AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

EX5 simple dan hijau, CANTIK!

Time aku lepak-lepak mencari sesuatu untuk mengisi perut di pasar Pakan Sarikei, terserempak pula dengan bike EX5 Honda ni. Entah lah, tetiba mata aku terpaku pada bike yang simple ni. Kita tahu bahawa bike ni sangat jimat minyak, boleh dikatakan super jimat! Bike yang sesuai untk kegunaan seharian dan mudah diselenggara. Dari pekerja kebun dan bos ladang sawit, bike ini telah banyak membantu manusia yang tinggal di Sarawak, mungkin juga di seluruh Malaysia? Atau seluruh dunia pernah merasakan kebaikan bike yang merendah diri ini.

Sedikit sebanyak tentang Honda EX5.

TypeAir-cooler, 4 cycle engine OHC
Bore & Stroke50 x 49.5mm
Engine Displacement97.1cc
Compression Ratio9:1
Starter SystemKick Starter
Electric Starter
Lubricant Capacity0.9 liter


Ok, jom kita hayati bike EX5 yang chantik aku jumpa di kawasan pasar Pakan ni. Kawan gue punya, dia kerja di kedai. Jangan main-main, bike ni memang kaw-kaw punya bunyi dan enjin running smooth. Biasalah, jalan di sini tak semuanya berturap. Bike ni kata, kacang jer jalan rugged di Pakan ni... Honda EX5 sememangnya Hebat!


Sticker asal dah x ada, simple beb.

Gaya anak muda serba hijau. Bukan Jambu haha!

Simple, tak banyak sticker.

Warna sejuk mendominasi warna panas.

Jauh juga exhaust tu dari body. 

Ni tentu Spray sendiri.

Seat cover murah dan selesa. Tak Panas.

Stiker jer tapi cun gak.
Sekian sahaja kali ini, inilah dunia aku kat pelan Pakan ni. Shopping komplex tak ada, pasar besar pun jauh nun di Sibu. Hehe, Cuma menghayati pemandangan sungai dan kesegaran hutan jer lah. Syukur ada jentera-jentera 2 roda yang menghiasi dunia pekan ni. Kalau kat bandar tentu kereta pula jadi mangsa aku. HAhaha! Sekian sahaja dari pekan Pakan. Bye.

Credits to:
Kedai Indai Discount Store Pakan. ( Betul ke ejaan ni ) hehe.



Naza Blade Murah tapi Berbisa


Kita adakalanya berasa sangsi dengan bike yang murah a.k.a mampu milik kerana harganya membolehkan orang yang tak ada kerja pun dapat beli. Apa lagi jika jenama tersebut bernaung di bawah usaha anak tempatan. Mungkin benar tanggapan sedemikian jika ia diguna pakai pada zaman 80an. Namun negara kita kini telah mampu berkongsi teknologi untuk memasarkan serta membekalkan produk yang mampu mengegarkan jiwa dan fizikal kita. Dunia pemotoran di negara kita juga semakin berkembang maju.



Naza Blade merupakan satu jenama yang tidak asing lagi di tanah air. Ia merupakan satu produk dari Korea dan dikenali dengan nama Hyosung. Syarikat Naza telah lama beroperasi di negara kita iaitu sejah 1975. Syarikat ini bertanggung jawab membawa masuk banyak produk yang berkualiti dengan harga yang menarik. Ferrari, Maserati dan Harley Davidson merupakan jenama yang telah dijadikan sebahagian dari produk perniagaan mereka.

Naza Blade 250R

Naza Blade 650R TBR

Naza Blade
Naza blade terbahagi kepada 2 kategori kuasa iaitu 250cc dan 650cc. 250cc dipecahkan lagi kepada 2 jenis iaitu naked bike dan sportbike. 250cc dan 650cc?! Dua kuasa yang berbeza tetapi pada saiz yang hampir serupa. Teknologi yang dipersembahkan adalah tulen dari korea dan diberi sedikit sentuhan oleh Syarikat Naza sehingga lahirlah Naza Blade TBR verion.



Gaya  6/10 
Berdasarkan pemerhatian aku, bike ni memiliki gaya eropah / barat walaupun ia merupakan produk Asia. Kerana skema warnanya dan kepala bike tu ( Head lamp ) tidak jauh lari dari MV Agusta. Versi Naked Naza blade juga seakan-akan persembahan gaya Triumph Streetfighter. Secara keseluruhan, persembahannya aku bagi 6 bintang sebab saiznya yang gigantic buant kategori 250. Haha! Sebab aku ingat bike tu 800cc dan ia memang best jika pertama kali lihat.


Enjin dan prestasi 4.5/10 
Enjin berkembar V yang dimiliki Blade ini sememangnya sweet dan sedap. Dengan rekaan V twin engine itu, penunggang dapat menikmati kadar pecutan yang sederhana di bandar dan pecutan yang tinggi di laluan lurus yang x banyak kenderaan. Biasalah enjin sebegini rupa beri you more low range torque. Namun, enjin sebegini terpaksa berkerja keras untuk menggerakkan badan yang agak besar. Sememangnya enjin ini adalah enjin Hyosung Comet 250, dan ia tidaklah sehebat teknologi Kawasaki apalagi Ducati atau MV Agusta. Aku hanya mampu  beri 4.5 sahaja, sebab kekurangan sistem integrasi komputer pada enjin bike ini. Namun, jangan dipandang rendah pada kemampuan enjin berkembar ini. Tak banyak enjin yang berkembar mampu memberikan keselesaan sebagaimana Naza Blade. Selesa di bandar beb, kalau untuk racing kena mody dulu..


Harga 8/10
Harga bike ini bermula dari Rm16 K untuk 250cc. Rm19K untuk 650cc!! Amboi!! Murahnya beb!! Untuk memiliki jentera 600cc, tak usah berhabis duit! Ok lah, kalau aku beli bike ni 20k untuk bike 10k cukup untuk mody dan kecantikan. Well, Naza Blade sememangnya sangat membantu mereka yang baru sahaja nak berjinak dengan dunia permotoran yang super besar. Aku bagi 8 bintang sebab harganya mampu milik dan ini menggalakkan kita semua menggunakan kenderaan yang tak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Keseluruhan 5/10 
Sorry lah, gue tak mampu bagi banyak, tapi 5 bintang tu di dikira ok kan?! Kalau nak bagi 6 bintang, kena lah review dulu Kawasaki Ninja 250 dan Honda CBR 250 yang terkini. Naza Blade bukannya bike yang lemah longlai, ia hanyalah bike yang sedang mengalami proses evolusi. Mungkin dalam beberapa ketika nanti, Blade akan mampu berdiri sama tinggi dengan bike bertaraf antarabangsa. Namun, bukan harga yang kita ukur, tetapi penungang itu sendiri yang akan menentukan kualiti bike tersebut. You nak 8 bintang? Beli Naza Blade dan Mody jadi racing mode dulu, bikin cantik-cantik. Sebab aku cakap pasal Naza Blade yang factory made jer right now. Hehe. Apa-apapun, Naza Blade Sememangnya berbisa kerana ia mampu milik dan berkuasa untuk mereka yang mampu mengendalikannya.

Agusta yang memiliki lampu yang...

Triumph Streetfighter





Sumber:

www.bhauto.my
http://www.mymotorcycle-reviews.com/
http://www.autoshift.net/
http://ahlek76.blogspot.com/
www.motormalaya.net

Sekolah Pedalaman Yang Kecil dan Jauh


Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau merupakan sebuah sekolah yang kecil. Ia merupakan sebuah sekolah yang menjadi pusat menimba ilmu untuk tiga buah rumah panjang di hulu sungai Mujok. Aku dah menulis banyak tentang sekolah ni dalam blog peribadi ni, kalau nak tahu extra tentag sekolah ni sila-silakan lepak kat http://sknangaju.blogspot.com/. Mana lah tahu, anda mungkin nak melawat ke sana atau, adakah anda merupakan bakal guru yang akan berkhidmat di sana. Hehehe!




Gambar-gambar di atas telah diambil oleh seorang jurufoto Amatur, haha! cewah, terus dapat gelaran jurufoto Cikgu Simon July. Beliau merupakan PK-KK sekolah ni dan merupakan guru yang paling lama berkhidmat di SK Ng Ju. Sekian.

Genap 5 bulan di alam perguruan

Aku yang seakan tidak terusrus.
Salam sejahtera kepada anda yang membaca penulisan ini. Disaat malam yang membeku di pedalaman ini sedang berusaha melumpuhkan kelopak mata ini. Aku cuba menghadapi realiti kehidupan seorang manusia yang bergelar guru pedalaman. Pokoknya aku amat yakin dengan segala yang aku lihat dan alami, bahawa bukannya mudah untuk berjuang di pedalaman. Terlalu banyak perkara yang terpaksa aku gadai untuk menjalani perubahan gaya hidup di pedalaman.

Gambar Pertama yang aku ambil semasa ke sekolah.
5 bulan yang terbuku telah menjadikan aku lebih menghargai erti kehidupan. Dari perkara yang paling kecil pun aku merasakan sesuatu yang amat bermakna. Di sekolah ini tiada apa yang terkurang untuk seseorang meneruskan kehidupan, tapi kehidupan yang bagaimana kita harus lalui? Setelah banyak isu-isu yang indah dan penting kita tinggalkan seketika di bandar sana. Terduduk juga aku di kerusi dalam diam hatiku menagih sesuatu di bandar itu. Sambil jemariku memegang telefon yang membisu menunggu celcom yang tidak kesampaian siarannya.hehe..

Laluan ke sekolah. Aku memilih jalan darat yang singkat.
Bukannya kuat yang menjadikan kita terus kekal dalam pentas alam perkerjaan. Bukannya Gaji yang lumayan membuatkan kita terus kekal di sesuatu posisi. Tetapi, sokongan dari insan yang tersayang serta keluarga merupakan senjata utama yang memaku kita untuk terus lekat setia pada sesuatu erti perjuangan. Syukur kerana aku memiliki insan yang sudi menjadi tulang belakang dalam perjalanan ini. Ia menjadikan aku lebih menghargai masa, kerana aku hanya ada 3 hari di hujung minggu untuk bersama insan yang menjadi kekuatan bagiku.

Sekembalinya di dunia yang ada line phone.
Setakat ni, tak ada benda yang tak elok terjadi dan semuanya menyeronokkan. Namun tak lupa juga cabaran yang setia menemani perjuangan di sini. Jatuh bike, luka lebam, sakit demam, baju tak kering, kerja berlambak dan lain-lain menjadikan perjuangan ini berbaloi untuk dimartabatkan sebagai kisah dalam buku kehidupan ini. Tak rugi jika aku menghayati zaman ini, adanya juga kisah ini ku ceritakan buat anak-anak dan si penyajak Annette kelak.


Sebulan lagi, maka genaplah setengah tahun aku berkerja sebagai seorang guru. Sememangnya masa ini teramat laju. Kita adakalanya tidak menyedari bahawa kita semakin berusia. Dan usia itu selalu mendahului kita jika kita leka. Teruskan berfikir, nikmati kehidupan dan senyumlah selalu agar kita yang mendahului usia! Sekian.

KLX Mangsa Kegatalan Tanganku

Pertama kali aku membeli bike ini, warnanya hanyalah warna hitam putih. Ye lah, warna standart bagi Kawasaki KLX 150S. Terfikir juga mengapa mereka sengaja memilih scheme color ini? Mungkin ini salah satu cara mereka untuk membuatkan pemilik bike ini cepat bosan dan berusaha membeli spare part dan cover body yang baru. HAha!
Ok, kalau time kecil dulu aku main toy seperti lego atau transformers, kini aku mengembangkan kreativiti dan kegatalan tangan aku pada bike. Bulan August yang lalu, aku merasakan sudah tiba masanya aku menukar warna bike ini. Ini kali ke 2 bike ini berubah rupa, aku harap lepas ni tak usah berubah-berubah lah. Bukan apa aku tukar warna dan body bike ni, sebab utamanya adalah.. body bike ini dah calar dan rosak sikit. Tu yang perlu cat dan tukar sikit. Maklumlah, aku dah berapa kali jatuh dari bike ni.

Memang respect lah dengan bike ni, tahan lasak. Ada sekali tu aku jatuh disebabkan jalan terlampau licin, graviti telah menarikku mencium tanah dan tersungkurlah seorang manusia yang sedang menungang KLX ni. Aku lihat bike ni macam tak rosak bila diangkat dari lumpur. Memang power bike ni. HAha!  Ok, jom lihat beberapa keping gambar bike yang telah menerima sentuhan Aku Malas.





Minimalism yang indah

Seseorang telah menyatakan kepadaku bahawa pudarnya warna tidak bererti hilang atau musnah. Pudarnya warna melahirkan sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih berharga dan indah. Walaupun kelihatan mudah dan ringkas, namun ia telah menjadi sebuah karya yang berharga. Demikianlah cinta, mungkin aku selama ini menyalah erti apabila cinta yang telah lama membunga akan menjadi pudar dan kian lesu. Namun, seseorang itu menjelaskan pendiriannya bahawa pudarnya cinta menjadikan kita semakin menghargai. Mungkin itu baginya, indah dan dalam juga maknanya. Sedar atau tidak, prinsipku terhadap kehidupan ini seperti kuasa plutonium. Semakin lama semakin berkuasa, apakah tiada had dalam mencinta atau menghargai nyawa bagiku? entah, yang pasti aku belum ketemukan hadnya. Jom hayati karya ala minimalism juga dikenali karya mudah. Kerana ia menggunakan sedikit calitan warna dan dipersembahkan secara mudah. Namun tetap berharga. 

My Art. Idea dari penyajak Annette.

My art. Idea Cetusan Penyajak Annette Chai.
Some of karya dakwat ala2 "wash"

Karya basah atas basah " Wash Technique"

Nice art. Dakwat mendominasi kanvas.

Siapa dapat baca ni?









Sekian sahaja kompilasi beberapa karya yang aku nak nyatakan dalam ni. hehehe. Thanks sebab membaca blog si Pemalas ini. Line Internet malam ni laju, akhirnya berjaya post sesuatu. (^_^)

Maka terlafazlah ayat " Aku ingin ia kekal selamanya "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...