AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Offroad Ke Sekolah Kebangsaan Nanga Ju

Sejenak melihat ke arah cahaya. Mencari punca mengapa aku di sini dan alasan untuk aku terus bertahan, kekadang kekaburan juga rasanya setelah banyak nikmat-nikmat yang sekian lama telah sebati di dalam darahku telah ditarik gara-gara melaksanakan tanggungjawab di sekolah pedalaman. Sememangnya kehidupanku berputar 360 darjah setelah memasuki alam pekerjaan ini. Namun ia bukanlah alasan untuku memejamkan mata dikala melihat wajah-wajah anak didik di sini. Tersentuh hati untuk mengapai setiap jiwa di sana.. sebagai seorang rider yang perihatin.

Pemandangan dari bukit Ensiring

Tayar pun dah tak nampak bungaaa
Perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Nanga Ju bukanlah satu perjalanan yang biasa aku alami di pekan mahupun di bandar selama ini. Setiap yang bakal terjadi di sana tidak dapat diselesaikan memandangkan banyak kemudahan, nikmat dan keperluan di tengah-tengah hutan berkabus tidak dapat digunakan. Sesungguhnya aku harus menyediakan diri dengan pelbagai kelengkapan untuk menghadapi sebarang masalah dan ancaman.

Pertama kali ke sekolah menggunakan jalan darat ini, aku biasanya bergerak bersama dengan rakan-rakan yang lain. Namun sekarang aku lebih selesa bergerak menuruti masa sendiri. Disaat bergerak sendiri, aku bebas menetapkan masa dan perkara yang akan aku lakukan sepanjang perjalanan.

Hujan menjadikan perjalanan lebih mencabar

Tanah runtuh kecil
Sedikit sebanyak mengenai perjalanan aku. Jalan ke SK Ng Ju sangat licin apabila hujan. Risiko berlakunya tanah runtuh merupakan perkara yang sentiasa membuatkan aku sentiasa berwaspada. Walaupun tayar yang aku gunakan untuk Kawasaki KLX 150S ini berbunga brutal, ianya tidak menjamin cengkaman di tanah merah ini.

Persediaan yang biasa aku bawa adalah tube gantian, rantai, kabel brake dan clutch, minyak extra, set membuka nat dan skru, Ellen-key dan pita pelekat. Pita pelekat sangat penting, banyak kegunaannya. Sedangkan angkasawan sendiri membawa pita pelekat ke luar angkasa, kita? hehe.. Oh ya, mancis, pisau dan makanan termasuk juga air kena bawa. Mana tahu, apa-apa yang berlaku juga mungkin memaksa anda untuk bermalam di dalam hutan.

Tanah runtuh berbatu

Berhenti jap.
Ada masanya terserempak dengan haiwan liar seperti monyet dan babi hutan. Memang perjalanan ke destenasi ini tidak membosankan. Saatnya semua yang memenuhi kotak mindaku menemukan ketenangan setelah menikmati perjalanan yang menderaskan denyutan nadi.. Sekian. 

Mr.Harley Lone Rider Z800

Sedang-sedang aku bersama dengan sidekick a.k.a Mr. Franco lepak di Ejen Insurance. Kedengaran bunyi jet pejuang mengegarkan kaca primis bangunan di sini.. Deretan kedai Nyelong Syarikei.. Siapakah empunya bunyi deruman bike yang mendalam dan kuat ini? Bunyinya kuat tapi menyelesakan telinga. Bukan annoying punya sound..

Kelihatan seorang rider menggunakan Z800 Modify. Franco yang sedang excited telah berdiri di tepi kedai dan melihat bikers tersebut berhenti di hadapn kedai ini. Lantas kami berkenalan dan perkenaan tersebut mencetuskan idea untuk ride dan berkongsi cerita bersama.

Perjalanan melawan hujan membuatkan kami berhenti 2 kali di perhentian bas. Bukan kerana takut akan basah tetapi saja-saja nak stop bercerita sambil ambil gambar. Inilah nikmat semasa riding, dapat stop mana-mana dan berkenalan dengan makhluk ciptaan Tuhan yang miliki kisahnya tersendiri.
Kawasaki Z800 Yamaha FZ150 Honda Fireblade 1000cc

Kawasaki Z800 yang dijaga baik

Franco sedang mendengar nasihat dari Harley

Yoshi punya Exhaust 

Hujan menyatukan kita dengan orang ramai. Stop sejenak.

Allianz, semua rider ada insurance nya tersendiri.

Ya, lupa aku perkenalkan rider Z800 itu. Namanya Mr. Harley. Baru sahaja kematian isteri tercinta, isteri yang sentiasa menyokong hobinya telah meninggalkannya. Takziah diucapkan.. Mungkin kepiluan itu hanya dapat diubati dengan tungangan bersahaja di jalan raya bertemankan Kawasaki Z800 miliknya. Jentera yang penuh memori dan emosi sentiasa menjadi tempat rider mengekspresikan emosinya.

Salute sama Mr. Harley, ride sendiri dan murah hati share ilmu macam mana nak jaga bike untuk ride jarak jauh. Lagipun beliau tadi baru sahaja ride dari Bintulu ke Sarikei. Now balik lagi ke Sibu. Memang hardcore punya rider. Thanks Bro.

Tips riding:
1. Panaskan tayar dengan membuat "s" riding pattern selama 10 saat.
2. Pastikan rantai sentiasa dijaga untuk long range ride.
3. Sewaktu hujan utamakan downshift braking.

Nantikan penulisan yang akan datang, tentang Franco the young IPG raider. ( Tunggu ambik gambar bike dia banyak-banyak )

Riding Sejenak Menjauhi Bandar

Sudah sekian lama aku menyepi dari dunia internet beralasankan akses internet yang sangat lemah longlai di sini. namun ia bukanlah isu yang harus dipolitikkan oleh aky yang malas nak menghangatkan keadaan kerana bagikuku lebih baik menghangatkan tayar motor yang bergolek menikmati keindahan alam di Sarawak Malaysia ini terutamanya di area Sarikei Julau.

Aku mengaku, I love this Pict

Perjalanan menjadi seorang manusia seperti jalan di Pakan Sarikei. Kerana jalannya kecil dan berliku, namun kerana kecilnya jalan itu dan berlikunya selekoh berturap kita menjadi lebih berwaspada dalam kehidupan ini. Kelajuannya tidaklah sampai tahap melatah lagi. Demikiannya jiwa seorang rider ini. Namun jika Tuhan berikan jalan yang lurus seperti laluan ke Gurun Las Vegas, tidak mustahil dipulas kelajuan nyawa itu sehingga meraung memuntahkan kuasa 300hp mungkin lebih. Namun harus sentiasa kita mengingatkan diri, agar berpada dan tahu akan kemampuan diri. 

Tayar yang bergolek di jalan berturap dan berbatu..

Sementara menunggu rakan-rakan yang lain.
Disaat menoleh semula kehidupan di sini. Ketenangan menjelma selepas deruman bunyi enjin mula memainkan muzik dan gema menghiasi alunan jalan raya Shin Yang. Orang panggil jalan ni jalan Shin Yang, aku panggil jalan Sesco. Disinilah aku akan duduk bersama rakanku menikmati suasana senja di Bumi yang kian tua usianya. Namun, tekanan dan beban kerja terlepas jua setelah "Riding Sejenak Menjauhi Bandar."

Selekoh kegemaran?

Bersama rakan duduk di tepi jalan laluan ke kebun

Bertemankan kisah di IPGKS Miri aku kongsikan kepada junior-juniorku. Mengenai Honda Fireblade 1000cc, biarkan ia menjadi pemecah kedinginan petang itu. Kerana ia biasanya menjadi pembuka selera kepada topik-topik kisah di desa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...