AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

2015 legasi 3 Jentera terunggul Jepun

Tidak banyak yang dapat Aku jelaskan. Cuma sebagai tanda hujung tahun, aku ingin berkongsikan 3 jentera Super dalam dunia bike yang menyerikan tahun 2015. Para peminat bike juga yakin 2016 juga bakal menampilkan lebih banyak jentera yang lebih hebat dan... Mampu milik!! Ye lah, secantik mana bike tu, kalau mahal sangat pun macam tak awesome juga rasanya. Mengidam je lah jadinya.

Honda RCV. Champion tech. Jentera GP yang street legal. Harga kalau kat litar tu memang cecah Juta. Tapi versi ini, tak lah sampai juta. Ia juga lulus untuk kegunaan di jalanan. Versi GP pula, tak ada lampu.. Tail light.. Signal.. Tempat letak nombor pendaftaran pun tak ada. Haha!! Design for race katakan.
Yamaha R1. Lagenda berevolusi!! Paling banyak menerima kritikan. Revolusi rekaan compact kali ini mrnampilkan jentera yang memiliki rekaan piping ala moto GP. Siapa yang tak kenal R1 ( Arwan ) kualiti dan rekaan melonjak naik.sememangnya sungguh berbeza dengan rekaan sebelum ini.
Kawasaki H2R. Alien dari galaksi lain. Dengan teknologi supercharge?!! Sememangnya laju dan layak menempatkan dirinya dalam kategori Ultrabike juga Superbike. Harga?! Tak kurang dari ratusan ribu ringgit.

Gara-gara mee udang tayar pancit?

Sebenarnya bukan disebabkan mee udang tayar pancit tetapi disebabkan paku sepanjang 1 inci setengah. Tujuan sebenar aku kah bandar adalah untuk mengambil dokumen untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.  syukur perjalanan tersebut disertai oleh beberapa orang warga pendidik yang juga merupakan ahli motosikal berkuasa besar. ( Ahli dan Exco STBC )
Cuaca seperti tidak mengizinkan aku untuk menunggang motosikal tetapi disebabkan keperluan dan keinginan maka aku teruskan sahaja niat itu. Perjalanan selama 20 minit dari rumah ke Institut Pendidikan Guru Rajang disertai hujan. Beberapa buah kenderaan telah dipotong dan aku mendapati tayar belakang seperti hilang kestabilannya. Pada mulanya aku ingat itu adalah kesan jalan raya yang basah disebabkan hujan. Stakat skidding sikit-sikit itu biasa dialami waktu hujan.
Setibanya di maktab aku mendapati tayar belakang motosikal mengalami kebocoran. Mujur aku ada membawa alatan untuk membaiki tayar. Nampaknya sedikit penampalan perlu dilakukan namun sebelum itu aku meminum kopi pekat di warung berhampiran memandangkan rasa sejuk kian mencengkam tubuh ini. Seronok juga menunggang di waktu hujan.
Perjalanan pada hari tersebut diteruskan ke bandar Sarikei untuk menikmati Mee Udang yang sering diperkatakan oleh masyarakat setempat. Mee tersebut sungguh sedap. Anda boleh dapatkan mee ini di Cafe 1 Malaysia Sarikei. Port bikers. Cuma satu je masalah, aku malas nak buka kulit udang tersebut lalu aku telan sekaligus. Sedap sungguh terasa manis dan masam nya di sana tanpa melupakan rasa makanan laut. Mee udang sarikei memang terbaik.
Setelah menikmati juadah di Sarikei kami kemudian pergi ke Bintangor untuk menikmati rojak yang sangat sedap. Aku dengar orang sekitar Sibu dan Sarikei biasanya sanggup pergi ke Bintangor gara-gara untuk menikmati rojak diwaktu petang. Perjalanan selama 10 minit dari sarikei tidak terasa apabila kita menunggang jentera beroda dua.
Setelah menikmati rojak di Bintangor kami kembali semula ke Sarikei untuk memberi ruang kepada rakan-rakan yang kepenatan kerana ada di kalangan kami telah menunggang motosikal sejak semalam dan bermalam di beberapa buah tempat sebelum tiba di sarikei.Kemudian kami kembali ke kawasan masing masing.sekian
CBR1000 & CB500 Menunggu BMW di depan IPG Rajang
Dalang penyebab tayar hilang angin.. Asal jangan naik angin.
Terjumpa Green Monster!! 
Itu dia BMW. Sampai di 1 Malaysia Cafe. Mana mee udang?!
Lihatlah jentera BMW GS R1200
Mempersembahlan.. Jamuan unggul Sarikei.

Thanks Cikgu Awang.. Owner Kawasaki, sebab belanja Mee. Tuan Ghazali the Big Boss pun belanja Rojak.hahaha!! Ustaz Jemi belanja juga..aku? Haha!! 

Makanan biasa di Sarawak.

10 Dec 2015- Nasi sikit. Sayur banyakkan.. Bontot ayam tu tak wajib. Sebab mak request so aku masak jer. Kepak ayam on the way.hahaha! Biasanya agihnya 1:2:2 untuk Karbohidrat Protin Serat atau sayur.

Sekian.

Alamak.. Ini tak boleh ni.
Timun. Kombinasi yang elok.
Cili hujau digoreng gula.
Dabai!! Oh my...

Tribute Untuk Naza Blade ( 26 Gambar )

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sudi lepak sekejap di dalam blog aku. Memandangkan ramai yang komen dalam beberapa penulisan aku yang berkaitan dengan Naza Blade iaitu sebuah motosikal boleh tahan tercantik dan dan kacaknya. Maka dengan ini aku akan kongsikan berkeping-keping gambar berkaitan dengan motosikal ini. Jangan risau kerana gambar tersebut merupakan gambar dari pengguna tempatan negara kita.

Anda boleh klik pada pautan yang saya sediakan di sini. Sebab pautan inilah saya post entri kali ini. Banyak yang komen dan berkongsi pengalaman peribadi dalam pautan tersebut berkenaan dengan jentera beroda dua Naza ini.


Siapa yang nak berkenalan dengan tuan-tuan jentera ini boleh berkenalan dengan mereka melalui instagram. Aku ada sertakan sekali nama mereka jangan risau aku tidak padam pun hahaha siap dengan gambar motor mereka sekali aku kongsikan.

" Naza Blade sememangnya jentera impian aku sejak di bangku sekolah lagi.." - Aku Malas.

Credits:

1. Instagram

2. Tuan-tuan bike yg published gambar tu secara public. Ada nama dalam gambar tu. Thanks to them.




























Tidak hairan harga bike ini Rm200,000.00

Ducati Panigale 1199 nama yang tidak asing lagi di dalam dunia permotoran. Ia bukan sekadar motosikal tetapi ia juga merupakan pertembungan antara kejuruteraan dan seni. Sebaik sahaja anda melihat jentera ini anda akan mendapati ia sememangnya menyempatkan diri sebaris dengan karya seni dan memiliki mesej yang jelas bahawa jentera ini bukanlah calang-calang.
Kali ini aku berpeluang melihat dan menunggang jentera ini. Motosikal ini merupakan penciptaan karya negara itali. Dapat kita lihat ia merupakan definisi dunia eropah yang menonjol untuk mengalahkan dominasi jentera-jentera yang hebat dari asia.
Disaat aku duduk dalam pangkuan jentera ini. Aku mendapati Ducati Panigale 1199 juga merupakan sebuah bike compact sebagaimana Honda Fireblade 1000. Kaki aku yang bersaiz orang Malaysia dapat mencecah tanah dengan selesa. Jika dibandingkan dengan Yamaha R1 yang lebih besar dan gagah jentera keluaran itali ini kelihatan kecil dan lincah. Teringat lagi pengalaman aku menunggang Yamaha R1, agak sukar untuk kaki ini menyentuh jalan disaat pegun berdiri memarkirkannya. Sama juga denfan nasib aku dengan Benelli Tnt 600cc.
Ducati Panigale 1199 memaparkan bahagian-bahagian yang eksotik serta berwarna emas. Jika lihat dari jenamanya sahaja kita tahu ianya bukanlah alatan yang mudah dimiliki. Aku tidak mahu mengulas tentang jenama kelengkapan jentera ini kerana perkara ini telah diulas banyak kali oleh mana-mana blog dan pamplet berkaitan dengan motosikal ini.
Aku lebih selesa untuk mengulas dari aspek saiz dan keselesaan penunggangan untuk penunggang asia seperti aku. Sebagaimana yang aku kata takdir jentera ini tidaklah terlalu besar tetapi kesan visual yang membuatkan kita merasakan bahawa jentera ini berkuasa dan kelihatan berisi juga. Saiz tayar belakang jentera ini lebih besar dari saiz kebanyakan bike 1000cc. Bike ini menggunakan tayar bersaiz 200 sebagai standard. Manakala kebanyakan bike masih memakai sekitar 180-190.
Tempat duduk yang kecil juga menjadikan kaki kita dapat dihimpitkan ke bahagian badan jentera ini dengan lebih baik. Setelah kaki dihimpitkan ke dalam barulah aku merasakan tapak kakiku dan tumit ku juga mencecah tanah. Berdasarkan pengalaman aku dengan jentera yang lebih besar tempat duduknya, adalah agak sukar untuk mencecahkan tumit dan kedua-dua belah kaki kerana bukaan kangkang kaki menjadi lebih besar dan ia membuatkan ketinggian kita semakin berkurangan semasa mengendalikan motosikal ini disaat pegun atau tidak bergerak.
Keadaan ini boleh kita ibaratkan seperti penjaga gol yang membuka kangkangnya yang lebih besar akan menjadi lebih rendah jika dibandingkan dengan pemain yang berdiri tegak lalu kelihatan lebih tinggi. Bukankah lebih rendah itu kita menjadi lebih stabil? Tapi sekarang kita berbincang tentang pengendalian semasa pegun bukannya kestabilan semasa bergerak.
Apabila aku cuba menolak jentera ini, aku mendapati ia sangat ringan. Mungkin ini disebabkan oleh struktur binaan dan juga komposisi bahan yang digunakan untuk menghasilkan jentera ini. Sememangnya syarikat Ducati mahir menggunakan logam berkualiti tinggi dan ringan untuk menghasilkan jentera yang tangkas dan lincah tanpa melupakan aspek kelajuan yang juga
Ia merupakan jentera yang tidak rugi untuk dimiliki bagi yang mampu. Jentera sebegini tidak akan luput ditelan waktu dan masih kelihatan cantik setelah berpuluh tahun masa berlalu. Secara peribadi aku juga ingin memiliki jentera dari syarikat Ducati tetapi bukanlah Panigale. Diavel merupakan impian di hati. Teruskan bermimpi buat diri ini. Sekian.
Credits:
Ing and sons Moto Sarikei
Mr. Jason Ducati Owner
Ducati Panigale 1199
Kejuruteraan dan seni
Harga suspension ini sahaja? Sekitar Rm8000 untuk set racing. Set ultra circuit? Jangan tanya saya harganya..
Bike Jepun dan bike Eropah
Sambil itu Mody Yamaha R25. Klik untuk baca:







Yamaha R25 dan Aftermarket nya.

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca penulisan kali ini. Yamaha R25 merupakan sebuah motosikal berkuasa 250cc yang baru dikeluarkan di dalam pasaran negara serantau. Tidak lama selepas itu pengguna-pengguna atau pemilik jentera berkenaan sudah mampu untuk mencari pembekal barangan aftermarket. antara modifikasi tambahan yang sering dibuat oleh pengguna atau pemilik jentera tersebut adalah piping, muffler, taillight, overaized tyre, footrests dan banyak lagi.
Namun kali ini kita berbincang tentang modifikasi yang paling asas dan sering pemilik jentera ini lakukan. kebanyakkan modifikasi yang dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi daya kosmetik jentera Yamaha R25. Modifikasi bahagian luaran tersebut sering dilakukan kerana ia lebih murah dan menarik. Sebagai pengguna yang berhati-hati juga, ramai yang mengutamakan modifikasi luaran dan tidak akan menyentuh sebarang komponen berkaitan dengan enjen. Modifikasi yang melibatkan enjen lebih mahal dan adakalanya boleh menyebabkan kerosakkan atau perubahan pada prestasi jentera.
Antara modifikasi luaran yang murah dan sering dilakukan adalah berkaitan dengan ekor dan plat nombor bike. Ada yang menambah sticker dan tank pad untuk meningkatkan lagi tarikan dan penampilan bike. Modifikasi sebegini boleh dijalankan dengan bajet serendah Rm300. Tank pad pula sekitar Rm20 sahaja.
Namun harus diingatkan juga pengguna harus membuat modifikasi bukan semata-mata untuk kecantikan jentera tetapi untuk keselamatan juga. Apa yang aku maksudkan disini adalah kita harus menaiktaraf beberapa komponen yang terdapat pada jentera supaya risiko berlakunya perkara yang tidak diingini boleh dikurangkan.
Tayar Lebih Cengkaman
Ramai yang memberi maklum balas bahawa tayar yang dibekalkan dari kilang beserta dengan tentera tersebut kurang cengkaman. Ramai yang memilih untuk menukar kedua-dua tayar tersebut sebaik saja jentera itu keluar dari kedai. Ada yang menambahkan lagi saya tayar di belakang. Ia bukan sahaja menjadikan motosikal tersebut kelihatan lebih menarik tetapi keselamatan dan keselesaan pengguna juga dapat ditingkatkan. Saiz tayar sememangnya mempengaruhi prestasi dan kualiti tunggangan.
Bergantung dengan pengguna itu sendiri tetapi aku ada membaca sebuah artikel yang menyediakan satu ungkapan " semakin lebar tayar itu semakin sukar untuk mengambil selekoh " - http://www.cycleworld.com/2013/12/27/ask-kevin-does-a-larger-motorcycle-tire-footprint-increase-grip/
Tidak hairanlah jika Moto GP guna tayar lebih kecil dari Drag Bike. Kerana Moto GP banyak main selekoh tetapi Drag lurus sahaja.
Exhaust dan full system piping.
Modifikasi ini bukan sahaja menjadikan penampilan jentera tersebut lebih menarik tetapi ia juga dapat mempengaruhi prestasi jentera berkenaan. Namun harus diingatkan bahawa mod ini boleh menjejaskan preatasi juga jika ia dilakulan tanpa analisa terlebih dahulu. Biasanya kita digalakkan untuk menggunakan produk yang diyakini dan khas untuk jentera yg telah terbukti.
Tail light
Banyak yang membuat modifikasi ini tetapi harus diingatkan bahawa jika modifikasi tersebut agak melampau anda kemungkinan akan dikenakan tindakan dari JPJ. Pastikan nombor pendaftaran jentera anda tidak disembunyikan atau tidak terlindung. Asalkan nombor pendaftaran tersebut dapat dilihat dengan jelas maka anda bakal terlepas dari kesalahan yang boleh membuatkan anda kehilangan Rm300. Wow.. Boleh beli accessories guna wang tu.
Hanya dengan tiga modifikasi ini sahaja anda boleh membuatkan motosikal atau jentera anda kelihatan lebih menarik dan jauh lebih selamat. Sebagai tambahan aku akan menyertakan beberapa keping gambar berkaitan dengan jentera Yamaha R25. Gambar tersebut telah diambil oleh aku semasa balik dari klinik. Thanks to Ing and brothers Moto.
Antara yang biasa dimodifikasi
Pilih yang sesuai
Rm750 yang berbaloi
Mr.Lani gembira dengan bunyi dan prestasi baru.

Paper Towns ( Movie diluar minatku. tetapi.. )

PAPER TOWNS

Seriously, u must watch tiz. Ini bukan cerita tentang berlawan, bertumbuk, misteri, hantu tetapi ia hanyalah cerita yang mengisahkan tentang kisah kisah zaman remaja. Pelik kerana aku tiba-tiba merasakan sesuatu yang menarik tentang cerita ini seolah-olah ia menyedarkan aku tentang perasaan zaman remaja yang mungkin kita telah lupa.

Pertama sekali cerita ini bermula dengan suasana yang sangat bosan. Namun apabila dihayati penceritaannya itu semakin menarik. Cerita ini dapat membuatkan kita merasakan diri kita sedang berlakon atau terlibat dalam kisah ini.

Aku merasakan kisah ini menceritakan zaman di mana remaja menghadapi konflik untuk mengenali diri dan tujuan hidup ini. Ada remaja yang dapat keluar dari ruang lingkup persekitaran dan ada yang mampu bertindak di luar dari kebiasaan. Mereka yang bertindak luar dari kebiasaan itu adalah insan yang mampu terbang tinggi dan tidak terikat dengan tempurung dunia ini.

Margo merupakan watak wanita di dalam cerita ini. Merupakan seorang yang misteri dan berfikiran jauh. Dia sering menyoal dirinya sendiri tentang erti kehidupan namun apabila kita menghayati cerita ini dia merupakan watak yang sangat menarik. Tanpanya jalan cerita ini tidak akan menjadi kerana watak itu penuh dengan persoalan dan keseronokkan.

Quentin pula merupakan seorang lelaki yang biasa dan memiliki sikap yang sangat berwaspada. Dia sering menolak ajakan Margo untuk melakukan perkara yang gila-gila kerana dia ingin mengejar kecemerlangan semasa di sekolah. Namun dalam diam dia memiliki rasa cinta terhadap kawannya itu. Perasaan itu telah lama dipendam sejak mereka berjiran dari kecil lagi.

Namun cerita tersebut menjadi semakin menarik apabila Margo menghilangkan diri dari bandar tersebut. Quentin yang pada mulanya hanya seorang murid yang introvert menjadi seseorang yang extrovert. Dia mula mengikut jejak langkah Margo. Pengembaraan dia telah banyak mengubah rakan-rakannya dan akhirnya mereka menikmati zaman persekolahan yang tidak akan dilupakan. Wow.. Nak tahu lagi? Jom tonton lah..

Cari Movie:












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...