AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Zaidel punya Ninja

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog orang yang paling malas di dunia ni. Aku berfikir sebanyak dua tiga kali sebelum menulis blog ini sebelum tidur, memandangkan material yang suam-suam kuku aku teruskan juga kerana kita semua hampir melupakan jentera yang paling ganas untuk kategori 250cc sebelum ini. Mana taknya, kini seringkali kita mendengar pasal Yamaha R25.

Apa kata kita ulangkaji sekejap tentang sebuah jentera yang pernah menggegarkan tanah air dengan kecantikan dan keanggunannya satu ketika dahulu. Aku berani berkata sedemikian kerana, produksi jentera ini telah mencetuskan perang 250cc serta jentera yang lebih besar kuasanya di negara kita.

Siapa yang tidak mengenali Kawasaki Ninja 250cc. Mendominasi jalan raya negara kita dan semakin melonjak namanya sekitar tahun 2013 apabila model special edition ninja dikeluarkan. Sebagai tambahan ia merupakan jentera 2 silinder pada era dan tahun tahun tersebut. Ya.. tahun sebelun tu CBR 250 Honda mendominasi dan cuma memiliki enjin satu silinder sahaja. Kelebihan 2 silinder adalah kuasa pada gear ke 6 tetapi pada gear pertama sehinggalah gear ke 3 kuasa 2 silinder tidaklah segagah 1 silinder, yang pistonnya lebih kecil berbanding dengan piston 1 silinder.

Kali ini aku mencuri gambar motosikal sepot baik ( Sportbike ) punya cilok kawan aku yg kerja di bahagian Kecemasan Hospital Sarikei, Sarawak. En.Zaidel diberi nama, moto ni aku tak tahu nama samarannya. Mungkin Zulhaika atau Ziana Merah Merona sebab warna motosikal ini aku berikan sedemikian rupa walaupun bukannya warna merah 100 peratus. Nampak macam oren ada.. nampak macam color buah pinang ada.. biasalah, warna special effect.

Bro Zaidel telah menggunakan motosikal ini sekian lama. Kos penyelenggaraan sememangnya murah apa lagi bila disoal dari aspek minyak ron 97 atau 95. Sememangnya tidak tamak haloba menelan minyak dan juga mengeluarkan gas rumah hijau yang berpontensi menyebabkan planet bumi semakin panas menjelang tahun 2020.
Daya tahan moto ini juga sememangnya boleh dipercayai memandangkan jalan yang dilalui oleh Bro. Zaidel agak berliku dan berbatu. Biasalah, jalan kat sini memang agak brutal. Terdapat beberapa modifikasi untuk performance dan kosmetik telah beliau lakukan. Sentuhan kasih sayang ini menjadikan motor ini semakin lama ditelan masa semakin mekar warna dan gayanya. Maklumlah jentera yang boleh dikatakan lagenda dalam kategori 250cc.
Meriam buluh berjenama Arrow membuatkan enjin dua silinder berbunyi lebih gagah. Ada sedikit seperti bunyi 4 silinder.haha!!
Dari tepi kelihatan tangki minyak motor ini lebih besar. Rupa-rupanya beliau menggunakan tank condom yang besar.
Nampak tak warna lampu dia?!
Swing arm dan beberapa bahagian lain juga dipercantik dan menggunakan aksesoris yang simple tetapibesar nampak besar.
Mata aku sahaja ke yang melihat tangki minyak itu bulat dan agak besar daripada normal?!
Brake lever dan guard menjadikan handle bar kelihatan mahal dan cantik.
Cantik Bike Bro.Zaidel. Thanks sebab share gambar.hehe. sekian.

Level up Modifikasi Yamaha R25

Ini merupakan sambungan daripada cerita yang aku pernah tulis berkaitan dengan Modifikasi Yamaha R25 ( http://aku-lazy.blogspot.my/2016/04/8-modifikasi-handsome-yamaha-r25.html?m=1).
Kali ini aku nak sambung semula cerita tersebut dengan berkongsikan beberapa keping gambar yang berjaya aku ambil pada minggu yang lalu. Kita sudah biasa dengan cerita motosikal pada masa kini, dia seolah-olah seperti trend dan gaya hidup. Apa yang istimewa di malaysia ini adalah rakan rakan yang sama minat motosikal sentiasa berkongsi pandangan tanpa adanya diskriminasi di antara saiz enjin dan jenis bike.
Lihatlah lampu dan beberapa aksesoris yang lain.
Kos untuk ini sekitar Rm800 termasuk gaji.
Ingatkan pkug and play. Nooo my friend, ni kena mody sikit wayar tu. Berserabut otak dibuatnya.
Foot rest dan penutup brake liquid memang awesome. Modifikasi yang simple tapi menonjol.
Lampu yang siap dengan signal light.
Lihatlah exhaust dia.wooooo.. jenama baik tu beb.
Signal tepi masih ada walaupun ada sudah signal dalam lampu depan. Lihat piping dia, bersih wooo.. lihat dalam fairing tu. Ada 2 paip tu. Warna tembaga youuuu..
Lihat lah kecantikan lampu sebegini.

Sekian sahaja kali ini. Best lah kalau bike handsome2 macam ni. Bukan untuk speed semata mata tapi, estetik dia juga dijaga. Thanks.

Kamen Rider Shadow Moon di Sarawak

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Aku Malas. Kali ini aku ingin menulis tentang benda yang remeh sahaja namun agak menarik untuk dikongsikan. Mana tahu ada di kalangan anda berminat untuk memiliki topeng dan aku akan tinggalkan alamat individu yang dapat membantu anda memiliki topeng impian sejak dari zaman budak budak atau kanak-kanak anda semua.
Shadow Moon. Siapa yang lahir sekitar dalam tahun 1988 akan mengenali watak ini dan silap-silap haribulan memang dibesarkan dengan cerita bersiri superhero ini iaitu Kastaria Baja Hitam a.k.a Kamen Rider Black. Tayangan ke drama bersiri ini ditayangkan di negara kita pada sekitar 1993 ( entah betul ke tak fakta aku nih, tapi tahu itulah aku mula menonton crita tu ) Shadow Moon merupakan musuh ketat kepada Mask Rider Black. Pada asalnya mereka berdua merupakan adik beradik namun disebabkan oleh persengketaan dan pendirian yang berbeza dalam mengerti erti keamanan, maka mereka telah menjadi musuh ketat.
Anda boleh search dalam wikipedia untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah superhero dan Super penjahat Jepun tersebut.
Tapi penulisan kali ini bukanlah tentang mereka melainkan tentang aku yang hendak berkongsikan alamat seorang teman yang dapat menghasilkan pelbagai jenis topeng menggunakan eva foam.
Nama beliau adalah En. Bob. Call jer nombor ni 016-808 0923. Beliau tinggal di Kuching Sarawak.
Ternyata topeng tersebut sangat serasi dengan warna motosikal aku
Maaf sebab kostium tidak lengkap cuma nak memperagakan topeng tersebut. Scarf tersebut adik aku yang punya setelah menyelongkar almari dia.
Alangkah eloknya jika syarikat terkenal topi keledar dapat menghasilkan topi keledar sebegini rekaannya.
Sebelum ini kita pernah kecoh dengan trend menggunakan topi keledar ala-ala predator.
Rasa panas di dalam topeng tersebut. Elok dipasang penghawa dingin.
Diletakkan bersama dengan topi keledar offroad.
Terpaksa korbankan pelindung lutut dan sarung tangan termasuk juga pelindung siku untuk memperagakan helmet ini setelah disembur menggunakan cat berwarna krom.
 sekian saja dari aku dan terima kasih kerana sudi singgah seketika di dalam blog ini.

Benelli 250 ada story

Hello hello helo helo helo!! Lama tak komen tentang motosikal dan kali ini aku nak komen tentang satu bijik motosikal kategeri 250cc. Benelli 300 dah ada dan 250 muncul untuk memenuhi kehendak dan keperluan rakyat malaysia. Mana taknya, orang yang pegang lesen bukan B Full teringin juga nak rasa nikmat naik motor yang besar. Kalaulah sistem ujian motosikal ini sekaligus.. sekali ujian terus dapat B Full.. sekali bayar kan senang.

Jangan cakap tentang lesen baik aku cakap tentang motosikal ini. Benelli 250 muncul untuk bersaing dengan kategeri 250 ke bawah. Pada harga yang mampu milik sekitar Rm16000 sahaja ( ada kawan kata harga di semenanjung Malaysia lebih murah ) sememangnya menjadi pilihan anak-anak muda yang baru sahaja berjinak dengan dunia permotoran.

Menggunakan enjin satu silinder sahaja, jentera ini menjanjikan pancutan yang kuat dan tinggi jika dibandingkan dengan abangnya Benelli 300cc. Namun kelajuan maksima nya tidak terkalahkan abangnya kerana Benelli 300cc memiliki 2 silinder.

Ramai yang tanya " bukankah 300 cc lebih besar silindernya daripada 250 cc, dan mengapa pecutan 250 lebih kuat pula?" Jawapannya, wahai adikku semua dan tak lupa juga abang-abang motor yang ingin tahu termasuk juga saudari dan kakak dan minah motor.. enjen 300 silinder dua jika dibahagi kepada dua bersamaan dengan 150 sahaja. Tetapi 250 yang silinder tunggal tidak perlu dibahagi dua dan masih mengekalkan saiz 250. Kuasa mampatan pada saiz 250 lebih besar daripada 150. Namun ia akan kalah apabila dibandingkan dari aspek kelajuan maksima, kerana satu silinder memiliki had revolusi rpm.

Sememangnya dua silinder memiliki top speed yang lebih tinggi namun untuk kegunaan seharian di bandar topspeed merupakan aspek kedua terpenting. Kita lebih mengutamakan motosikal yang lebih responsif dan tidak akan mati apabila tiba di lampu isyarat gara gara pecutan kurang kick.

( sori sebab guna bahasa pasar, kalau guna bahasa saintifik nanti banyak yang tak paham )

Benelli 250 merupakan motosikal naked dan ringan. Yang mudah dikendalikan walaupun agak tinggi. Rekaan motor ini tidak begitu agresif jika dibandingkan dengan rekaan motosikal Yamaha mahupun Kawasaki yang semakin hari semakin mengganas. Namun bagi peminat motosikal yang kelihatan tegap dan kukuh seperti rekaan Ducati, Benelli 250 dapat memenuhi keinginan anda yang sedang mengidamkan motosikal berkuasa 250 broom broom.

 ini spesifikasi motor tersebut. Jangan tengok lama-lama takut makin  kena racun rasanya hahaha mau tak mau mesti beli jugak sebab kalau tidak dibeli tak dapat tidur 7 hari 7 malam.
Inilah bro-bro saya yang ketinggian sekitar 170 cm dan lihatlah kaki mereka. Wahai rakyat malaysia makan protien dan kalsium banyak-banyak supaya tinggi macam artis korea.
Ni aku ambil gambar radiator dan kelihatan trumpet atau dikenali sebagai nama saintifiknya hon motosikal.
Tayar stock dan rin sememangnya berbaloi dengan harga.
Jarang sekali kita melihat motosikal 250 disertakan dengan fork depan Up Side Down. Asoba a.k.a absorber kata datuk aku.
Enjen dan frame sangat kemas dan memaparkan kesenian dalam kejuruteraan motosikal Benelli.
Ekzos motosikal yang agak tradisional dan warna hitam sahaja. Kompom kawanaku ni tukar ekzos dia hujung bulan ni hahahaha cari yang ada warna krom krom.
Woi jangan main beb lampu pungung dia cantik.. fuyooohh
Dari tepi moto ini kelihatan kemas dan fork Up Side Down tu sangat menonjol!!
Ni kawan aku seorang nak bergambar pulak hahahaha silap-silap haribulan r25 bertukar menjadi benelli 250
Promosi dulu hahaha beli sebijik dapat helmet free dapat baju free dapat glove free dapat kunci spare free dapat roadtex dan green card free.

Okey ini komen bro bro aku yang telah cuba foto ini di jalan yang berliku seperti ular tedung kena pukul oleh Thor Avanger.

1. Sangat responsif pada gear pertama dan pergerakan motosikal boleh digunakan terus pada gear kedua dengan mudah.

2. Brek depan sangat makan dan brek belakang selesa dengan bantuan down shift fear.

3. Waktu hujan tayar belakang ada lari sedikit, jadi dicadangkan untuk menukar tayar kepada jenama yang lebih sesuai demi nyawa anda.

4. Kunci motosikal ini sangat cantik kerana seperti pisau lipat.

5. Suhu motosikal ini tidak terlalu panas jika di bawah dengan perlahan.

6. Suhu optima adalah sekitar 72 darjah celsius.

7. Kelajuan tertinggi adalah sekitar.. Nantikan jawapannya sebab mereka masih cari jalan lurus di Sarawak ni. Anggaran, 155kmj - 160kmj. Pada hari yang sangat baik dan jalan yang sesuai.

8. Bunyi selesa didengar walaupun tidak mengancam seperti ekzos motor gp.

9. Tempat duduk yang selesa dan tidak membebankan tulang belakang untuk perjalanan yang jauh.

10. Speedometer digital yang sangat mesra pengguna dan sedia memberikan maklumat yang penting.

11. Harga mampu milik beb.. jangan tanya banyak.

12. Langkah motosikal yang kukuh dan tidak mudah bergetar apabila di bawah pada kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.

13. Perasaan seperti meluncur di atas permukaan air.

Inilah antara beberapa ulasan yang bro bro aku berikan. Maklumlah mereka pun baru beli motor itu. Cuba lihat, motosikal itu masih berkilat. Nanti aku cuba tanya balik perkembangan dan pengalaman mereka menunggang motosikal tersebut. Antara benda yang aku akan tanya adalah:

1. Kos selenggara dalam masa 6 bulan?
2. Kerosakan yang baru-baru dialami?
3. Kuat makan minyak ke tidak?
4. Dah tukar ezos?

Gambar tu aku ambik sendiri.Sekian.babai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...