AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Simple Pekan Pakan

Kini ramai penunggang motosikal mengambil peluang untuk menikmati suasana desa. Pekan Pakan Yang terletak agak jauh dari bandar yang terdekat merupakan antara pilihan penunggang motosikal di sekitar Sarikei dan Sibu. Jalannya yang berliku dan agak kecil membuka perspektif penunggang motosikal dan ia juga akan menambah pengalaman mereka dalam mengendalikan jentera masing-masing. Walaupun jalan yang berliku dan kecil tetapi kesesakan lalulintas nya amatlah kurang.  Pelawat yang datang ke Pekan Pakan biasanya mengambil peluang untuk bergambar di kawasan Laman Pakan. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang sering dijadikan tempat untuk menjual hasil pertanian kerana ia terletak bersebelahan dengan market Pakan.  Selain dari Laman Pakan. Pengunjung juga biasa mengambil peluang untuk bergambar bersama dengan buah Pakan. Buah yang seakan-akan buah durian ini merupakan antara tarikan dan satu kemestian kepada pengunjung untuk bergambar. Sekian. 

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...