AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Tidak hairan harga bike ini Rm200,000.00

Ducati Panigale 1199 nama yang tidak asing lagi di dalam dunia permotoran. Ia bukan sekadar motosikal tetapi ia juga merupakan pertembungan antara kejuruteraan dan seni. Sebaik sahaja anda melihat jentera ini anda akan mendapati ia sememangnya menyempatkan diri sebaris dengan karya seni dan memiliki mesej yang jelas bahawa jentera ini bukanlah calang-calang.
Kali ini aku berpeluang melihat dan menunggang jentera ini. Motosikal ini merupakan penciptaan karya negara itali. Dapat kita lihat ia merupakan definisi dunia eropah yang menonjol untuk mengalahkan dominasi jentera-jentera yang hebat dari asia.
Disaat aku duduk dalam pangkuan jentera ini. Aku mendapati Ducati Panigale 1199 juga merupakan sebuah bike compact sebagaimana Honda Fireblade 1000. Kaki aku yang bersaiz orang Malaysia dapat mencecah tanah dengan selesa. Jika dibandingkan dengan Yamaha R1 yang lebih besar dan gagah jentera keluaran itali ini kelihatan kecil dan lincah. Teringat lagi pengalaman aku menunggang Yamaha R1, agak sukar untuk kaki ini menyentuh jalan disaat pegun berdiri memarkirkannya. Sama juga denfan nasib aku dengan Benelli Tnt 600cc.
Ducati Panigale 1199 memaparkan bahagian-bahagian yang eksotik serta berwarna emas. Jika lihat dari jenamanya sahaja kita tahu ianya bukanlah alatan yang mudah dimiliki. Aku tidak mahu mengulas tentang jenama kelengkapan jentera ini kerana perkara ini telah diulas banyak kali oleh mana-mana blog dan pamplet berkaitan dengan motosikal ini.
Aku lebih selesa untuk mengulas dari aspek saiz dan keselesaan penunggangan untuk penunggang asia seperti aku. Sebagaimana yang aku kata takdir jentera ini tidaklah terlalu besar tetapi kesan visual yang membuatkan kita merasakan bahawa jentera ini berkuasa dan kelihatan berisi juga. Saiz tayar belakang jentera ini lebih besar dari saiz kebanyakan bike 1000cc. Bike ini menggunakan tayar bersaiz 200 sebagai standard. Manakala kebanyakan bike masih memakai sekitar 180-190.
Tempat duduk yang kecil juga menjadikan kaki kita dapat dihimpitkan ke bahagian badan jentera ini dengan lebih baik. Setelah kaki dihimpitkan ke dalam barulah aku merasakan tapak kakiku dan tumit ku juga mencecah tanah. Berdasarkan pengalaman aku dengan jentera yang lebih besar tempat duduknya, adalah agak sukar untuk mencecahkan tumit dan kedua-dua belah kaki kerana bukaan kangkang kaki menjadi lebih besar dan ia membuatkan ketinggian kita semakin berkurangan semasa mengendalikan motosikal ini disaat pegun atau tidak bergerak.
Keadaan ini boleh kita ibaratkan seperti penjaga gol yang membuka kangkangnya yang lebih besar akan menjadi lebih rendah jika dibandingkan dengan pemain yang berdiri tegak lalu kelihatan lebih tinggi. Bukankah lebih rendah itu kita menjadi lebih stabil? Tapi sekarang kita berbincang tentang pengendalian semasa pegun bukannya kestabilan semasa bergerak.
Apabila aku cuba menolak jentera ini, aku mendapati ia sangat ringan. Mungkin ini disebabkan oleh struktur binaan dan juga komposisi bahan yang digunakan untuk menghasilkan jentera ini. Sememangnya syarikat Ducati mahir menggunakan logam berkualiti tinggi dan ringan untuk menghasilkan jentera yang tangkas dan lincah tanpa melupakan aspek kelajuan yang juga
Ia merupakan jentera yang tidak rugi untuk dimiliki bagi yang mampu. Jentera sebegini tidak akan luput ditelan waktu dan masih kelihatan cantik setelah berpuluh tahun masa berlalu. Secara peribadi aku juga ingin memiliki jentera dari syarikat Ducati tetapi bukanlah Panigale. Diavel merupakan impian di hati. Teruskan bermimpi buat diri ini. Sekian.
Credits:
Ing and sons Moto Sarikei
Mr. Jason Ducati Owner
Ducati Panigale 1199
Kejuruteraan dan seni
Harga suspension ini sahaja? Sekitar Rm8000 untuk set racing. Set ultra circuit? Jangan tanya saya harganya..
Bike Jepun dan bike Eropah
Sambil itu Mody Yamaha R25. Klik untuk baca:







Yamaha R25 dan Aftermarket nya.

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca penulisan kali ini. Yamaha R25 merupakan sebuah motosikal berkuasa 250cc yang baru dikeluarkan di dalam pasaran negara serantau. Tidak lama selepas itu pengguna-pengguna atau pemilik jentera berkenaan sudah mampu untuk mencari pembekal barangan aftermarket. antara modifikasi tambahan yang sering dibuat oleh pengguna atau pemilik jentera tersebut adalah piping, muffler, taillight, overaized tyre, footrests dan banyak lagi.
Namun kali ini kita berbincang tentang modifikasi yang paling asas dan sering pemilik jentera ini lakukan. kebanyakkan modifikasi yang dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi daya kosmetik jentera Yamaha R25. Modifikasi bahagian luaran tersebut sering dilakukan kerana ia lebih murah dan menarik. Sebagai pengguna yang berhati-hati juga, ramai yang mengutamakan modifikasi luaran dan tidak akan menyentuh sebarang komponen berkaitan dengan enjen. Modifikasi yang melibatkan enjen lebih mahal dan adakalanya boleh menyebabkan kerosakkan atau perubahan pada prestasi jentera.
Antara modifikasi luaran yang murah dan sering dilakukan adalah berkaitan dengan ekor dan plat nombor bike. Ada yang menambah sticker dan tank pad untuk meningkatkan lagi tarikan dan penampilan bike. Modifikasi sebegini boleh dijalankan dengan bajet serendah Rm300. Tank pad pula sekitar Rm20 sahaja.
Namun harus diingatkan juga pengguna harus membuat modifikasi bukan semata-mata untuk kecantikan jentera tetapi untuk keselamatan juga. Apa yang aku maksudkan disini adalah kita harus menaiktaraf beberapa komponen yang terdapat pada jentera supaya risiko berlakunya perkara yang tidak diingini boleh dikurangkan.
Tayar Lebih Cengkaman
Ramai yang memberi maklum balas bahawa tayar yang dibekalkan dari kilang beserta dengan tentera tersebut kurang cengkaman. Ramai yang memilih untuk menukar kedua-dua tayar tersebut sebaik saja jentera itu keluar dari kedai. Ada yang menambahkan lagi saya tayar di belakang. Ia bukan sahaja menjadikan motosikal tersebut kelihatan lebih menarik tetapi keselamatan dan keselesaan pengguna juga dapat ditingkatkan. Saiz tayar sememangnya mempengaruhi prestasi dan kualiti tunggangan.
Bergantung dengan pengguna itu sendiri tetapi aku ada membaca sebuah artikel yang menyediakan satu ungkapan " semakin lebar tayar itu semakin sukar untuk mengambil selekoh " - http://www.cycleworld.com/2013/12/27/ask-kevin-does-a-larger-motorcycle-tire-footprint-increase-grip/
Tidak hairanlah jika Moto GP guna tayar lebih kecil dari Drag Bike. Kerana Moto GP banyak main selekoh tetapi Drag lurus sahaja.
Exhaust dan full system piping.
Modifikasi ini bukan sahaja menjadikan penampilan jentera tersebut lebih menarik tetapi ia juga dapat mempengaruhi prestasi jentera berkenaan. Namun harus diingatkan bahawa mod ini boleh menjejaskan preatasi juga jika ia dilakulan tanpa analisa terlebih dahulu. Biasanya kita digalakkan untuk menggunakan produk yang diyakini dan khas untuk jentera yg telah terbukti.
Tail light
Banyak yang membuat modifikasi ini tetapi harus diingatkan bahawa jika modifikasi tersebut agak melampau anda kemungkinan akan dikenakan tindakan dari JPJ. Pastikan nombor pendaftaran jentera anda tidak disembunyikan atau tidak terlindung. Asalkan nombor pendaftaran tersebut dapat dilihat dengan jelas maka anda bakal terlepas dari kesalahan yang boleh membuatkan anda kehilangan Rm300. Wow.. Boleh beli accessories guna wang tu.
Hanya dengan tiga modifikasi ini sahaja anda boleh membuatkan motosikal atau jentera anda kelihatan lebih menarik dan jauh lebih selamat. Sebagai tambahan aku akan menyertakan beberapa keping gambar berkaitan dengan jentera Yamaha R25. Gambar tersebut telah diambil oleh aku semasa balik dari klinik. Thanks to Ing and brothers Moto.
Antara yang biasa dimodifikasi
Pilih yang sesuai
Rm750 yang berbaloi
Mr.Lani gembira dengan bunyi dan prestasi baru.

Paper Towns ( Movie diluar minatku. tetapi.. )

PAPER TOWNS

Seriously, u must watch tiz. Ini bukan cerita tentang berlawan, bertumbuk, misteri, hantu tetapi ia hanyalah cerita yang mengisahkan tentang kisah kisah zaman remaja. Pelik kerana aku tiba-tiba merasakan sesuatu yang menarik tentang cerita ini seolah-olah ia menyedarkan aku tentang perasaan zaman remaja yang mungkin kita telah lupa.

Pertama sekali cerita ini bermula dengan suasana yang sangat bosan. Namun apabila dihayati penceritaannya itu semakin menarik. Cerita ini dapat membuatkan kita merasakan diri kita sedang berlakon atau terlibat dalam kisah ini.

Aku merasakan kisah ini menceritakan zaman di mana remaja menghadapi konflik untuk mengenali diri dan tujuan hidup ini. Ada remaja yang dapat keluar dari ruang lingkup persekitaran dan ada yang mampu bertindak di luar dari kebiasaan. Mereka yang bertindak luar dari kebiasaan itu adalah insan yang mampu terbang tinggi dan tidak terikat dengan tempurung dunia ini.

Margo merupakan watak wanita di dalam cerita ini. Merupakan seorang yang misteri dan berfikiran jauh. Dia sering menyoal dirinya sendiri tentang erti kehidupan namun apabila kita menghayati cerita ini dia merupakan watak yang sangat menarik. Tanpanya jalan cerita ini tidak akan menjadi kerana watak itu penuh dengan persoalan dan keseronokkan.

Quentin pula merupakan seorang lelaki yang biasa dan memiliki sikap yang sangat berwaspada. Dia sering menolak ajakan Margo untuk melakukan perkara yang gila-gila kerana dia ingin mengejar kecemerlangan semasa di sekolah. Namun dalam diam dia memiliki rasa cinta terhadap kawannya itu. Perasaan itu telah lama dipendam sejak mereka berjiran dari kecil lagi.

Namun cerita tersebut menjadi semakin menarik apabila Margo menghilangkan diri dari bandar tersebut. Quentin yang pada mulanya hanya seorang murid yang introvert menjadi seseorang yang extrovert. Dia mula mengikut jejak langkah Margo. Pengembaraan dia telah banyak mengubah rakan-rakannya dan akhirnya mereka menikmati zaman persekolahan yang tidak akan dilupakan. Wow.. Nak tahu lagi? Jom tonton lah..

Cari Movie:












Cara membersih jalan berminyak ( 3 Gambar )

Pernahkah anda melihat cara orang membersihkan jalan yang berminyak disebabkan kemalangan? Kali ini aku ingin kongsikan 3 keping gambar berkaitan dengan kerja-kerja membersihkan jalan yang telah menjadi licin disebabkan tumpahan minyak.

Gambar tersebut merupakan kejadian yang berlaku di Kuching Sarawak. Lokasi Jalan Pending. Ada beberapa maklumat menyatakan bahawa beberapa kemalangan kecil berlaku disebabkan tumpahan minyak tersebut.

Kerja pembersihan menggunakan bahan kimia yang menguraikan molekul minyak di atas permukaan jalan raya. Kerja pembersihan dijalankan dengan segera untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan. Sekian

WhatsApp ( Borneo Bikers Crews )
Usaha pembersihan dijalankan dengan segera
Kelihatan buih di permukaan jalan raya
Hati-hati kepada semua pengguna jalan raya.

Thanks:

Team Bomba
Polis
Informer
Lain-lain yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

Thanks to Abg Saifudin of Borneo Bikers Crews.
Dia kata gambar yang dikongsikannya itu adalah gambar dari group bike yang disertainya.

Test bike? Atau test manusia?

Bulan november bulan yang tidak dapat diduga kerana hujan turun dengan lebat dan panas terik boleh muncul tanpa diundang. Entah apa yang sedang difikirkan oleh alam pada zaman ini kerana cuacanya lebih tegas kepada kita sebagai makhluk yang kecil.

Perjalanan ke hutan bukanlah untuk suka-suka tetapi untuk menjalankan tanggungjawab. Di samping menjalankan tanggungjawab tidak lupa juga aku untuk menikmati kehidupan pada usia ini. Apa artinya hidup seandainya kita lupa untuk menikmati detik-detik yang berharga dan tidak akan berulang.

Sememangnya seronok menunggang motosikal. Kawasaki KLX 150-S yang ditunggang di hutan Jalan ke SK Ng Ju sentiasa tabah melayan kerenah dan permainan. Terfikir juga hanya ini saja permainan yang mampu membuatkan aku merasa nyawa ini betul-betul mendebarkan. Pada hakikat nya aku terkurung di sebuah tempat yang terpencil namun tetap bersemangat mengalas tanggungjawab.

Soalnya di sini, apakah motosikal ini yang diuji ataupun aku yang dicuba.  ada saatnya aku menahan kesakitan kerana keletihan dan ada juga sakit kerana jatuh. Namun masih tidak terjumpa juga perkataan serik yang bertaburan di tanah licin ini.

Suatu ketika di saat aku berjalan di bandaraya sarikei aku terlihat satu set pakaian keselamatan untuk penunggang motosikal pengembaraan di hutan. Harganya mencecah ribuan ringgit sehingga membuatkan hati ku terfikir dua tiga kali untuk membelinya. Setakat ribuan itu tidak dapat dibandingkan dengan harga nyawa ini.

Soal jawab bukan tentang motosikal tetapi tentang manusia itu sendiri. Adakalanya kita berfikir terlalu panjang sehinggakan menidakkan perkara yang lebih penting. Jadikan perjalanan hidup kita untuk memperbaiki diri bukan untuk menilai jentera atau orang di sekitar kita. Sekian.

Laluan yang berlubang dan licin. Jatuh + Graviti = Aduh..
Bukit Tujai
Ya,sengaja aku tak pakai saftey kali ini.
Rehat sejenak
Terasa kehausan. Jernihnya air..
Dalam kesakitan kakiku ini namun tertinggal jua mereka.haha.
Soalnya bukan pada kaki.tapi bike.. Selesa dan mesra pengguna.
Kawasaki KLX-150S & The rider

Rider Berpindah Sekolah?

Sudah sekian lama berkhidmat di sekolah pedalaman akhirnya berpindah juga seorang guru yang juga seorang rider Kawasaki KLX 150-S. 6 tahun bukanlah jangka masa yang pendek ia merupakan jangka masa yang panjang namun tidak terasa oleh beliau, demikianlah apa yang telah beliau menyatakan kepada aku.

Beliau merupakan orang pertama yang memperkenalkan jentera KLX 150-S kepada aku semasa mula berkhidmat di SK Ng Ju. Sebelum menggunakan jentera beroda dua tersebut aku hanya menggunakan perahu untuk ke sekolah dan perjalanannya bukanlah sekejap. Syukur kerana akhirnya aku menggunakan jentera beroda dua yang menjadikan perjalanan lebih dari 7 jam dapat dikurangkan kepada 2 jam sahaja untuk tiba di sekolah.

Beliau yang saya maksudkan ialah Cikgu Casey. Berasal dari Kuching dan akhirnya berpindah ke Kuching. Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan berani untuk menyuarakan pendapat. Beliau bukan saja berani di peringkat sekolah tetapi berani juga menunggang seorang diri di dalam hutan. Beliau terkenal dengan kegigihan dan semangat yang kental.

Secara peribadi aku masih mengagumi beliau kerana satu sahaja benda yang tidak dapat aku ikuti semasa menunggang motosikal di dalam hutan yaitu menggunakan alatan yang terhad untuk terus selamat di dalam hutan. Pernah sekali beliau tersekat di dalam hutan dan terpaksa menggunakan batu untuk memotong kayu. Untuk aku, biarlah diri ini menyediakan sebilah pisau sekurang-kurangnya untuk melindungi diri dan sebagai persediaan menghadapi segala cabaran di dalam hutan.

Cikgu Casey ( kiri ) memang berserdahana menggunakan jentera beroda dua ini. jentera ini sungguh mesra pengguna tidak mengira gaya penunggangan nya.
Kawasaki KLX 150-S milik beliau yang kelihatan sangat kotor di saat musim hujan awal tahun 2015. ramai tidak menyangka tahun 2015 ini merupakan tahun terakhir beliau berkhidmat di sini.
Dari kiri: Cikgu Casey ( senior Scram ), Cikgu Darus ( Kelantan Red.W rider W, the green one.. Unknown. Haha. Tiada dalam gambar. Otai: Cikgu Zunaidi & Abg Akeng
Kelihatan cikgu Casey (kanan) dan Cikgu Darus sedang membincangkan sesuatu sementara langit gelap dihiasi awan hitam menunggu perjalanan kami.
Cikgu Casey menikmati suasana di bukit tinggi dalam perjalanan ke sekolah.
penulis sedang memerhatikan motosikal bersama dengan Cikgu Casey.
sentiasa bergerak bersama masuk ke sekolah. seronok melihat mini konvoi yang dilakukan setiap hujung minggu.
gambar kenang-kenangan sebelum beliau berpindah ke tempat baru. Pakan di dalam kensiapakah yang bakal menggantikan tempat beliau sementara hanya kami berdua sahaja menggunakan jentera ini masuk ke sekolah?

Rider CBX500 kental bersuara (STBC)

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas kali ini. Kali ini aku ingin menulis tentang seorang kawan iaitu seorang cikgu di sebuah sekolah area Betong, Sarawak. Bagi saya beliau merupakan seorang yang menginspirasikan dan sudah semestinya rajin menunggang motosikal!! Ya, menungang ke mana saja yang mampu dicapai oleh jentera 2 roda miliknya.

Nama rider tersebut ialah encik Tim a.k.a Cikgu Timothy. Beliau merupakan seorang yang berfikiran positif dan bersifat naturalis kerana beliau lebih cenderung menikmati keterbukaan dunia dengan jentera beroda dua.  Sememangnya itu adalah semangat seorang raider atau bikers yang bagus.. Hebat.

Tujuan aku menulis entry kali ini adalah untuk mendengar + berkongsi pandangan beliau tentang dunia dan falsafah berkenaan dengan dunia motosikal. Sebagai tambahan aku juga ingin mengetahui apa yang terselindung di sebalik semangat veteran beliau untuk terus menunggang motosikal.

Beliau menunggang Honda CBX 500cc. Bike ini merupakan bike dual purpose. Apa kata kita dengar pendapat beliau tentang jentera ini nanti.


Soalan kepada Cikgu Tim.

1. Pengalaman menungang bike. ( ceritakan serba ringkas )
- pertama kali naik bike masa darjah 6 di Kapit. Honda C70
- pakai Honda Raider masa tingkatan 2. 
-ride area Kapit shj.

2. Apakah bike pertama Tuan?
- Honda Raider

3. Lokasi yang paling jauh pernah Tuan pergi?
a. Betong - Bintulu
b. Betong - Sematan
c. Betong - Pusa - Maludam - Sebuyau - Asajaya - Samarahan - Serian - Betong (447.3km)



4. Impian tungangan atau destenasi impian untuk 2016.
a. Tip Of Borneo
b. Pontianak / Banjarmasin
c. Bakun & Belaga
d. Blowpipe

5. Jenama bike yang diminati. Kenapa?
Honda - spare part senang diperolehi dan murah. Tahan lasak.

6. Falsafah hidup Tuan berkaitan dengan bike.
Memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk ride. Senaman itu perlu untuk ketahanan dan stamina.

7. Bike idaman atau nak upgrade ke?
a. Honda CBX750 (motor polis trafik)
b. Cleveland custom bike. Easy rider.

8. Review ringkas tentang bike yang sedang Tuan miliki. Pro dan kon. Honda CBX500
Pro :
Easy handling
Light (middle weight)
Powerful (offroad)

Kon:
CC alang-alang

Beliau gemar menungang bike tanpa mengira kondisi jalanan.
Tetap bergaya! Untung dapat cikgu ni dalam kelas.
Siang malam.. Terang gelap.. Mana mana saja. Asalkan ride.
Bersama dengan rakan.

Terima kasih kepada beliau ( Cikgu Tim ) kerana sudi menyumbangkan pendapat berkaitan dengan pengalaman beliau. Diharap perkongsian ini dapat membuka minda kepada semua di luar sana tentang dunia bikers dan hobi jentera beroda dua.

Kawasaki KX 125 Motocross Gila!

Kawasaki KX 125. Apa ada pada 125cc?!! Sekali aku beli sebiji... GILA KE APA!!! BIKE KE ROKET BENDA NI?!! dengan kuasa yang ada,tidak hairanlah motocross KX 125 adalah jentera yang harus digeruni.

Cuba tuan puan bayangkan. Pada gear ke-4, bike ini masih dapat whillie!! Kelajuan dia memang tak setimpal dengan cc yang kecil! Maklumlah 2 lejang. Jika dibandingkan denga  4 lejang 125cc dia bersamaan dengan 250cc 4 lejang. Dah lah ringan ( 85kg ) power lagi. Tak hairan bike ni illegal di jalan raya. Hanya untuk kegunaan offroad.

Apa kata Aku Malas compare dengan KAWASAKI KLX 150. Hehehe!!

Okay, ini boleh aku buat. Sebab aku ada KLX 150 juga. So.. Mari bandingkan mereka.

Max power dari enjin
KX 125 (30.2kw)
KLX150 (8.6kw)

Enjin
KX125 ( 2 lejang )
KLX150 ( 4 lejang )

Tork dia kasi kaw kaw
KX 125 (26.5N)
KLX 150 (11.3N)

Berat bike nak bawa terbang
KX 125 (87kg)
KLX 150 (110kg)

Minyak penuh penuh
KX125 (8.2L)
KLX150 (7L)

Ketinggian.. Tak sampai kaki aku
KX125, 3 inch lebih tinggi dari KLX150

Fork depan
KX125 USD Kayaba
KLX150 fork biasa Showa

Demikianlah celoteh aku serba ringkas tentang motocross KX125. Thanks sebab sudi baca.Nak tahu bike mana aku rasa sedap? KLX150 memang selesa tapi dia kurang dari segi power. Kalau aku main trail ke sekolah aku akan pilih KLX150. Tapi, kalau aku datang gila @ emergency nak balik lekas ke sekolah hulu.. Aku pilih KX125. Tapi, bike ni x ada lampu. Bateri pun tak ada.. Maklumlah.benda racing. Plung and play. Kunci?!! Jangan buat lawak lah.. Mana ada kunci. Ini kan Motocross Sekian.

3 Gambar Berbicara

Salam sejahtera kepada semua yang layan blog pemalas ini. Ya, Aku Malas dah post benda memandangkan hujung tahun ini banyak event di sekolah. Makin sekolah nak tutup makin lah banyak event yang nak berjalan. Ini membuktikan bahawa institusi pendidikan di negara kita mampu memenuhkan masa lapang anak anak kita.

Ok,tujuan aku tulis benda ini adalah untuk copy paste gambar yang boleh dikatakan menarik bagi aku dan peminat peminat bike di serata donia.

3 gambar tersebut menunjukkan apa yang orang buat dengan bike mereka. Aku terfikir juga, mereka ni sengaja atau nak menyindir. Haha! Tapi memang hebat juga kalau sampai guna bike untuk berjual sayur. Kat sini kita jaga bike macam jaga emas permata. Tapi gambar ni.. Hmmm.. Hebat.haha!!

Credits:
Google Image Engine
Pemilik gambar. Ada watermark mereka pada gambar tu.thanks.

Lihat abang kita ni. Relek jer jual sayur guna Kawasaki Z1000 dia. Bike bernilai Rm80K ini dilayan begini? Memang kaya jadi petani moden kan? X mustahil beb.. Jual sayur dapat Rm100 sehari + Rm20 untuk caj ambil gambar dgn bike. Kalau sebulan? Rm3k lebih!! Kalah gaji cikgu.haha! 

Ni lagi seorang. Laya bike baru. Yamaha R25 tahun 2015. Sampai mody letak almari kat belakang utk jual sayur!! Kaya..kaya..
 Memang otai..memang kreatif.Honda CBR 250 akhirnya jadi bike sayur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...