AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Terima Kasih

Sesuatu yang tak berkesudahan, sesuatu yang terus bergema di sudut hati. Maka tertulislah sebuah penulisan ini. Yang aku yakini hanya seorang saja yang mampu mengerti penulisan ini sepenuhnya. Namun tidak salah jika anda dan yang lain ingin cuba mengertinya.

Sabtu yang lesu menyedarkan aku dari sakitnya fizikal disentap rasa gastrik. Lemah rupanya tubuh duniawi ini dan aku tahu ia tidak akan selamanya kekal di dunia ini. Melangkah menuju almari mengemas baju bersedia untuk membawa diri ke lokasi yang terpencil. Tempat aku menunaikan janji dan tanggungjawab, serta tempat aku bercermin diri sepuas-puasnya dikala kesunyian itu bukanlah sesuatu yang asing lagi. Senyum bahagia menemaniku setelah menikmati nikmat sms dan mms dari telefon tua ini. Perasaan yang lampau mengusik jiwaku, mengetuk segenap ruang hatiku membuatkan aku terjaga sedikit dari kesakitan fizikal ini. Wahai gastrik lenyaplah engkau kerana aku telah menerima sms, wahai muntah hilanglah engkau kerana aku menerima mms, wahai letih dan lesu... pudarlah dikau kerana senyuman dan doa ini.

Tiba-tiba talian telefon terputus, kawasan yang jauh dari bandar sentiasa penuh dengan kejutan. Dan tidak semua kejutan itu indah seperti kejutan sambutan harijadi... tak sempat aku menyatakan sesuatu...

Saatnya hari berganti hari,
Namun memori tidak pernah berganti,
Ia terus membunga menambah ceria,
Ada yang gugur dicantas semula,
Melahirkan pohonan memori yang teratur,
Lebih indah dari semalam,
Lebih penting dari yang terdahulu,
Namun ia tetap sama,
Ia tetap tentang kisah yang serupa,
Saat dulunya ku temukan kata,
Kata yang bisa berbicara akan kebenaran,
Tempat aku melemparkan harapan,
" Dikaulah impian, pencarian, kehalusan "
Yang ku lakukan dari dulu,
Yang ku ulangi selalu,
Sehingga kisah dan memori itu menjadi sesuatu,
Menjadi satu kebiasaan,
Yang tak bisa ku tinggalkan dalam ritual kehidupan,
Aromanya memori sudah sebati,
Ibarat wangian Issey Miyake,
Semakin lama semakin melekat baunya,
Memori yang bisa memeluk aku dikala sunyi,
Menemani aku yang sendiri,
Namun terbatasnya pancaindera,
Apa yang disemai tidak mudah dituai,
Kerana sesuatu yang mudah telah dirumitkan,
Aku terus menyemai pohonan memori dengan rasa percaya,
Berdoa agar berbuah jua dituruti masa,
Setia meneliti ranting-rantingnya,
Melihat daun-daunnya,
Mencari dimana musim buah dan bunga,
Kerana aku kelaparan,
Aku ingin menelan buah yang manis itu,
Sebagai bekalan perasaan,
Meniti kisah terindah dijadikan buah tangan,
Dimasa kita bersua kelak.


Aku tahu kopi bukanlah minuman pilihan dimasa dinner nanti. Tapi, berikanlah aku peluang menghirup minuman kegemaranku di hadapanmu. Akar kelihatan senyuman yang ikhlasnya sepekat kopi hitam. Walaupun kulit aku tak hitam.. Sekian.

3.00AM Yang Sunyi


Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Tidak mahu aku mengatakan bahawa penulisan kali ini adalah penulisan yang paling panjang atau penulisan yang epik di pagi hari. Kerana aku yakin, selepas ini tentu ada penulisan aku yang lebih panjang dari ini. Pagi tadi aku terjaga dari mimpi yang semacam, nak aku kata pelik mimpinya tapi tak juga, memandangkan ia menceritakan tentang kehidupan aku di Miri. Seolah-olah roh aku masih berkeliaran di sekitar kawasan asrama melihat gelagat rakan-rakan di sana. Namun mimpi hanyalah mimpi. Kerana Aku bukanlah jenis yang menyandarkan takdir kepada mimpi atau ramalan, cukup sekadar peneman malam yang sunyi dikala terpejam menunggu matahari menghangatkan bilik kecilku untuk ku terjaga sekali lagi.

3.00 Pagi yang sunyi, 11 Jun 2014. Hanya bertemankan bunyi penghawa dingin yang mengetarkan gegendang telinga, namun tak juga menggetarkan daging dan tulangku. Cukup nyaman suhunya namun terjaga juga aku dari lamunan tidur yang tidak profesional ini. Bantal yang di kepala sudah berada di kaki, anak patung yang bernama Tom juga tidak dirasai hadirnya di kiri dan kananku. Dengan malas aku mengatur semula posisiku. Mengembalikan kepala yang besar ini ke pangkuan bantal empuk di kamarku.


Terasa lenguh leherku takala berbaring diselimuti pekatnya gelap malam. Lenguh itu menjauhkan lagi En.Mimpi mendekatiku. Darimana puncanya lenguh itu? Seolah-olah ada sesuatu yang membelengu tubuhku semasa aku tidur tadi. Mungkin tadi aku telah diculik oleh makhluk asing yang menjadikan aku sebagai bahan penyelidikan mereka? Haha.. atau dengan alasan yang lebih waras, mungkin disebabkan kedudukan tidur yang tak sempurna tadi disebabkan oleh bantal yang pandai berlari-lari menukar posisi.

Aku mulai termenung, memikirkan 9125 hari yang telah aku lalui di dunia ini. Tak lama lagi aku akan melengkapkan 10000 hari, cuma tinggal beberapa tahun lagi. Jauh melayang mindaku menikmati oksigen di pagi buta yang sinyi ini. Sungguh aku mengagumi perjalanan yang aku lalui, minggu ini sahaja aku merasakan diri ini lebih dipercayai. Jarang sudah aku mendengar arahan dari mak dan ayah semasa cuti kali ini, lebih banyak pendapat aku yang mereka pinta. Nampaknya aku harus menyedari zaman kanak-kanak ini kian lenyap ditelan waktu. Kini aku berhadapan dengan pentas Zaman Pekerjaan yang bakal membentuk aku dengan lebih sulit dan teliti.

Melayang jauh namun dekat di dalam hati.
 Terkenangkan kehidupan di IPGKS Miri, seperti baru semalam aku menamatkan pengajian di sana. Kenangan dan kisah di sana banyak mewarnai kanvas kehidupanku. Namun, seri kehidupan ini lebih berwarna sejak kebelakangan tahun terakhir aku di sana. 08.08.2011 adalah tarikh yang sangat penting untuk aku. Jika dilihat penulisan, karya dan kehidupanku, ia semakin berseni selepas tarikh tersebut. Tidak banyak usaha yang diperlukan untuk menjadi sesuatu yang lebih indah, kerana adakalnya usaha tidak memainkan peranan yang besar melainkan perjudian dengan takdir dan rencana-Nya juga satu daripada ganjaran untuk hidup di dunia ini.

Siapa sangka usia kita berlalu dangan sangat laju jika kita berasa bahgia. Sakit mana pun kita menjalani kehidupan di dunia, jika berasa bahagia... segalanya terasa mudah dan sementara. Tak lama sakit itu. Aku yang terbaring sejak 3.00pagi tadi mula menghangatkan otot pipi, tanpaku minta senyuman yang ikhlas telah lahir pada malam yang sunyi itu. Senyuan yang tak berbunyi ditemani riuh rendah memori di hati. Tanpa aku sedari, aku tersenyum bahagia.

Dulu dan kini, masa sememangnya satu perjalanan.
Kini aku sedari, perjalanan yang tercipta bukanlah satu kebetulan melainkan ia satu proses penyemprnaan diri. Mengajar aku mendalami semua nikmat-nikmat perasaan untuk menjadikan aku manusia. Saat ini aku menyedari aku telah menikmati pelbagai perasaan. Rasa seronok zaman Kampus, rasa bahagia zaman remaja, rasa cinta, bangga, puas, berani, marah, tenag, rasa risau pada yang dipuja, rasa selamat, rasa cemburu, rasa mati bila kemalangan yang aku lalui beberapa tahun terdahulu, rasa kecewa dan hampa, rasa menyendiri, rasa bengkit dari jatuhnya jiwa, rasa ingin disayangi dan rasa sunyi di 3.00Pagi. Banyak rasa dan emosi yang telah aku hadapi, namun aku tidak runtuh. Satu kekuatan telah terkumpul di dalam dadaku, membuktikan bahawa segala ini bukanlah dugaan yang meruntuhkan melainkan hadiah-hadian dari Tuhan untuk aku nikmati. Agar aku semakin kuat dan tenang jika menghadapi perjalanan yang serupa.

Mengerti makna sebuah perjalanan.
Banyak cabaran yang aku lalui di hidup ini. Serupa seperti anda dan yang lain. Setiap orang ada masalah yang menemani, hidup ini tidaklah sempurna kerana setiap yang tercipta itu ada batas dan hadnya. Namun Tuhan tahu, maka dibekalkan kita dengan sesuatu yang mampu membawa kita keluar dari setiap dugaan. Aku menyedari diriku menerima anugerah itu pada 08.08.2011, dan kini ia masih menemaniku.

Cuma, dalamnya makna 3.00Pagi yang sunyi. Namun tidak sunyi juga di sebalik hati yang tersenyum bahagia. Ia seolah-olah kata yang mendalam untuk mewakili perasaanku pada zaman dan usia ini. Ibarat 3.00Pagi yang sunyi. Hanya bertemankan bunyi penghawa dingin, dalam gelapnya malam yang nyaman. Terasa ingin ku tidur semula memejamkan mata... Ya, hidup ini seperti 3.00Pagi yang sunyi dan nyaman. Hanya menunggu mentari menunjukkan ruang dunia ini. 

Thanks sebab baca.. (^_^) Aku nak beli kredit phone..hehe..

Dalam hati nak pelihara Platypus

Kelihatan Comel
Asyik-asyik kucing jer yang aku sebut jika orang ada menanyakan apa binatang peliharaan yang aku minat. Apa kata kali ini aku jawab aku nak pelihara  platypus. Platypus merupakan mamalia yang mampu hidup di darat dan juga menghabiskan masanya di sungai. Saintis mengekaskan haiwan ini sebagai spara aquatik dan ia merupakan antara mamalia yang bertelur di dunia ini.
 
Macam itik
Platypus juga dikenali dengan nama saintifiknya Ornithorhynchus anatinus. Ia mampu hidup selama 17 tahun dengan menghabiskan masa sebanyak 14 jam untuk tidur dalam masa sehari. Iaitu lebih dari 50% dari hayatnya dihabiskan dengan tidur jer. Haiwan ini mampu membesar sehingga 50cm untuk jantan dan 43cm untuk betina dengan berat purata 0.7-2.4kg.

Ini dia Perry The Platypus
Tiba-tiba aku sebut platypus ni yer, buka apa.. hari tu aku temankan sepupu-sepupu aku yang kecil molek semuanya menonton animasi di Cartoon Network. Ada satu watak tu yang bernama Perry The Platypus, muka jer nampak bodoh tapi dia sebenarnya seekor Ejen perisikan yang sangat hebat dalam menentang kejahatan di kawasan kejiranannya.

Thanks sebab baca blog Aku Malas.
Sumber:

H.I.S.S Menyukarkan Pencuri Honda

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada masa sekarang kita sering mendengar kes-kes kecurian kenderaan yang melibatkan motorsikal. Tak kisah sama ada kenderaan tersebut murah atau slim shaddy kecil molek, kalau tetap sayang, sayang sampai berdarah air mata kalau benda tu hilang. Bayangkan kalau bike kesayangan you hilang, dah lah bike itu hadiah dari ibu yang sangat anda cintai. Tentu tiada ganti untuk bike tu kan? Sehingga kalau terjumpa si pencuri itu, rasa nak dicili-cili lobang hidung dan matanya sebelum dihantar ke balai polis.

Juga terdapat pada CBR250R
 Ok, H.I.S.S juga dikenali dengan nama penuhnya Honda Ignition Security System. Apa ke benda binatang tu? Ok, kalau u all baca dari buku manual dan laman web tentu panjang berjela penjelasannya. Kalau tak percaya boleh klik link di bawah ni.

Tertulis H.I.S.S 
Kalau AKU MALAS jelaskan, pendek jer. You all tak akan dapat kasi hidup moto itu kalau yaou bukan sebenarnya pemiliknya. Ya, tak guna kalau anda duplicate kunci tu beribu-ribu kemudian nak cuba hidupkan moto honda yang ada sistem H.I.S.S. Sistem ini disertakan dengan sebuah cip pintar. Selagi cip itu tak ada pada anda memang tak guna juga, cuma penunggang yang memiliki cip itu sahaja yang dapat memulas kunci dan membawa pergi superbike itu.

Simbol teknologi H.I.S.S pada produk bike Honda
Persoalannya, mana letak cip itu? Cip itu ada pada kunci original yang disertakan dengan bike itu. Kalau hilang, kena rujuk pembekal sah Honda. Tak guna anda duplicate kunci itu semula, memang tak akan hidup jika moto itu tahu kunci anda itu adalah bukan ori. Ada yang berfikir bagaimana kalau cip itu dikeluarkan dari pemegang kunci itu dan ditanam ( Implant ) dalam lengan bikers sebenar?
Cip yang terdapat dalam kunci.
Boleh.. ia hanya akan hidup jika penunggang yang badannya mengandungi cip tersebut yang memulas kunci itu sahaja yang dapat menghidupkan bike yang ditunggannya itu yang akan berjalan. ( Fuyoh, berapa kali guna perkataan "Yang"? )


Jadi, hati-hatilah kepada pemilik bike yang ada sistem ini. TOLONG JANGAN hilangkan kunci ORIGINAL ANDA!! nanti anda tak akan dapat menghidupka bike anda walaupun anda dan buat banyak kunci pendua. Ingat Tu. Sekian.
Gambar-gambar CBR kecil dan besar.

( Namun pencuri zaman ni bukan calang-calang. Sedangkan kereta mewah yang ada sistemn sebegini pun masih boleh dicuri.. apa lagi motorsikal yang kecil dan merendah diri ini.. Tiada yang sempurna di dunia ini)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...