam.. Tuhan menyuap kita dengan titis-titisan kemanisan.

Apakah bisa manusia itu memahami pasangannya 100% ?

Kita sering melatah dan cepat salah sangka jika memikirkan kesilapan seseorang yang istemewa dalam hidup kita. Kerana terlalu ambik berat dan tidak mahu dikecewakan kita mula menjadi terlalu sensetif. Menjadi keliru dan semakin banyak soalan yang mengguriskan. Namun, ingin ku coretkan sedikit luahan hati di sini... segalanya bukan untuk melukakan, melainkan untuk menjernihkan yang keruh.

Adakalanya kita tak perlukan kemaafan, kerana segalanya sudah dimaafkan dari awal lagi.
Tentang perasaan... Wujud atau tak sesuatu yang terindah itu ia tak penting. Kerana kini aku sedari bahawa apa yang penting adalah kesan dan kenangan dari kisah itu. Mungkin ia sesuatu yang pahit, mungkin juga ia sesuatu yang sangat manis. Ia menjadikan kita lebih sedar akan kewujudan itu. Kita mungkin pernah tersilap langkah namun kita masih bernyawa, kita mungkin pernah menangis sehingga berdarah air mata namun kita tidak buta, mungkin pernah jatuh tersungkur remuk segenap tulang namun masih berani berjalan. Kerana sesuatu yang realiti atau fantasi itu terus terpahat di hati.. kerana kita pernah dan telah terjerumus kepada akan indahnya emosi itu.

Akhirnya kita terus menatapi satu sama lain sehingga hujung nafas ini.
Perasaan.. ya, Cinta merupakan satu kuasa. Kuasa yang membuatkan kita tidak mampu membenci dan melawan dalam setiap cobaan yang menduga. Kerana cinta yang sebenar menjadikan kita teramat takut untuk melihat insan yang kita cintai terluka.. jangankan membuatkan dia menangis.. itu sungguh mencalarkan emosiku jika mendengar tangisan dari seseorang yang amat penting dalam jiwa ini.

Tentang perasaan... Tajuk entri kali ini. Mungkin ia tidaklah sesempurna entri-entri yang sebelum ini. Mungkin inilah entri yang sungguh tak berhaluan aku tulis memandangkan aku memejamkan mata dan membiarkan jemariku bermain dengan punat kekunci laptop ini. Apa yang terluah tak mampu aku luahkan dengan ayat dan kata. Ia hanya cebisan kecil emosi yang aku kesali. Mungkin kerana terlalu sibuk mencari jawapan, aku telah menjadi buta kepada jawapan yang sebenarnya ada di depan mata.

Tentang perasaan kita... mengapa harus bersedih jika kita mahu bahagia? Kerana tiada penyesalan atas pertemuan yang Tuhan berikan. Thanks. Ku ingin kembali terbang...

Selamat hari ibu

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog si Pemalas ini. Aku miliki seorang ibu yang tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi. Dia hanyalah seorang surirumah dan tak tahu banyak sangat tentang dunia yang serba moden. Kalau diminta "Shut Down" Laptop, dengan relax jer dia akan off terus pada suis utama kat dinding. Silap-silap meletop laptop tu sebab bateri dah x der. Ya mak aku memang tak pandai... Kalau diberikan phone baru a.k.a "touch Screen" dia ambil masa 1 minit untuk angkat phone kala ada orang call. Tak tahu nak tekan apa. Kalau nak call kawan, dia panggil aku atau adik untuk bantu.. Ya, mak aku memang x pandai..


Tapi, kerana mak yang tak pandai ini, kami adik beradik bernyawa. Kami hidup dan berjaya. Dialah tukang masak Master ceff kami, dialah Badut Raja Lawak kami, dialah Doktor dan Nurse kami bila demam, dialalah tukang baca Doa untuk kami sebelum makan.. sebelum bertolak naik kereta.. sebelum segalanya dialah yang dulu. Ya, mak aku memang tak pandai.. Tapi mak aku awsome dan Hebat mengalahkan orang yang ada sijil dan pingat. I love u mak.

゚・✿ヾ╲(。◕‿◕。)╱✿・゚ Happy Mother's Day ゚・✿ヾ╲(。◕‿◕。)╱✿・゚

Lukisan 5 minit.


Salam sejahtera, di malam yang sejuk ini aku melukis dengan hati yang kosong. Akhirnya terlahirlah beberapa keping gambar yang aku rasa boleh dikongsikan di sini. Sedang-sedang aku melayan isu-isu hangat di FB sambil-sambil itu juga aku melukis. Lebih baik daripada duduk menunggu orang like post kita kan? Hahaha! Thanks sebab lepak sekejap dalam blog aku. Ini antara lukisan pantas aku tadi, dan aku campur sikit lukisan yang lalu.

Melukis 5 minit.

Agak comot sebab lukis cepat.

Banyak garisan haha!
Karya lama: Conteng buku.

Karya lama: Love Robot
Sekian sahaja untuk bahagian ni. Jangan segan untuk baca post lain dalam blog pemalas ini. Salam sayang buat semua. Ye lah.. tak kan salam maut or salam ganas? Hahaha! Bye bye. (^_^)

Lukis-Lukis Paint


Dengan ini aku mempersembahkan lukisan menggunakan Paint. Lama dah aku tak melukis sebab aku ni sibuk dan agak Malas sejak akhir-akhir ni. Hahahaha!Disebabkan aku tak ada idea time ni, aku just lukis-lukis sebarang jer. Sekadar nak guna tangan ni untuk pegang tetikus komputer dan melukis. Siapa yang tahu pad untuk melukis yang murah? Hari tu check mahal giler lah. Tak apa, biasakan melukis guna tetikus dulu.

Horray!! Lama tak melukis
Siapa tahu ini watak apa?
Hahaha! Kenapa tak serang?
Sekian sahaja kali ini. Thanks sebab lepak sejenak melayan kerenah aku ni. Selamat melayari laman sesawang. (^_^)

Gadis Kecil Pedalaman Berdikari Sendiri

Seorang anak kecil darjah satu di SK Nanga Ju, Julau mengambil peluang untuk menimba ilmu di sebuah sekolah kerajaan. Sekolah tersebut terletak jauh di pedalaman namun ia tidak mengoyahkan emosi si anak kecil ini untuk meredah sungai bersama orang dewasa. Syukur kerana di sekolah ini adanya bekalan elektrik 24 jam dan makan minum yang mencukupi. 

Duduk di belakang cikgu supaya tidak basah kerana air di depan.
Kerajaan dan rakyat Malaysia telah banyak membantu rakyat di pedalaman dengan menyediakan banyak kemudahan di sini. Walaupun semua harga barang dan bekalan akan meningkat beberapa kali ganda harganya, namun segalanya tetap ada untuk meneruskan proses pembelajaran di sini. Anak kecil ini mungkin menjadi gadis yang berjaya dan mengubah taraf kehidupan keluarganya di sini. Kesukaran ini bukan menjadi alasan bagi dirinya dan keluarga untuk mengalah dalam proses mencari ilmu.

Menunggu perahu di depan rumah.

Bag dan baldi lebih besar dari dirinya.

Sungai Mujok Julau

Bersedia untuk menaiki perahu.

Anak kecil dan barangannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...