AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kolo Mee Super Peha! Rm6 sahaja?!

Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Aku Malas. Ni lah makanan kegemaran aku, terjumpa pulak versi halal di cafe 1 Malaysia di Sarikei. Mempersembahkan kolo mee peha ayam. Murah gak!! Terkejut aku bila benda ni semurah Rm6. Kalau ikutkan harga semasa, aku risau suatu masa kelak harga dia bertambah. Harap harga ramuan mee ni tak terjejas kerana GST. Hehee! Tapi memang berbaloi lah.. peha ayamnya banyak. Wow!! Meenha manis dan Tedap!! ( Sedap )

Kompilasi Gambar Ride di Pakan

  Gambar jalan yang berbatu dan belum lagi siap. Bukan satu masalah tetapi satu keseronokkan. Jalan Pakan ke Engkamop.    Ada yang panggil jalan Shin Yang ada juga jalan Wak. Pakan ke Wak. Suasana desa yang menyegarkan minda.    Berehat sejenak di kawasan Sungai dan bersedia untuk mandi manda bersama rakan rakan untuk menghilangkan rasa panas.    Team Lubok Antu Yang telah berjaya tiba di Pakan. Meneruskan perjalanan ke sungai Skrang.    Bergambar di hadapan buah Pakan gergasi. Ini bukan buah durian. Hehehe. 

Simple Pekan Pakan

Kini ramai penunggang motosikal mengambil peluang untuk menikmati suasana desa. Pekan Pakan Yang terletak agak jauh dari bandar yang terdekat merupakan antara pilihan penunggang motosikal di sekitar Sarikei dan Sibu. Jalannya yang berliku dan agak kecil membuka perspektif penunggang motosikal dan ia juga akan menambah pengalaman mereka dalam mengendalikan jentera masing-masing. Walaupun jalan yang berliku dan kecil tetapi kesesakan lalulintas nya amatlah kurang.  Pelawat yang datang ke Pekan Pakan biasanya mengambil peluang untuk bergambar di kawasan Laman Pakan. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang sering dijadikan tempat untuk menjual hasil pertanian kerana ia terletak bersebelahan dengan market Pakan.  Selain dari Laman Pakan. Pengunjung juga biasa mengambil peluang untuk bergambar bersama dengan buah Pakan. Buah yang seakan-akan buah durian ini merupakan antara tarikan dan satu kemestian kepada pengunjung untuk bergambar. Sekian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...