AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Sarawak Teachers' Bikers Club ( STBC / TBC )

Well, aku telah join satu group biker ni. Kalau di barat, silap-silap haribulan aku join group gangster guna bike macam kat Fast and Furious. Ehh?! Tu gang kereta ke? Abis tu, crita gang bike kat movie mana satu ya? Hahaha! ( Movie Superbike : Full Throttle - Boleh download di Torrent )

Ok, memandangkan aku ni seorang daripada tenaga pengajar di sebuah sekolah. Maka, tidak salah andai aku menjadikan hobi riding ini lebih bermanfaat dengan menyertai persatuan STBC ini. Mereka ni selalu join aktiviti kempen bantuan mangsa bencana dan menjalankan program bertemakan pendidikan. Sememangnya persatuan ini merupakan persatuan yang aktif turun padang. Kerana masing-masing minat riding, jadi virus malas tu kurang lah ( so, lepas ni blog Aku Malas tukar nama jadi Aku Rajin Turun Padang Dengan TBC? panjang giler weii.. ). Hari tu aku dengar dan lihat, team TBC Kuching melalui perjalanan lebih dari 1000km ulang alik untuk mengadakan lawatan penanda aras ke Brunei! Jom kenali sedikit sebanyak ( dah lah sikit, banyak lagi - permainan bahasa ) tentang TBC ni.

Organisasi dan Sijil Sah
Sebuah persatuan yang sah hendaklah memiliki carta organisasinya atau senarai ahli jawatan kuasa. Aku akan kongsikan AJK / Exco / Orang kuat yang menghidupkan persatuan rider "pendidik bumi kenyalang" ini.

Berdasarkan data semasa untuk sesi 2015


Sijil Pendaftaran TBC / STBC

Logo Sarawak Teachers' Bikers Club ( STBC / TBC )
Sekali imbas sahaja dapat aku lihat gambar enjen v dan Sayap burung. Bagi yang buta dan rabun tu, pakailah cermin mata. Jangan dilihat gambar tengkorak dan sayap kelawar dalam logo yang indah ini. Hehehe! Okay, logonya mewakili warna negeri Sarawak. Sebagai kelab bermotosikal, kita tidak boleh lari dari gambar enjin v yang dikenali ramai kewujudannya. Sayap melambangkan impian "Pendidik Bumi Kenyalang" menjulang laungan Fly High Sarawak! Dengan persatuan ini, dunia pendidikan tidak lagi serupa seperti arena pendidikan era lalu. Satu anjakan telah berlaku!

Siapa yang reka logo ini?
Nantikan penulisan yang akan datang untuk melihat proses penghasilan + cetusan idea logo ini. Anda juga akan diberi peluang untuk mengenali tangan-tangan di sebalik rekaan ini.

Galeri STBC / TBC
Di sini aku nak muatkan beberapa keping gambar perjalanan aktiviti STBC / TBC sepanjang 2015. Sememangnya Sarawak Teachers' Bikers Club aktif menjalankan aktiviti bukan sahaja di bandar atau kawasan pedalaman. Malah, ke luar negara! Saya dengar, lawatan penanda aras yang akan datang adalah di Kalimantan Indonesia! Jom Layan Galeri STBC / TBC.
Dinding Bilik gerakan? Hehe!

Ke Kubur Rentap. Bukit Sibau

Cenderahati


Saya tak dapat baca. Ada kaitan ni.

Program bersama orang tempatan.

Khidmat masyarakat
Di Bintulu. Sambutan Hari Guru Negeri Sarawak.


Bersama Murid


Vokasional Betong


Bersma VIP

Brunei punya kisah

Brunei

Sekian sahaja untuk kali ini. Walaupun penulisan aku ni tak menggunakan aras tinggi, aku yakin u all lebih tertarik melihat gambar daripada melihat penulisan yang berjela-jela. Inilah sebahagian kisah berkaitan kehidupan aku sebagai Rider. Thanks to TBC sebab ajak aku join group ini. Banyak yang aku pelajari dari Tuan Puan Semua. Thanks.

Yamaha R1 Crossplane Teknologi Kereta V8 ?


Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Aku cuba melelapkan mata namun tak juga dapat tidur. Mungkin terlebih kopi petang tadi atau, malam ni panas sangat. Kalau tak dapat tidur gak nanti, aku akan berendam di sungai..


Pengenalan Yamaha R1 Crossplane
Siapa yang tak kenal jenter R1 dari yamaha? ia merupakan bike lagenda untuk kategori 1000cc dan sangat popular sejak ia diperkenalkan di serata dunia. Bike sebegini menjadikan produksi Asia disanjung di eropah dengan harga superbike yang mampu milik ( walaupun masih dikira mahal di Malaysia, Second Hand pun masih sekitar Rm70K! ) dan memiki kuasa yang mendatangkan ketagihan. 

My Akward Moment With Some People
Banyak kawan-kawan saya mengatakan R1 ni special sebab lampunya seperti kapal terbang. So, crossplane ni adalah nama kepada rekaan lampu dia. Cross"plane".. Hey! Bukankah crossplane itu adalah teknologi cranksyaf enjen kreta berkuasa tinggi V8 ke atas? Well, kebenarannya adalah.. Crossplane adalah merujuk kepada crankshaft kat enjin dia tu. Bukannya mata / lampu dia yang macam aeroplane. Well, pada masa yang sama Aku merasakan mata dia tu soooo iconic. Ngam dengan namanya berkaitan dengan Plane juga.Haha! Enjin dia Crossplane mata dia macam Jet pejuan aeroplane. hehe!

Teknologi Crossplane

Teknologi Prestasi Tinggi Supercar ke Superbike!
Ya, teknologi crankshaft crossplane ini membolehkan enjen menjana kuasa yang berterusan pada RPM yang tinggi dengan menjadikan setiap sudut crankshaft ini menjadi 90 darjah. Jadi putarannya seperti:
2 kitaran: L4, L8, L12, L16, V4 (V-angle of 90°), V8 (45°,90° or 135°), V12 (30°,60°,90°,120° or 150°), V16 (22.5°,45°,67.5°,90°,112.5°,135° or 157.5°), flat4, flat8, flat12, flat16 dan seterusnya.

Mengancam R1 ni

Kacak dan hebat!
Rumusan
Kepada peminat R1. Anda sedang memuja sebuah superbike yang menggunakan teknologi supercar. jadi, anda merupakan peminat yang tak akan dihampakan oleh prestasinya. Sekian.

Sumber bacaan:

Ganaskan CBR250 itu

Salam sejahtera kepada semua yang membaca penulisan yang malas dan sempoi di sini. Okay, aku sedang bercuti dan malas nak cakap banyak. Akhirnya aku ambil gambar bike Honda CBR250 milik seorang kawan yang bekerja di Klinik Pakan.

Pengenalan Rasa Geram.
Ni dah masuk tahun ke-6 kalau tak silap usia bike beliau. Masih juga nampak standard dan tak ganas. Berbekalkan idea murahan dan anggaran kos mengecat dan tampal pelekat sekitar Rm250 sahaja, mari kita saksikan transformasi bike beliau. ( gambaran dalam Adobe sahaja ) Nanti buat real-real. Nikmati gambar sebelum dan selepas berikut.


 Sebelum.

Selepas



Sedikit sebanyak tentang CBR250 beliau.
Beliau telah merantau acap kali menggunakan Honda CBR250 ini. Boleh dikatakan seluruh sarawak 80% jalan berturap telah dilalui beliau ( Jalan Pan Borneo sahaja, tak termasuk rumah pakcik dan makcik yang berturap di kampung ) Beliau menyedari jentera ini amat hebat dan seronok ditunggan di jalan negeri Sarawak.

Pecutan Tinggi
Beliau mengakui kelajuan bike ini sememangnya sesuai dengan jalan yang kecil di sini. Pecutan diutamakan kerana ia amat penting untuk menawan selekoh yang tajam di sini. 160Km/j adalah kelajuan purata bagi beliau. Sampai begitu sekali? sedangkan aku biasanya bawa 1000cc pun sekiar 150Km/j. Tidak hairanlah beliau sering bergerak bersama dengan rakan-rakan yang menggunakan enjin yang berkuasa 500cc ke atas. Bukan enjin semata-mata persoalannya, tapi skill / kemahiran menunggang.

Puas Hati
CBR250 sememangnya memenuhi nafsu menunggang bike beliau. Buktinya, sampai ke hari ini beliau belum upgrade bike. Bike ini pun pernah digunakan untuk offroad!! ( Kisah Superbike pertama Offroad di Pakan - http://aku-lazy.blogspot.com/2015/03/ke-kuching-mengejar-impiaan-episode-1.html ) Ia juga laju di jalanan yang tidak berturap! Duit bukan masalah katanya, mungkin tunggu peluang untuk memiliki Honda yang lebih hebat. Namun, kemanisan madu dari CBR250 ini masih terasa di hati beliau.

Rider Dan Cuti Gawai

Salam sejahtera diucapkan kepada anda yang membaca blog ini. Yakinlah bahawa anda merupakan seorang insan yang istemewa dan indah kerana menemukan blog Pemalas ini. Aku Malas tidak sehebat anda, oleh itu aku melayan cuti dengan baik sekali kerana disaat cuti itulah aku keluar dari kepompung kemalasan ini.

Berbeza dengan tahun-tahun remaja aku. Kini kedewasaan telah membawa aku menikmati dunia yang luas. Bukan lagi bercuti di sebalik dinding konkrit melayan media massa dan tidur yang sia-sia. Kini aku tersenyum lebih bahagia sebagaimana anda yang indah ini sedang tekun membaca penulisan si malas ini. Senyum aku kerana, cuti kali ini lain dari tahun-tahun yang sudah.

En. Sebuti yang punya.

Ni lupa pula nama. Saya panggil tuan Bomba Sarikei.

Anak Pulau dari Sibu join.

Melihat senyuman mereka.

Saat melepaskan telefon bimbit seketika. Tingkap digital tertutup, maka tingkap realiti terbuka. Senyuman mereka menghiasi hari di dunia. Walaupun di dalah hati masing-masing kita tahu ada sesuatu yang menanti. Namun, disaat menunggang bike / motor jiwa harus fokus. Merasakan udara yang membelai jaket kulit disaat bahang mentari mencairkan hati yang beku. Cuti Gawai di Sarikei kali ini pasti berbaloi untuk dikongsikan di sini. Kami sedikit, tetapi bermakna bagiku.. senyuman mereka menjadikan score pada hari itu tinggi.

Berhenti jap di depan IPG Rajang

Tiba Di Rumah. Kampung Rambutan Pakan.

Dari Sarikei ke Pakan.
Setelah berkumpul di 1 Malaysia Cafe Sarikei. Kami bertolak ke Pakan menggunakan jalan Strass. Laluannya berliku namun seronok disaat menikmati pecutan enjin berkuasa tinggi. Namun seringlah kita perwaspada. Jalan itu bisa membawa derita jika leka kita utamakan. harus berwaspada dan perasaan ini menjadikan kita lebih dekat kepada Tuhan dan yang tersayang. Beringatlah selalu akan diri ini disaat menunggang. Pelihara nyawa nikmati dunia disaat berdoa ke syurga.

Nak letak gambar ni dalam bingkai.

En. Sebuti dan Aku Malas


Selamat Hari Gawai, Panjang Umur Sehat sejahtera . " Gayu Guru Gerai Nyamai "

Deruman Enjin Memeriahkan Gawai Di Pakan.
Deruman itu menyatukan semua jiwa. Mungkin juga ada yang tidak selesa dengan bunyi yang terlalu kuat, namun itulah laungan kebebasan. Disaat kami tiba di Pakan, tanpa mengenal pekerjaan, warna kulit dan pegangan agama semuanya memeriahkan perayaan kaum Iban ini iaitu Hari Gawai Dayak. Secara peribadi, aku berasa sangat bahagia melihat senyuman di wajah ayah dan mak, apabila mereka melihat aku miliki kawan yang baik dan bersifat terbuka. Anda tentu bahagia juga disaat melihat orang yang tersayang tersenyum. Apa-apapun, malam itu.. si ayah bertanya kepada si anak. " Berapa harga sebiji chooper di pasaran sekarang ? " - Aku Malas untuk bersuara, dan cuma senyum sambil menunjukkan iklan Kawasaki Vulcan S 650cc. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...