AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Lama tak post sesuatu

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku Malas. Tidak terasa masa berlalu dengan pantas untuk kali ini. Banyak yang berlaku pada awal tahun 2017. Kebanyakan berita yang hangat di dalam kaca televisyen menyentuh tentang perkara yang mendiamkan aku.  Perginya CM Sarawak, Kes Penculikan Pastor dan isu Korea Utara merupakan antara agenda yang terlintas dalam minda aku.  Malas nak pikir banyak. Jom layan GAMBAR BIKE Honda Fireblade 2009 Grey Repsol. Ini merupakan motosikal kesayangan aku. Honda CBR1000 tahun 2009 yang juga dikenali sebagai Honda Rabbit a.k.a Fireblade merupakan jentera 1000cc yang paling slim di pasaran. Ramai yang menyangka ia adalah jentera 600cc jika sekali pandang. Namun bunyinya membuktikan bahawa ia adalah jentera 1000cc. Setakat ini tiada apa-apa masalah yang dihadapi oleh aku untuk menyenggara dan mengendalikan jentera ini. Sememangnya amat mudah untuk mendapatkan Alatganti dan aksesoris bagi motosikal berkuasa besar ini. Minyak enjin, brake pad, tayar, rantai dan coolant merupakan perkara biasa yang perlu diberi perhatian sebagaimana jentera lain. Anggap ia adalah satu disiplin.  Tunggangan di jalan yang berliku seperti di Sarawak dapat diterima oleh motosikal ini. Aku hanya melakukan sedikit modifikasi terhadap jentera ini. Antaranya memasukkan setting PC baru, tayar grip tinggi, rantai o ring, fairing custom dan air filter. Pengubahsuaian ini adalah sesuai dengan keperluan di jalan Sarawak. Oh ya, Leo Vince itu.. hahaha!! Antara yang diterima untuk diubah. 

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...