AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Sweet bike, bawalah aku kepada dia.


Dengan bertemankan Ma-Ji Masatomo, aku meredah perjalanan yang adakalanya perlahan menempuh belantara dan adakalanya mencecah 200km/j menyusuri laluan berturap. Walaupun kaki ini adakalanya tidak memijak tanah dikala berdiri mengimbangi motor. Tetap aku teruskan perjalanan, kaki yang pendek ini tak akan terpanjang segera jika ku bermohon sekarang. Ia mengingatkan aku betapa kecilnya aku di hadapan mataNya. Betapa kosongnya aku tanpa dia yang menemaniku sepanjang perjalanan ini. Cermin mata menungguku membawa segala harapan, andai tungangan ini adalah tunggangan yang terhebat.. eloknya dirimu mampu melihat apa yang ku lihat melalui kaca mata pemberianmu. Betapa indahnya pemandangan dunia ini dinikmati dengan deruan angin buas menggeseri telinga ini. Tidak seperti bisikan kerinduan darimu, perlahan dan lembut. Sentiasa ku rindu.. Demikianlah sebelum bertolak, berdoa kepadaNya dan ingat yang tersayang. Besyukur akan nikmat serta hari yang indah. Bersyukur juga kerana ditemani insan yang mengerti jiwa kelajuan ini. Kerana, roda kehidupan ini tidak selalunya berada di bawah.. dan ia akan terus berputar.


Dari Reading kepada Riding ( Membaca kepada Menungang )

Buku kegemaranku Kapcai

Every Month ada gambar baru

Ada promotion juga.

Me and my book.
Membaca adalah amalan yang baik. Ia bukan sahaja membuatkan kita lebih fasih menggunakan bahasa yang kita baca, malahan menjadikan kemahiran berkomunikasi pelbagai aras kita semakin baik. Pembukaan yang baik kali ini, haha.. aku sebenarnya tak rajin membaca buku yang kurang gambar. Namun disebabkan minat terhadap dunia permotoran ( Bike ) maka aku banyak membaca isu-isu terkini berkaitan dengan motorsikal. Antara buku yang aku beli dari dulu adalah kapcai dan moto-moto.

Kelihatan adik di belakang sana.
Namun kali ini, aku telah menaik taraf hobi ini kepada tahap yang lebih realistik. Aku yang menggunakan bike kategori cup telah mampu memiliki kategori super 1000cc dan Off-Road! Syukur akhirnya impian tercapai. Dengan bertemankan CBR1000RR (Fireblade) dan Kawasaki KLX-150 kini aku bolehlah bernafas dengan lebih lega sambil-sambil meneruskan perjuang dalam mengapai impian yang terutama. Thanks God.



Ok, apa pendapat aku tentang CBR1000RR Fireblade?Jawab oi:


Sebelum ini aku dah menulis sedikit sebanyak tentang bike ni. Now aku dah test, dengan bersahaja aku dapat jawab.. bike ini ada 6 gear, gear 1 dapat tarik sampai 120km/j.. agak ringan walaupun kategori 1000cc.. hujung minggu ni aku akan test lagi. Bawa melawat rumah kawan time Hari Raya. ( Boleh terima ke ulasan sesimple ini?)

Pendapatan tentang KLX-150? Pendapatan..pendapat lah:


Inilah bike yang setia menemaniku mencari rezeki di pedalaman, paling kerap diggunakan dan pernah terbang dan bergolek bersamaku. Setelah menggunakannya sekian lama, aku merasakan bike bergear 5 ini sangat selesa bila ditunggang. Jalan berbatu tak ada feel sakit. Kuasa dia mengagumkan, naik bukit bawa orang yang berat macam aku ni masih guna gear 2! Minyak tak bazir dan memang tahan lasak.. 

Sebelum menamatkan penulisan kali ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada insan yang istemewa terutamanya keluarga aku, yang sentiasa menyokong dan menasihati aku dalam berbelanja. Cewahh.. pedas telinga kalau mendengar pakar-pakar ekonomi mula bercakap. Kepada my Setiausaha Tung Tung yang selalu cuba memahami hobbi rider ini, Thanks so muchy. (^_^)

Aku di laluan yang selesa untuk melengkapi puzzle-puzzle hidupku. Thanks God. 

Darah merah bertukar Ungu

Setiap patah lirik lagu yang menggetarkan gegendang telingaku membuatkan aku semakin menghampiri tujuan dalam perjalanan ini. Hidup bukanlah sesuatu yang merugikan, malah mati juga bukanlah satu perhentian. Kerana adanya perasaan yang sudi menemaniku dalam mengerti makna emosi di sebalik patah kata dan kepingan gambar ia bisa mengubah denyut hatiku. Mewarnai jiwa sehingga mengungukan darahku. Betapa larutnya lirik-lirik lagu kumpulan Ungu sehingga membuatkan aku terbelai oleh maknannya, ku kongsikan lagu ini denganmu wahai si pembaca yang istemewa.



Dirimu Satu By Ungu:

I will always love you kekasihkuDalam hidupku hanya dirimu satuI will always need you cintakuSelamanya takkan pernah terganti
Ku mau menjadi yang terakhir untukmuKu mau menjadi mimpi indahmu
Cintai aku dengan hatimuSeperti aku mencintaimuSayangi aku dengan kasihmuSeperti aku menyayangimu
I will be the last for youAnd you will be the last for me
I will always love you kekasihkuDalam hidupku hanya dirimu satu
Ku mau menjadi yang terakhir untukmuKu mau menjadi mimpi indahmu
Cintai aku dengan hatimuSeperti aku mencintaimuSayangi aku dengan kasihmuSeperti aku menyayangimu
I will be the last for youAnd you will be the last for meAnd i will be the last for youAnd you will be the last for me

1000 Malam By Ungu:
Di sini tanpa-Mu semuanya terasa matiSemuanya terasa tak berartiDi sini tanpa-Mu malam pun terasa panjangBulan pun tak menyinari malamku

Reff:Satu malam bagaikan 1000 malamTanpa-Mu semuanya terasa hilangSatu malam bagaikan 1000 malamTanpa-Mu semua jadi tak berarti

Di sini tanpa-Mu segalanya terasa hampaSemuanya terasa tak berwarnaDi sini tanpa-Mu detak jantungku berhentiSegala yang hidup pun terasa mati

Back to Reff:

Kini aku menyadariBahwa Kau-lah satu-satunya alasan aku untuk tetap hidupAku hidup untuk mencari diri-MuAku hidup untuk berjalan di jalan-MuKarena semua hidupku adalah milik-Mu

Back to Reff: 2x

Semua tak berarti

Aku Datang Untuk Mencintaimu By Ungu:
Ku tau kau ragu akan hadirku cuba memasuki hidupmuKu tau kau takkan pernah percaya dengan kata cinta yang ada
Namun inilah diriku yang ada untuk dirimu,Terimalah cintaku yang tulus dari hatiku,Dengarlah pintaku untukmu.
Aku datang untuk mencintamu, memberikan hal yang terindahtuk menyayangmu mendamaikan seluruh hidupmu,tuk mencintamu memberikan hal yang terindahjadikanku yang terbaik untukmu
Ku tau apa yang ada padaku takkan menyakinkan dirimuKu tau apa yang aku berikan takkan membuat engkau percaya
Namun inilah diriku yang ada untuk dirimu,Terimalah cintaku yang tulus dari hatiku,Dengarlah pintaku untukmu.
Aku datang untuk mencintamu, memberikan hal yang terindahtuk menyayangmu mendamaikan seluruh hidupmu,tuk mencintamu memberikan hal yang terindah
Ooo,oooo,huooo,haaa..
Jadikanku yang terbaik untukJadikanku yang terbaik untukmu....
Credits to:Editor gambar yang diggunakan untuk post kali ini. Ungu Wallaper. Rujuk Gambar untuk sumber.

Meniti hari penuh pengharapan

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ni. Adakalanya blog ini berbaur kejiwangan dan adakalanya penulisan santai ini terarah kepada tajuk-tajuk yang berkaitan minat seorang lelaki. Pagi yang buta ini aku baru sahaja menyiapkan kerja untuk budak-budak kesayanganku di sekolah pedalaman yang damai serta indah ini. Teringat dulu semasa kali pertama menjadi guru pelatih di IPGKS Miri, acap kali terdengar suara-suara yang mengatakan betapa bestnyer menjadi seorang pendidik. Aku hanya mampu terdiam, kerana aku tahu bahawa hakikat menjadi seorang pendidik bukanlah senang.




Di mata kelihatan setengah hari berkerja, lumrahnya.. aku baru sahaja menyiapkan kerja untuk budak tepat jam 1245am ini. Sempat juga Blogging kan? lama dah tak update. Dengan jumlah budak yang tidak ramai, aku adakalanya masih bersengkang mata untuk melaksanakan tugas di luar waktu pejabat a.k.a waktu rasmi mengajar. Terfikir juga akan nasib rakan-rakan pendidik yang mengajar di sekolah yang sesak dan ramai murid. Hmmm.. Teringatkan zaman di S.K Merbau Miri. Satu kelas ada 50 orang murid, sehari kena semak kerja murid sampai 3 kelas. 50 x 3 = Ketawa melihat pelbagai jenis jawapan yang murid tulis. Hehe.. No stress, kalau mencintai kerjaya itu. Same with pekerjaan yang lain.

Dalam diam aku nak berkerja baik-baik di sekolah ini, memandangkan ia merupakan tempat pertama aku berkerja. Tetapi naluri aku memanggilku untuk keluar segera kelak untuk membuka sayap yang penuh potensi ini di dunia luar. Hehe, aku nak kerja di P.P.D. Tak kisah kerja office hour, asalkan seronok. Antara matlamat yang tersembunyi di hati ini, telah dimuntahkan dalam blog. HAha! Thanks sebab membaca blog yang sempoi ini. 

Kepada yang membaca tu, ingat lagu Ungu- Dirimu Satu.

Genap menghitung rembulan


Perjalanan yang kita lalui seperti satu kisah yang dipentaskan untuk Tuhan. Segenap tindakan kita pasti ada kesannya. Namun jika kita terus berfikiran baik, perjalanan itu akan menjadi sesuatu yang berharga untuk dikenang-kenangkan malahan berbaloi untuk dilalui. Demikianlah dalam menghayati jiwa insan yang penting dalam kehidupan kita. Kita hendaklah sentiasa bersyukur.



Genap menghitung rembulan, demikianlah istilah kali ini bagi menggambarkan sebuah perjalanan yang indah dalam hidup. Kita bukan berlawan menentang peluru, kita sebenarnya berlawan dengan masa yang kian mengunyah jiwa remaja kita. Masa juga menjadikan helaian rambut aku kian berkurangan. Yang hitam juga menjadi putih. Niat terbaik yang aku tanam dalam diriku adalah untuk mendekati sumber cinta sejati. Kerana hidupnya aku bukanlah kerana makanan dan air semata-mata. Kerana sesuatu yang diperjuangkan juga aku terus setia untuk hidup.


Kini di suku usia, aku terus mendonggak langit mencari rembulan. Sebagai tanda bersyukur atas kelahiran semula jiwaku. Diketemukan sengan seseorang yang sangat istemewa serta kisah yang luar biasa. Bukan alasan bagiku untuk mendiamkan diri jika aku berasa bahagia, ia sebagai tanda bersyukur dan gembira dalam menjalani nafas-nafas kehidupan.

Kini sudah berlalu 8.07.2014, seharusnya aku mengutus post ini sesegera, namun disebabkan masalah tertentu aku gagal menyuarakan kebahagiaan di hati ini:

Di malam yang sunyi aku melihat bulan,
Kelihatan 12am hampir menjelma seperti hari-hari sebelumnya,
Namun malam ini sungguh istemewa,
Dikala 7 berganti 8,
Ku menyedai masa kian berlalu pergi,
Membiarkan aku buta namun mampu melihat,
Merempuh alam tanpa batas,
Bertemankan satu nama yang setia penuh cerita,
Namun aku sedar perjalanan ini tidak harus hitam putih,
Aku ingin menjadikan ia bukanlah dongengan,
Indahnya malam ini diterangi anak bulan,
Seperti mengejek aku wahai kau bulan,
Tersenyum melihat aku terbuku di celah dunia,
Janganlah dirimu begitu,
Jadilah dirimu cahaya yang meneranigiku,
Kerana masa telah berbunga,
Aku terus meredah laluanNya,
Genaplah ia kelak,
Agar terbukti rasa dan cinta,
Dengan doa,
Kembalikan mataku untuk melihat dunia,
Lebuh terang dari sebelum ini,
Lebih berwarna dari pelangi,
Mengalahkan TV HD,
Agar aku bahagia sehingga ke tua,
Lalu menerima kedatangan saatku Mati,
Dengan penuh rasa bersyukur,
Selimuti kisah cinta dengan bahagia,
Kerana rembulan sahaja menjadi masa,
Dialah raja novela cinta,
Menjadi titik kronologi bahagia..

Demikianlah yang terlintas dalam jiwa, ia bukanlah semata-mata untuk meluahkan cinta namun tanda ia adalah sebahagian dari nyawa. Apalah erti hidup jika kita berdiri sendiri. Hanya menunggu hari yang berganti, namun aku ada sesuatu yang diperjuangkan. Aku tidak mahu bibir ini sunyi, izinkan aku snyum bahagia.

Jangan dirimu hilang wahai cinta


Wahai jiwa yang berombak, tenangkan dirimu dengan melafazkan nama yang keramat. Nama yang adakalanya membuatkan masa terhenti, sering juga membuatkan masa berlalu sungguh laju. Bahagianya dalam dan indah. Janganlah dirimu hilang kerana aku adalah sebahagian dari kisahmu dan dirimu adalah nadi kehidupanku. Seiring dengan waktu aku mengingatkanmu, sejenak mengenangkan jutaan langkah yang kita cipta dalam kehidupan yang berasingan. Namun hati kita terus menyatu. Inilah makna cinta dalam kehidupan, ia tidak mengenal akan ruang serta waktu. Seandai satu darinya hilang, maka hilanglah kesinambungan. Seperti kutub bumi yang berpasangan, hancurnya graviti jika satu darinya tiada. Oleh itu, sekali lagi ku seru, cinta janganlah kau hilang.

Akulah degupan yang berdetak,
Nadi yang terus dibelai kelembutan,
Nama dan lagunya seperti sebati menyatu,
Enak didengar seruan degupnya,
Terbias gelombang hati pelangi,
Terbuktilah bahagia semakin bersemi,
Emas dan perak tiada lagi erti.


Kucing Beracun?

Salam sejahtera kepada anda yang sedang membaca coretan bebas aku malas ni. Memandangkan aku baru sahaja mengalami kejadian yang awful. Maka tertulis lah entry kali ini yang bertajuk. " Kucing Beracun?" Mengapa kucing beracun? Sebab aku telah digigit oleh kucing dengan kejamnya. Namun aku tak terfikir ia mampu merampas hari-hari yang indah di sekolah.

Kerana si Putih

Hari isnin yang lalu, aku belai kucing putih ni seperti biasa. Kalau limpas kelas tahun 2 menag kucing ni selalu ada di depan kawasan rumah. Tidak tahu lah mengapa kali ini dia gigit aku. Mungkin kucing ni nak mengawan tu sebab dia aggressive sikit. Memandangkan aku ni berada di sekolah pedalaman, aku yang pendek akal ni terus menghisap dan membuang darah dari jari aku sebelum mencuci jari ni guna air paip. LUPA bahawa sumber air di sini adalah dari sungai. Kemudian aku menyapu luka tu guna antiseptic.

Sebab terasa lemah semacam, lepas mengajar aku terus terlantar di katil. Tertidur dan lupa untuk makan, sedar-sedar aku bangun jam sudah menunjukkan 8.00pm. Terasa jari telunjuk aku tak dapat dibengkokkan setelah aku cuba mencapai tuala mandi di dinding. Niat aku untuk mandi tidak kesampaian lalu aku meneguk protein shake untuk mengalas perut sebelum melayan kembali rasa mengantuk itu.

Sehinggalah aku terjaga pada pukul 4.32am. Bukannya niat terjaga untuk menonton World Cup tetapi terjaga disebabkan rasa sakit yang teramat sangat!! RASA BERDENYUT-DENYUT! Aku keluar dari bilik dan melihat ada beberapa orang rakanku di ruang tamu masih terjaga. Aku tak tahu apa nak dibuat, yang mampu aku tanya hanyalah pengangkutan ke Klinik berhampiran iaitu yang terletak di area SK Maong. Musim kemarau tidak menjanjikan pengangkutan di sungai sebagai pilihan terbaik. Aku harus mencari ikhtiar untuk menyelamatkan keadaan jari yang semakin membengkak.

Sehinggalah di pagi hari, aku mendapatkan kebenaran dari PK-1 untuk ke Klinik Pakan menggunakan jalan darat dengan bantuan seorang guru jaguh off-road. Perjalanan pada hari itu bukanlah mudah setelah beberapa kali berhenti di tepi jalan untuk menahan sakit yang kian menular seluruh badan.. aku demam. Akhirnya setelah 4 jam perjalanan aku pun sampai di Klinik Pakan.

Sebaik saja kena gigit

After 1 hour

getting worse. Bacteria infection.

After rawatan.

Lihatlah perjalanan ke Klinik.
Pengajaran dari kisah aku ini adalah, jangan memandang rendah kemampuan makhluk kecil ciptaan Tuhan. Dalam kes ini, bukan kucing yang menggigit, dia tak bersalah.. bakteria yang kecil dalam liur kucing itu mampu meragut hari-hari yang indah telah ku rancang di sana. Jika hendak menjadi guru pedalaman, kenalah pandai berfikir cepat. Kerana setiap keputusan itu melibatkan risiko memandangkan sekolah seperti SK Ju Julau tempat aku mengajar ni jauh dari kemudahan seperti hospital. Pastikan kelengkapan dan ubat-ubanatn peribadi cukup untuk keperluan di saat kecemasan. Satu lagi, jangan lupa nemimba banyak ilmu berkaitan dengan hutan serta sungai. Sebab ia banyak membantu disaat genting.


Soalan yang ada kaitan sedikit hari ini:

1. Apakah tindakan yang tidak harus anda lakukan bila merawat luka gigitan haiwan?

2. Jika tayar motorsikal anda pancit dan anda tidak membawa tiub gantian, apakah alternatif lain untuk mengatasi masalah ini?

3. Nyatakan 4 keperluan utama jika berada di hutan.

4. Apakah suntikan yang harus diambil sejurus anda digigit oleh kucing atau anjing?


Jawapan:
1. Memotong seluruh lengan.
2. Gantikan dengan isi batang pisang. Sumbatkan serat tumbuhan dalam tayar. 
3. Bekalan makan, pisau, mancis, lampu.
4. Suntikan tetanus.

Honda CBR bersama keluarganya

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas. Honda merupakan jenama bike yang tidak asing lagi di plenet bumi ini. Jentera ini terbahagi kepada 6 kategori yang terkenal iaitu 150cc 250cc 400cc 500cc 600cc dan 1000cc. ( ada kategori yang lain? ada.. klik sini ) Jadi, apakah yang menjadikan mereka adik beradik ni sebuah jentera yang layak menyandang gelaran CBR?

Sebelum itu, elok kita memahami makna CBR. CBR merupakan akronim kepada Cross Beam Racer. Ia merupakan bike yang direka untuk mencapai kelajuan yang tinggi bersesuaian dengan kekuatan enjinya. Ia juga merupakan bike yang memiliki rekaan kosmetik atau rekaan luaran yang menampakkan ciri-ciri berlumba yang padat. Tidak hairanlah CBR1000SP atau CBR1000RR memiliki saiz frame dan fairring yang menyamai bike 600cc.

Ciri umum yang dapat kita lihat pada CBR adalah memiliki ekor atau bahagian belakang yang langsing. Ia lebih tirus dan tidak lebar seperti Yamaha R1. Kesemua jentera CBR dijana oleh enjin sebaris a.k.a inline engine dalam bahasa Inggerisnya.

Ok, aku tak nak cakap panjang-panjang, jom lihat gambar Honda CBR sekeluarga yang terkini dari si adik 250cc kepada abangnya 1000cc!

Gambar di bawah adalah 150cc

Gambar di bawah adalah 250cc CBR.

Gambar di bawah adalah CBR 400cc

Gambar di bawah kategori 500cc


Gambar di bawah adalah kategori 600cc



 Gambar di bawah adalah kategori 1000cc Superbike.
 




Kawasaki KLX-150 tidak memboringkan


Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas ini. Kali ini aku nak cakap sikit pasal sejenis permainan a.k.a Bike. Tidak salah jika aku mengatakan bike ini tidak memboringkan kerana ia seperti permainan yang boleh menjadi rakan imaginasi si penungang. Walaupun KLX-150 tidaklah mega size tetapi ia menjanjikan tunggangan yang selesa bagi penungang asia yang bersaiz suam-suam kuku macam aku.

Gambar bike di sekolah aku. Milik kawan seorang PPM.

Kawasaki KLX 150 di sini ( berdasarkan peerhatian ) wujud dalam 2 mode. Ada yang adjust KLX ni menjadi offroad mode dan motard mode. Mode offroad biasanya digunakan untuk meredah jalan yang tidak rata. Bagi yang meminati sukan offroad yang mencabar, bolehlah membawa diri anda ke hutan menggunakan KLX 150 dengan mode offroad atau dalam keadaan originalnya.

Motard? Hmmm..

Offroad? Yaa.. maybe..

Namun ada yang merasakan bike ini boleh dijadikan bike ala-ala x-games dan menjadikan ia seperti motard yang macam basikal setelah diberi suntikan protin dan multivitamin. Hahaha! Bike ini sememangnya versetail kerana boleh dibawa menyukat jalan di hutan mahupun di bandar. Bergantung dengan minat anda, bike ini sememangnya sebuah jentera yang tidak membosankan.
Motard Mode + Bike Lain2.

Berikut merupakan sedikit spesifikasi bike yang tak boring ini. Mempersembahkan Kawasaki KLX 150. Thanks sebab baca yer..

KAWASAKI KLX 150 S SPECIFICATIONS
ENGINE
Engine Type
Air-cooled, 4-stroke, Single cylinder, SOHC,
2 valves
Bore & Stroke(mm)
58.0 mm X 54.4 mm 
Displacement(cm³)144 cm³  
Compression Ratio9.5 :1  
a) Maximum power 8.6 kW {11.7 PS} @ 8,000 rpm
b) Maximum torque 12.0 N·m {1.2 kgf·m} @ 6.500 rpm
Fuel System CarburetorKEIHIN NCV24
Starting Kick starter and electric starter
Ignition DC-CDI
Lubrication Forced lubrication (wet sump)   
DRIVETRAIN
Transmission 5-speed, Constant mesh, Return shift
Gear ratios:1st     2.917 (35/12) 
2nd     2.000 (32/16) 
3rd     1.474 (28/19) 
4th     1.182 (26/22) 
5th     1.000 (24/24) 
6th     -
Final reduction ratio3.143 (44/14)   
Clutch Wet, multi disc  
FRAME 
Type Tubular, Semi-double cradle
Caster (rake) 27º
Tyre
a) front       70/100-19M/C 42P Tube 
b) rear 90/100-16M/C 51P Tube 
SUSPENSION 
Front: Type Telescopic fork 
Rear: TypeSwingarm (Uni-Trak)  
BRAKES 
Front: TypeSingle disc
Rear: Type Single disc   
DIMENSIONS 
Overall length 2,005 mm 
Overall width765 mm
Overall height1,080 mm   
Wheelbase 1,285 mm 
Ground clearance250 mm 
Curb mass108 kg 
Fuel capacity7.0 liters
Seat height835 mm   

Sumber:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...