AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Semakin menjadi manusia

Dikala telefon ditinggalkan di atas meja. Mata menjeling ke arah rak kunci. Angin meniup langsir lalu mengarahkan udara sehinggakan kunci yang aku lihat berlaga menghasilkan bunyi nyaring. Ku capai dan ku tinggalkan semua dunia ilusi di belakang dan aku ride.

Ride mengenemukan manusia.. meninggalkan dunia maya. Menungang untuk menikmati udara, keluar dari kotak bilikku. Memulas bike daripada menimang telefon atau gajet pintar. Lantas aku berkata, lihatlah diriku yang semakin menjadi manusia disaat menungang bike.

Ku bukan lagi zombi telekomunikasi. Ku bukan lagi kaku beku di dunia maya. Mata terpaku pada dunia bukan lagi pada touch screen. Ku tahu, aku semakin menjadi manusia. Kerana ku temukan mereka di depan mata, bukannya di balik telefon semata mata.

Inilah dunia rider atau bikers. Ia bukanlah jenayah terhadap penciptaan manusia. Ia hanyalah sebuah ceita tentang manusia yang mahu terus bergerak. Melihat cahaya di balik awan. Meluahkan naluri melangkah berani. Gara gara nak jadi manusia.. manusia nyata. Sekian.

Kawan aku guna bakul.
Bukan lepak tapi berkongsi
b
Meluangkan masa untuk hidup
Destinasi menuju sesuatu
Ianya dilakukan atas kerelaan. Santai..

Bukan nak banding saiz

Salam sejahterea kepada semua yang membaca penulisan Aku ni. Dah abis cuti perayaan so kita kembali ke meja untuk menulis. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

Dipendekkan cerita, hari tu aku duduk menghirup udara segar di sebuah kawasan terpencil. Namun best untuk bersosial secara sihat berkongsi pengalaman. Kebetulan pula ada bike yang lain join hari tu. Antaranya Yamaha R25, Kawasaki Z250 dan Kawasaki KLX150s.

Ni tak kira kategori saiz apa enjen tu. Yang penting minat. Setiap kategori ada kelebihannya. Aku pakai 1000cc pun sama juga speed time pakai jalan hutan di sini dengan KLX150. Sebab dah ramai sangat orang yang aku jumpa. Kerenahnya juga boleh tahan, sampaikan ada gang moto besar tak nak kawan sama moto kecik.

Alasannya, sering kali ku dengar. Alasannya sering kali kau ucap. Kau dengannya seakan aku tak tahu..sandiwara apa yang engkau lakukan kepadaku. Alamak terbelagu pulak aku. Okay, alasan gang bike ni selalu tak sehaluan adalah. Speed tak ngam.. ada yg laju ada yang slow bila konvoi. Satu lagi, darjat.. yang moto besar ada yg tak nak kawan moto kapcai. Ada juga gang mewah dan geng suam suam kuku. Tak sehaluan sebab harga bike.

Tak salah buat group ikut kategori. Asalkan tak menyingkirkan gang motor yang lain. Asalkan tak menafikan moto beroda dua yang nak lepak sama. Macam aku, memang aku ada join gang 1000cc sebab kat sana dapat aku cari spare part bike 1000cc dan belajar teknik ride bike 1000cc. Bukannya nak lari dari persahabatan dengan bike lain.

So, tema kali ini. Bukan nak banding saiz, tapi nak satukan semua yg sama minat bike. Kita ni cuma nak relax dan nikmati minat dengan bike. Tapi kan.. cuba u lihat gambar bawah ni. Saiz 1000 dan 250.. hampir sama kan?! Haha!! Alamak! Kan tadi kata tak nak banding banding! Bye bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...